Archives for May 6, 2023

Kapur barus bukan untuk mayat je, banyak kegunaan lain yang ramai tak tahu… Boleh juga tabur tepi katil elak hama

Kapur barus juga boleh digunakan untuk melicinkan kaki yang bersisik. -Foto Facebook

KAPUR barus sering dikaitkan dengan kematian kerana ia digunakan ketika proses memandikan jenazah.

Namun, seorang individu dikenali sebagai Fiona turut menyenaraikan empat lagi manfaat kapur barus yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.

1. Melicinkan kaki bersisik

Isu kaki bersisik merupakan masalah yang biasa dihadapi ramai orang.

Untuk menghilangkannya, anda boleh menumbuk lumat tiga ketul kapur barus, kemudian masak dengan minyak bijan selama 15 minit di atas api perlahan.

Adunan itu boleh disapu pada bahagian kaki yang bersisik pada setiap malam. Ulangi langkah mudah ini sehingga sisik-sisik pada kulit tanggal.

2. Elak hama pada bantal dan tilam

Kehadiran hama pada bantal dan tilam boleh membawa pelbagai risiko penyakit.

Biasanya orang akan menggunakan serbuk soda bikarbonat untuk menghalau hama.

553

Kapur barus biasanya digunakan untuk memandikan jenazah.

Namun anda juga sebenarnya boleh menggunakan kapur barus. Caranya mudah saja, tumbuk halus kapur barus dan taburkan ia secara merata.

Selain berfungsi menghalau hama, ia juga boleh membangkitkan aroma wangi dalam bilik tidur anda.

3. Menghalau tikus, semut dan serangga

Sama seperti teknik untuk mengelakkan kehadiran hama, kapur barus yang ditumbuk juga dikatakan boleh menghalau tikus, semut dan serangga.

Untuk lebih efektif, tumbuk kasar ketulan kapur barus dan letakkan ia di setiap lubang atau laluan tikus dan serangga.

4. Segarkan bilik mandi

Jika tidak dibersihkan, bilik mandi akan menjadi busuk serta dipenuhi serangga seperti lipas dan lipan.

Untuk mengelakkan masalah ini, taburkan saja kapur barus pada lantai bilik mandi.