Penyimpan emas yang ada ilmu, mereka tidak kisah kepada NAIK atau TURUN harga emas. Salah satu Sebabnya, mereka mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya,
+ Nak capai 10gram pertama dalam masa 3 bulan.
+ Nak capai 20gram pertama dalam masa 5 bulan.
+ Nak capai 50gram pertama dalam masa Setahun.
+ Nak capai 100gram pertama dalam masa 2 Tahun.
Ini adalah contoh tangga- tangga target yang diimpikan oleh semua penyimpan emas. Mereka mendaki serta mengharungi kepayahan serta kesusahan bagi mencapai Target mereka. Target mereka jelas.
Tetapi bagi orang yang masih belum bermula, mereka masih berkira-kira untuk bermula. Mereka mengambil keputusan terlalu lama untuk fikir.
Harga emas tidak pernah murah. Ada ketikanya, kita terlalu menunggu harga yang tidak masuk akal.
Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM250 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.
Jika hari esok harga emas jatuh sehingga RM220 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.
Jika hari esok hari harga emas jatuh sehingga RM200 segram, pasti kita masih teragak-agak untuk bermula.
Sebabnya, dalam fikiran kita terlalu memikirkan soal harga sehingga ianya menghalang kita untuk mengumpul GRAM emas.
Percayalah, siapa yang fokus kepada Harga emas, beliau akan berhenti membeli. Harga NAIK Resah. Harga TURUN Gelisah.
Tetapi bagi penyimpan emas yang ada ilmu, mereka fokus kepada GRAM emas. Harga NAIK atau TURUN bukanlah menjadi persoalannya sebab mereka ada Target dan misi yang mahu dicapainya.
Dapat sesuatu? Moga bermanfaat ya
Archives for January 2023
Matlamat Simpan Emas
KENAPA PERLUKAN MYKAD SAYA?
MyKad diperlukan untuk pengesahan pendaftaran bahawa anda adalah dealer orodesign berdaftar dengan MAA Precious Metals Sdn Bhd Pengesahan ini diperlukan bagi melindungi web dealer ORO anda daripada disalahguna oleh pihak lain.
Bonus eWallet dalam web dealer hanya boleh dikeluarkan (withdraw) oleh pemilik akaun SAHAJA. Ianya hanya boleh ditransfer ke akaun bank pemilik.
Bagi tujuan keselamatan anda boleh meletakkan palang kecil disudut kanan MyKad dengan watermark “FOR ORODESIGN USE ONLY” tanpa melindungi maklumat penting (alamat dan gambar) di MyKad anda.
Tiga Kelebihan Simpan Emas Fizikal
Memang ada yg tak suka pegang emas di tangan. Katanya lebih suka dalam akaun saja.
Cumanya…Saranan utama. Biarkan ada sedikit emas fizikal di tangan. Itu beza emas dengan paper asset yang lain. TAPI perlu INGAT, pastikan Emas fizikalnya MESTI WUJUD. Jika tiada, ia pembelian tidak patuh syarak. Kita perlu jauhi urusan syubhah.
Dan juga..
Kerana…
1. Jika apa² berlaku kepada syarikat @ tempat kita kerja, kita takkan hadapi sebarang masalah kerana kita sudah pegang & memilki emas fizikal di tangan.
2. Emas fizikal ini mempunyai auranya sendiri. Apabila kita pegang emas fizikal di tangan, kita akan rasa seronok & nak menambah jumlah emas tersebut!
Ini amat baik kerana ia bermakna kita menambahkan pelaburan emas.
3. Wang yg disimpan dalam bentuk emas akan kekal sebagai emas. Jika simpanan itu dalam bentuk wang (di savings account & sebagai), besar kemungkinan ianya akan dibelanjakan!
Jadi teruskan melabur di dalam emas fizikal
#SiBibirMerah: Kurus tetap azam tahun baru, wanita berusahalah, 9 perkara ini boleh bantu
PABILA tahun baru 2023 menjelma, ramai yang meletakkan azam untuk kurus dan hidup dengan lebih sihat terutamanya golongan wanita.
Walaupun kajian menunjukkan mereka yang mempunyai azam tahun baru cenderung untuk membuat perubahan, namun azam berkaitan topik kesihatan tersangatlah terhad.
Perkara ini menyebabkan ramai yang terpanggil untuk membuat azam yang sama setiap tahun.
Untuk merealisasikan azam yang telah ditetapkan, diri sendirilah yang bertanggungjawab mengatur langkah berusaha mencapainya.
Bibir merah berharap wanita di luar sana agar terus berusaha ya untuk menjaga kesihatan diri.
Bagi membuat perubahan, mungkin sembilan perkara di bawah boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda sepanjang tahun 2023.
1. Kurangkan duduk dan jalani kehidupan aktif
Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang tidak aktif mudah untuk mendapat masalah kesihatan di samping meningkatkan risiko kematian terhadap sesuatu penyakit.
Perkara ini telah terbukti melalui kajian oleh pengkaji dari Universiti di Australia yang diterbitkan pada tahun 2016.
Azam untuk mengurangkan aktiviti duduk boleh mengubah corak kehidupan anda. Cuba untuk berjalan selama lima minit pada setiap satu jam.
2. Kurangkan minuman bergula, tampak mudah tapi sukar
Gula sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti obesiti, hati berlemak, penyakit jantung, kerintangan insulin dan gigi berlubang pada kanak-kanak dan orang dewasa.
Perkara ini telah dibuktikan melalui pelbagai kajian saintifik.
Walaupun adalah lebih baik jika anda boleh berhenti secara serta-merta, namun untuk peringkat awal, anda boleh kurangkan kekerapan pengambilan minuman bergula.
3. Dapatkan tidur yang lebih berkualiti untuk kesihatan fizikal dan mental
Semua orang tahu bahawa tidur adalah elemen penting dalam kelanjutan usia. Mereka yang mempunyai corak tidur yang porak-peranda berisiko mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan.
Sebagai contoh, kajian menunjukkan mereka yang tidak mendapatkan jumlah jam tidur seperti yang disarankan berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan, masalah jantung dan kemurungan.
Pastikan anda tidak menggunakan peranti elektronik sejam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
4. Kenal pasti aktiviti fizikal yang anda minati
Setiap awal tahun baru, jumlah pembelian bagi produk seperti keahlian gim, studio bersenam dan program turunkan berat badan di atas talian meningkat.
Ia menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hasrat untuk hidup lebih sihat daripada tahun sebelumnya.
Namun, seperti kebanyakan azam yang lain, hasrat untuk hidup sihat boleh jadi tidak kesampaian memandangkan kebanyakan individu tidak meminati aktiviti yang didaftarkan.
Mereka cuma terikut-ikut dengan trend semasa bagi memenuhi azam tahun baru mereka.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda seharusnya memilih aktiviti fizikal yang anda minati.
Tidak semestinya anda perlu pergi ke gim untuk kurus.
5. Menjelang tahun baru 2023, luangkan masa yang lebih untuk penjagaan diri
Ia bukan satu tindakan yang mementingkan diri sendiri. Malah tahap kesihatan anda meningkat jika mengamalkan teknik penjagaan diri yang betul.
Jika anda seorang yang sangat sibuk, anda perlu merancang jadual sebaiknya.
Pastikan anda mempunyai slot masa yang dikhususkan untuk penjagaan diri seperti masa untuk memasak makanan, bersiar-siar, tidur atau bermeditasi.
6. Elakkan makanan ringan dan belajar memasak di rumah
Makanan ringan mengandungi gula dan lemak trans yang sangat tinggi.
Perkara ini boleh menyebabkan masalah obesiti dan penyakit kronik yang lain. Oleh sebab itulah setiap individu perlu belajar memasak sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Newcastle pada tahun 2017 menunjukkan individu yang makan masakan di rumah 5 kali seminggu boleh menikmati penurunan risiko sebanyak 28% untuk mendapat masalah berat badan berlebihan.
Cuba masak sehari sekali dan jika anda sudah biasa, tingkatkan kekerapan sehingga tidak lagi bergantung kepada makanan segera.
7. Bermula hari ini, luangkan lebih banyak masa di luar
Kajian oleh USDA yang diterbitkan pada tahun 2018 menunjukkan mereka yang meluangkan masa di luar mempunyai tahap stres yang rendah, mood yang baik dan tekanan darah yang rendah.
Anda boleh melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan, berkebun, pergi berkhemah dan pelbagai aktiviti lain yang melibatkan alam sekitar.
8. Hadkan masa dengan peranti elektronik
Ramai individu yang mempunyai tahap kebergantungan tinggi terhadap peranti elektronik.
Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan tabiat tersebut, terutamanya jika anda sering menggunakan media sosial, boleh menyebabkan masalah kemurungan, keresahan dan kesunyian.
Bersempena dengan tahun baru, mungkin sudah tiba masanya anda memutuskan hubungan dengan peranti elektronik demi kesihatan fizikal dan mental.
9. Rancang semula pelan diet
Bukan semua pelan diet baik untuk anda dalam jangka masa panjang.
Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mengamalkan pelan diet dengan pelbagai jenis pantang berisiko untuk gemuk semula dalam masa satu tahun.
Apa yang lebih teruk lagi, diet juga berupaya untuk menyukarkan proses penurunan berat badan kelak.
Tahun baru 2023, azam baru. Mungkin sudah tiba masanya anda fikir dan rancang semula pelan diet anda.
Pastikan ia realistik dan seimbang.
Memang sukar untuk kita penuhi azam baru memandangkan ia memerlukan perubahan pada rutin harian.
Dengan teknik perancangan yang betul, Bibir Merah berharap semua wanita berjaya menunaikan azam yang diimpikan bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
Semoga bermanfaat!
kredit : sinarplus