Archives for October 12, 2023

“Selalu sangat!”

Ya, ini sering saya perhati.
Ramai penyimpan emas, tak sedar mereka ada simpanan duit banyak.

Saya pun sama juga sebenarnya.
Bila duit dah bertukar pada bentuk emas.

Kadang-kadang selalu rasa cemas.

“Eh, macam tak ada duit ni?”

Walaupun sebenarnya sudah ada 100gram emas atau 1 kilogram emas!

Dan kalau perlukan duit tunai.
Kita boleh saja jual emas tu pada bila-bila masa atau pajak di arrahnu dan dapat tunai segera.

Feel ‘tak ada duit’ sebegini sebenarnya bagus sebab memaksa kita ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja.

Jadi, duit simpanan kita lebih bertahan lama.
Dan menutup nafsu berbelanja pada perkara yang bukan benar-benar keperluan.

Dah faham kan? Simpan emas hari ni ya.

Jongkong 100g

ni jongkong 100gram. Paling besar Di ORODESIGN. Jika nak ada 1kg mesti ada 100g x 10 keping. 1kg 1keluarga

😍

Bagi yang belum pernah pegang, ini saya belanja gambar dulu.

Kalau kita simpan emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu.

Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu. Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis!

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah 1gram atau 0.25g (Rm100)

Paksa diri menabung emas setiap bulan. Satu hari nanti pasti dapat simpan 100g yang cantik ini.

*”Kenapa kita simpan emas?”*

Cuba tanya diri sendiri dulu, kenapa kita simpan duit?

Saya percaya tujuan kita sama. Simpan duit ni sebab:

1. Nak beli rumah atau tanah
2. Nak buat dana kecemasan
3. Nak anak masuk universiti tak berhutang
4. Nak guna untuk kahwin
5. Nak jadi simpanan persaraan
6. Nak pergi haji

Jadi, apapun tujuan kita, cuba fikir balik.

Simpan duit ini berapa lama boleh tahan?
Betul ke tak korek balik?
Boleh ke kawal nafsu diri dari berbelanja?

Saya percaya kita lebih faham dengan diri sendiri.

Kalau tak kuat dengan godaan duit dalam akaun, boleh alihkan sebahagian duit kepada emas.

Ia akan kekal ada.
Dan tak mudah dibelanjakan.

Sebab tu, tujuan pertama simpan emas ini untuk elak duit kita mudah bocor.

Sebab apa pun matlamat kita menyimpan, susah nak tercapai kalau asyik bocor dan bocor.

Dah faham kan?
Emas ubat penawar kepada duit bocor. Saya dah gunakan 5 tahun dan ianya berkesan.

Penyimpan Emas

Sebagai penyimpan emas, kita mesti positif dan teruskan menyimpan sama ada harga naik atau turun. Kerana fokus penyimpan emas adalah penambahan gram, jadi harga bukan jadi ukuran. Apa yang penting simpanan bertambah “𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘴”.

Bila dah jadi penyimpan emas, kena ada mindset yang betul. Baru boleh jadi penyimpan emas yang berjaya.

𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀:
I) Harga emas 𝗡𝗔𝗜𝗞 kita senyum sebab emas yang kita simpan makin bernilai.

II) Harga emas 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 lagi kita gembira sebab boleh tambah lagi simpanan emas.

Bila kita pegang dua benda ini, makin lama makin bertambah simpanan kita. Beli, simpan dan lupakan.