Archives for October 5, 2023

Jika kita faham sejarah matawang, kita pasti akan tukarkan sebanyak mungkin RM kepada emas.

Masih ingat perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944?

Dimana US Dollar tidak boleh dicetak tanpa disandar dengan emas. Mereka cari jalan senang untuk putuskan hubungan antara Dollar dan Emas!

Kenapa macam tu?

Sebab Dollar boleh dicetak sesuka hati semenjak 1971. Itulah rahsia Amerika kaya raya dan berkuasa hingga hari ini.

Mengikut Michael Maloney, penciptaan “wang fiat” merupakan penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Dan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah manusia!

Ingat lagi bila Jepun memerinta Tanah Melayu?

Duit dicetak sesuka hati oleh kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Sehingga berlaku hiperinflasi.

Menjadikan kuasa beli duit kertas menjunam teruk! Yang sebenarnya, kekayaan rakyat dirompak oleh pemerintah dalam tak sedar.

Sebab itu orang dulu-dulu simpan emas.

Dapat duit je simpan emas. Mereka tahu, duit kertas hanya akan laku bila sesebuah kerajaan memerintah.

“La, mudah rupanya dengan emas!”

Emas ni satu alat kewangan.
Kita boleh gunakan nya untuk capai apa jua matlamat kewangan kita.

Macam mana kalau simpan duit?
Simpan duit pun ok.

Cuma dari pengalaman saya, tak banyak yang berjaya. Sebab dah simpan, kita cenderung nak korek balik.

Kalau emas.
Saya dah gunakan beberapa kali, untuk capai matlamat kewangan saya. Ya, lebih mudah nak capai.

Terdekat. Saya gunakan emas untuk bayar deposit rumah 100k.

Jadi, macam mana nak menyimpan emas dengan cara betul?

Ini tipsnya.

Jawab dulu ketiga-tiga soalan ini.

1. Apa matlamat simpan emas?
Bayar deposit rumah

2. Berapa gram nak capai matlamat tu?
 300gram (RM100k )

3. Berapa lama nak capai?
5 tahun

Tindakan: Simpan 5gram sebulan.

Jadi, bila kita dah jawab kesemua soalan ni.

Baru kita ada hala tuju yg jelas dan lebih berdisiplin menyimpan.

Dah faham kan? Boleh bermula hari ni.

EMAS PENYIMPAN NILAI SEBENAR

1) Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya tetap kekal.

2) Emas adalah aset yang sangat berharga kerana ia bertindak sebagai simpanan untuk pelaburan, dana bekalan kecemasan wabak Covid-19 dan pelindung kejatuhan nilai wang. Emas Penyimpan Nilai dan Emas kalis inflasi

3) Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

4) Sedikit perkongsian mengenai perkataan EMAS yang disebut dalam Al-Quran.

👉

Surah al-Imran ayat ke-14 – Emas indah pada pandangan manusia.

👉

Surah al-Imran ayat ke-91 – Emas tukaran paling bernilai

👉

Surah At-Taubah ayat ke-34 – Emas simpanan yang sebenar

👉

Surah al-Kahfi ayat ke-31 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah al-Hajj ayat ke-23 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surat Fatir ayat ke-33 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-53 – Emas lambang kekayaan sebenar

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-71 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga.