Perkara pelik tentang duit

Bila cerita bab duit, ada banyak cerita pelik. Antaranya, bila kita nak membeli sesuatu yang nilainya besar, sedikit sebanyak kita rasa kesian pada duit tu, nanti habis. Penat ² kumpul.

Sayang punya sayang, hujung bulan atau hujung tahun habis! Paling tidak susut. Nak berbelanja sayang, konon nak simpan. Alih ² habis?

🤦🏻‍♂️

Bila kita tidak buat belanjawan, kita tak sedar duit habis sedikit demi sedikit. Dalam kepala konon duit masih berbaki. Tak rasa duit susut.

Itulah pentingnya, kita alihkan sebahagian simpanan duit yang ada ke dalam bentuk yang sedikit susah nak cair, seperti emas.

Dapat gaji, alihkan sebahagian ke dalam bentuk emas. InsyaAllah lebih bertahan.

Speak Your Mind

*