Archives for May 3, 2023

Jenis Simpanan vs Emas

Emas paling akhir diingati untuk simpanan tetapi emas sebenarnya paling hadapan dari segi nilai.

Siapa yang simpan RM30,000 Tahun 90an ketika itu  masih boleh beli 1kilogram emas (RM30 segram)

Tapi siapa yang simpan RM30,000 hari ini Tahun 2023, nilai itu hanya boleh beli 100gram emas (RM300 segram).

Hilang kuasa membeli sehingga 900gram.

Mana pergi 900gram?
Itulah inflasi

😁

Dah kenal?

Ini #Fakta yang sesiapa pun tidak boleh sangkal.

Emas melonjak apabila kebimbangan mengenai krisis perbankan dan krisis siling hutang muncul semula..

Dengan mesyuarat FOMC yang akan berakhir esok, Rizab Persekutuan kemungkinan besar akan mengumumkan kenaikan kadar ΒΌ% dan perhatian telah beralih daripada Fed apabila peserta pasaran menumpukan pada potensi bencana lain dalam pasaran kewangan.

Kebimbangan sebenar mengenai siling hutang dan kebimbangan mengenai kemunculan semula krisis perbankan telah membebani minda peserta pasaran. Kebimbangan ini sangat ketara sehingga buat pertama kalinya, alat FedWatch CME menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian 15% bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar pada mesyuarat FOMC Jun. Alat FedWatch CME meramalkan bahawa terdapat 85% kebarangkalian bahawa Fed akan menghentikan kenaikan kadar pada bulan Jun. Jika ya, ini akan menjadi kali pertama Rizab Persekutuan sama ada tidak menaikkan kadar, atau mengurangkan kadar sepanjang 10 mesyuarat FOMC berturut-turut yang lalu.

Kebimbangan siling hutang bertambah selepas Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dalam surat semalam berkata, β€œSelepas menyemak resit cukai persekutuan baru-baru ini, anggaran terbaik kami ialah kami tidak akan dapat terus memenuhi semua kewajipan kerajaan menjelang awal Jun, dan berpotensi seawal pada 1 Jun, jika Kongres tidak menaikkan atau menggantung had hutang sebelum masa itu.”

TIPS hebat untuk BERJAYA DENGAN EMAS, In sha Allah

βœ…

Simpan emas ni dia special sangat.

Tak boleh fikir lama-lama sangat atau kaji dalam-dalam sangat baru nak mula.

Just start even with a very small gram.

Nanti kita akan faham dan pandai sendiri. Selagi tak mula, selagi tu kita tak akan faham.

Orang yang dah mula simpan emas, akan dapat banyak kelebihan. Dia dah ada harga benchmark sendiri. Dia akan happy duit tak habis lagi.

βœ…

Tambah ilmu emas

Mempunyai simpanan emas tidak menyebabkan kita berharta dan tenang.. tetapi ilmu tentang emas buatkan kita faham..

Harga naik kita happy. Harga turun kita 2 kali ganda happy. Itu tanda orang yang berilmu.

Simpan dan fungsikanlah emas sebaiknya selagi ia tidak bercanggah dengan perintah Allah swt..

πŸ’

Ramuan atasi anak selsema, batuk berkahak… Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah

Bahan-bahan di dapur boleh digunakan untuk membantu menghilangkan batuk dan selsema.

CUACA panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan ramai mudah untuk jatuh sakit.

Bukan sahaja orang dewasa, golongan kanak-kanak paling mudah mengalami demam, selsema, batuk serta berdepan masalah kahak yang melampau.

Berikut kami kongsikan beberapa bahan mudah yang boleh didapati di dapur kediaman masing-masing untuk membantu menghilangkan batuk berkahak dan selsema kanak-kanak.

1. Bawang putih

Bawang putih sering menjadi bahan utama dalam masakan. Namun, ia juga boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selsema.

Caranya dengan membakar bawang putih hingga lembut, kenudian lenyekkan dan tambah sedikit minyak. Kemudian, lumurkan pada bahagian leher, dada dan belakang badan bayi atau kanak-kanak.

file7iez2tlhewx1en976f4j

Ramai kanak-kanak jatuh sakit ketika cuaca panas.

2. Madu asli

Petuanya mudah sahaja, ambil satu sudu madu asli, sebiji limau nipis dan tambah air secukupnya. Untuk bayi pula, seeloknya umur setahun ke atas baru boleh diberi madu dan air sahaja tanpa limau.

3. Daun kaduk

Bagi mereka yang duduk di kampung, pasti tidak susah untuk mendapatkan daun kaduk. Petuanya, ramas daun kaduk yang dicampur dengan air sehingga menjadi seperti paste.

Kemudian, adunan itu boleh dilumurkan pada bahagian dada, leher serta belakang badan.

4. Kunyit hidup

Satu lagi bahan yang sentiasa ada di dapur adalah kunyit hidup. Selain digukanan dalam masakan, anda juga boleh membakar kunyit hidup dan gesekkan ia pada lesung batu.

Ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada kanak-kanak. Jika hidung bayi tersumbat, boleh juga ambil ibu kunyit, sapu pada batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

kredit: mstar.com