Bahan:
6 bj telur
3 sudu besar heavy cream – jika boleh guna susu penuh krim/susu kotak
1 cwn keju parmesan – lagi bagus guna mozarella
3 cwn pasta penne yang dah dimasak dan disejukkan
3 sudu teh thyme segar – cincang
2 sudu besar daun parsely – saya x letak
3 sudu teh oregano – cincang ( tambahan extra )
2 tangkai rosemary – cincang (tambahan extra)
1/2 biji bell pepper – cincang (tambahan extra)
1 bj lemon – sagat kulitnya saja
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah – kepada yang suka
2 sudu besar minyak zaitun – untuk menggoreng
Cara:
Dalam mangkuk, satukan telur dan susu cair kacau sehingga sebati sahaja.
Masukkan pasta penne dan semua bahan kecuali minyak zaitun.
.
Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuangkan campuran pasta tadi dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.
Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan frittata ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.
Taburkan dengan sedikit thyme segar dan boleh dimakan panas atau sejuk.