Resepi Roti Jejari Cheese

A :
2 cawan air suam,
8 sudu besar gula,
4 sudu besar susu pekat manis,
6 sudu besar yis kering.
Bancuh semua bahan A, rehatkan sampai kembang.
Bahan B :
1 kg tepung high protein (500 gram tepung high protein dan 500 gm tepung Hong Kong),
¾ cawan mentega,
3 sudu besar susu tepung,
1 sudu besar bread improver,
1 sudu besar bun softener.
Ramas bahan B sampai sebati.
Bahan C :
3 biji kuning telur gred B atau A.
Bahan D :
Susu cair untuk sapu permukaan doh.
Gula halus/gula kasar (saya guna gula halus).
Cheddar cheese secukupnya (diparut).
Cara Membuat/Menguli :
Mula-mula satukan bahan A dan C.
Kemudian tuang bahan sedikit-sedikit ke dalam bahan B, gaul dan uli sampai licin dan elastik serta tidak melekat di tangan.
Sekiranya ingin dapatkan doh yg lembut, semasa menguli basahkan tangan dengan lebihan bahan A tadi dan uli. Buat sampai bahan A habis. Uli secara tarik hempas dan tarik hempas.
Bila doh sudah elastik, rehatkan doh selama 40 minit sampai doh kembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk doh yang sudah kembang tadi untuk keluarkan udara.
Bentukkan doh bulat memanjang seperti dalam gambar. Buat sampai habis. Pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.
Kemudian rehatkan lagi doh sampai kembang dua kali ganda.
Jika sudah kembang, sapu permukaan doh dengan susu cair. Tabur gula halus kemudian parutkan dengan cheese secukupnya. Kemudian taburkan lagi gula halus di atas permukaan cheese.
Panaskan oven dengan suhu 160°C.
Bakar roti jejari cheese selama lebih kurang 15-20 minit. Siap.

Kredit: Eiyjarn Aziean AnGah