MENABUNG EMAS UNTUK ANAK

Dalam gaji atau keuntungan bisnes kita, ada rezeki anak.

Jujurnya saya rasa amat rugi bagi ibu bapa yang tidak memulakan simpanan emas untuk anak-anak seawal kelahiran anak.

Kalau kita semak, tahun 2,000 emas satu gram hanya RM 35 je. Sekarang Januari tahun 2022, emas segram dah jadi sekitar RM 270. Berkali-kali ganda!

Itu baru 1 gram.

Bayangkan jika ada berpuluh malah beratus gram emas. Berapa nilainya kan?

Kalau sejak anak lahir, setiap bulan kita amalkan simpan 1 gram sebulan, umur anak cecah 18 tahun, dia bakal ada 216 gram bersamaan RM 58,320 hari ini.

Dan bayangkan berapa nilai RM 58,000 ini jika naik 7 kali ganda dalam tempoh 18 tahun?

Semoga anak-anak kita tak perlu berhutang untuk menyambung pengajian.

Anak-anak anugerah Tuhan.

Sentiasa ingatkan diri, dalam gaji atau perniagaan kita, ada rezeki anak-anak. Maka tanggungjawab untuk menyediakan masa depan yang lebih baik untuk mereka, terletak di atas bahu kita sebagai ibu bapa.

Melalui simpanan emas 216 gram lebih daripada cukup untuk menampung kos pengajian anak-anak di masa depan dan dapat selamatkan mereka dari bebanan hutang selepas belajar.

Kita mungkin belum nampak sekarang.

Usah risau, kita boleh terus mengkaji dan kita boleh bertanya pada ibu ayah kita tentang emas masa lalu.

Cuma itulah, masa tak tunggu kita!

Jadi, usahakan untuk tidak terlepas dapatkan harga rendah zaman ni.

Seawal yang boleh, mulakan simpanan anak minimum 1gram emas 1bulan