Resepi Famous Amos Simple

Confirm jadii

??

? Bahan

A250 gm Butter

1 1/4 cawan teh -brown sugar

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur

? Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

6 sudu besar minyak masak

? Bahan tambahan

– 2 cawan cip coklat

– almond flakes

? Cara

1. Kacau rata bahan A guna senduk. Jangan guna mixer. Pakai spatula atau senduk sahaja pun dah cukup. Tujuan nak bagi bahan sebati je, kacau slow

2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut.2. Bila dah kacau masukkan pula bahan B. Sama macam tadi kacau guna spatula secara perlahan.

3. Bila dah sebati baru tambahkan cip coklat. Coklat cip jangan bawa keluar awal dari peti ais takut dia lembik bila gaul sekali nanti rasa biskut lari sikit sebab larut dengan coklat chips. Masa nak letak baru keluarkan dari peti ais.

4. Bila dah menjadi adunan, masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Simpan sampai dia jadi keras sikit. Simpan lama pun takpe. Kalau nak cepat simpan kat bahagian atas peti ais pastu agak2 dah keras sikit boleh bawa keluar dan start cubit mencubit

5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang biskut mengembang. Make sure cubit je adunan tuh. Tak perlu tekan bagi leper

6. Bakar 20 minit suhu 150°C guna api atas bawah. Jangan lupa preheat oven sebelum letak cookies.

7. Siap untuk dinikmati.

May be an image of dessert and indoor

Speak Your Mind

*