Archives for November 29, 2023

Perkara pelik tentang duit

Bila cerita bab duit, ada banyak cerita pelik. Antaranya, bila kita nak membeli sesuatu yang nilainya besar, sedikit sebanyak kita rasa kesian pada duit tu, nanti habis. Penat ² kumpul.

Sayang punya sayang, hujung bulan atau hujung tahun habis! Paling tidak susut. Nak berbelanja sayang, konon nak simpan. Alih ² habis?

🤦🏻‍♂️

Bila kita tidak buat belanjawan, kita tak sedar duit habis sedikit demi sedikit. Dalam kepala konon duit masih berbaki. Tak rasa duit susut.

Itulah pentingnya, kita alihkan sebahagian simpanan duit yang ada ke dalam bentuk yang sedikit susah nak cair, seperti emas.

Dapat gaji, alihkan sebahagian ke dalam bentuk emas. InsyaAllah lebih bertahan.

GAJI sebenarnya turun setiap Tahun. Tak percaya??

👉

Convert to USD
Tahun 2022 Gaji RM2000 ( usd 454 )
Tahun 2023 Gaji RM2200 ( usd 430)

👉

Convert to gold
Tahun 2022 Gaji RM2000 ( 7.01 gm)
Tahun 2023 Gaji RM2000 ( 5.98 gm)

Siapa yang rompak?
Anda nak tau siapa… Encik INFLASI.

Dan MASA anda juga akan dirompak bersama.
Tahun lepas. Kerja sebulan dapat usd 454.
Sekarang kene kerja 1bulan 2hari untuk dapat usd 454.

Fikir2kn.

#1gram1bulan1keluarga

Seketul jongkong 100gram ni boleh buat apa?

✅

 Cukup dana kecemasan 6 bulan bagi yang bergaji RM5000

✅

 Deposit Rumah (berharga RM300,000)

✅

 Umrah Untuk 3 Orang

✅

 Dana Kahwin Tanpa Hutang

✅

Pakej Haji B40

✅

Dana Pendidikan Anak Seorang

✅

 Kereta Cash tanpa hutang (yang bersesuaian)

✅

Dapat Kekalkan Kuasa Beli, Tambat Nilai Simpanan, Tambah Kekayaan (mudah kata, keuntungan pelaburan purata 9-11% setahun)

Kalau 2 Ketul?

Lagi banyak matlamat kewangan yang boleh kita capai

Ini seronoknya menabung emas. Selain duit simpanan kita tak bocor, nilainya makin lama makin meningkat.

Sebab tu buat permulaan, menabung emas untuk capai 100gram emas pertama dulu.

Nak capai 100gram seterusnya akan lebih mudah.

Dapat sesuatu?

Kenapa kita perlu memiliki emas?

1. Sebagai Insurans.

Emas adalah barangan yang paling mudah membantu kita di kala kesusahan. Bila terdesak, emas boleh dipajak bila-bila masa, boleh dijual, confirm laku.

2. Sebagai aset atau harta.

Simpan duit kertas bawah bantal nanti lipas atau anai-anai gigit hancur oihh. Simpan di bank faedah sikit kemain. Simpan emaslah, harga sentiasa ada. Jangankan lipas atau anai-anai, tikus nak kokak pun takut patah gigi.

3. Sebagai tabung simpanan.

Simpan duit ni, hmmm kejap-kejap nak jolok keluar. Cepat bocor. Simpan emas, lebih bertahan sebab tak senang nak jolok keluar macam duit kat ATM tu.

4. Sebagai alat pelaburan.

Harga emas sentiasa konsisten dan kerap meningkat. So far takde lagi orang yang menyesal sebab beli dan melabur dalam emas ni. Yang menyesal tak beli ada lah.

5. Sebagai pengekal kuasa beli.

Contohnya, duit RM100 hari ini boleh beli 30 item barang runcit di supermarket. Duit RM100 yang sama tahun depan mungkin boleh beli 20 barang sahaja, tak dapat 30 lagi dah sebab barang dah naik harga.

Namun nilai 1 gram emas hari ini boleh beli 50 barang runcit dan tahun depan pula dengan nilai 1 gram yang sama mungkin boleh beli lebih 60 barang. Tak caya cubalah.

6. Sebagai modal pusingan.

Bagi peniaga, gunakan keuntungan untuk beli emas. Bila perlu cagarkan emas untu dapat modal pusingan. Dapat duit tebus balik emas, ada untung beli emas dan simpan lagi. Cukup haul-cukup nisab maka keluarkanlah zakat. Baru bisnes berkat dan berjaya.

7. Sebagai sumber zakat.

Yer, yang tak pakai dan simpan emas wajib keluar zakat okeh. Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. Kekayaan akan melimpah ruah.

8. Sumber kebaikan dan kebajikan

Bila banyak emas dan keluarkan zakat, maka harta bertambah banyak, rezeki banyak duit pun banyak. Maka, pintu untuk berbuat kebaikan dan kebajikan pun terbuka luas. Bolehlah menyumbang kepada masyarakat, sedekah dan infak dalam dana masjid, surau, bantuan NGO dan sebagainya.

Begitulah.

Sejak kebelkangan ini ramai orang beratur di pajak gadai untuk mendapatkan sedikit rezeki buat keluarga.

Emas menjadi talian hayat mereka.