Archives for December 2023

𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗨𝗜𝗧

Inilah pengalaman saya (malah kebanyakan penyimpan emas yang lain) selama menyimpan emas iaitu rasa tidak berduit walaupun hakikatnya emas simpanan itu juga adalah duit!

Berduit itu memang penting, tapi ‘rasa berduit’ itu berbahaya. Terutama jika kita tidak berduit, tapi tetap rasa berduit.

Apabila kita rasa berduit, kita akan sentiasa berfikir untuk berbelanja, menghabiskan duit yang ada tanpa mengira ianya adalah kehendak atau keperluan.

Lihat sahaja situasi apabila kita menerima duit bonus. Duit bonus belum terima, tapi kita sudah panjang akal nak beli itu ini serta nak bercuti sana sini.

Lebih hebat apabila perancangan itu semua sudah dirancang 3 bulan lebih awal dan penyudahnya duit bonus kita lesap entah ke mana.

Bagi yang memang berduit pula, rasa berduit menyebabkan simpanan mereka mudah bocor dan terus bocor hingga menyebabkan kekayaan tidak bertambah, apatah lagi berkembang.

Apabila kita menyimpan emas, kita akan hilang rasa ‘berduit’. Ramai penyimpan emas rasa diri mereka tidak berduit walaupun pada hakikatnya kalau dijual kesemua emas dalam simpanan, nilai duit yang boleh diperolehi adalah agak besar jumlahnya.

Sedar tak sedar, jumlah emas yang disimpan semakin bertambah dari bulan ke bulan, tahun ke tahun kerana keberkesanan emas dalam mengawal nafsu boros dan nafsu rasa berduit ini.

Nak simpan emas tak perlu modal yang besar pun.

Bagi sesiapa yang nak memulakan simpanan emas dengan bajet rendah dan tanpa komitmen bulanan, boleh whatsapp saya. InsyaAllah saya sedia membantu.