‘Ruam Mitr’..

Hantu boba patut try buat thai dessert ni.
Kenyal2 mcm boba gitu sedapp! Anak2 confirm suka.
Buat pun senang je. Ini resepinya..

RESEPI THAI DESSERT ‘RUAM MITR’

?

Bahan2 doh:
– Tepung ubi kayu
– Air panas
– Pewarna

Bahan2 kuah:
– Santan
– Gula
– Garam
– Daun pandan
– Sagu
**boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

CARA2:

1. Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas kedalam tepung ubi sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam air. Ketepikan.
3. Dalam periuk masukkan air, gula, garam & daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu.
4. Tos doh siput kita buat tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siapp!
Sedia dimakan masa panas2 atau tambahkan ais pun sedap!

?

SELAMAT MENCUBA!

**kalau nak tambah jagung/keledek/nangka sila masukkan sebelum santan tu ye. sis buat yang ni je sbb anak sis suka mkn yang kenyal2 ni je.
**tips: masukkan air panas sikit lepas tu uli, pastu masukkan lagi sikit2 selang seli mcm tu. kalau air byk sekaligus doh akan jd melekit mcm gam tu.

Kredit : Ilyani Kori

Speak Your Mind

*