*Minat Emas VS Faham Emas*

Kalau tunggu minat, rasanya ramai tak minat nak kumpul EMAS. _Sebab macam-macam alasan muncul. Mahal lah, tak mampulah, kena zakatlah, tak tahu nak simpan manalah._
.
Tapi kalau faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam-macam cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas.
.
Sebab itu faham dahulu๐Ÿ˜Žย 
Macam kita belajar makan masa kecil. Kita makan sebab kita faham kalau tak makan perut lapar.
Kalau tunggu minat baru nak makan, sampai ke sudahlah kita tak makan๐Ÿ˜….
.
Jadi samalah analoginya soal emas ini. *Kalau tunggu minat, sampai ke sudahlah tak ada emas walaupun 0.5gram pun.* Ruginya!

KITA SIMPAN KERTAS, AMERIKA SYARIKAT SIMPAN EMAS

Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan Amerika Syarikat sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS hijau, tetapi Amerika Syarikat simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik? Permainan yang telah mereka rancang lama.

Persoalannya, bagaimana Amerika Syarikat boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia? Bila kita mengkaji sejarah, jawabnya dunia KENA TIPU dengan Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, Amerika Syarikat perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram). Duit kertas yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas. Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, Amerika Syarikat sudah kehabisan duit. Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang Amerika Syarikat buat? Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas. Maka Amerika Starikat boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahu 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing. Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan OUT OF NOTHING! Ia tidak lagi di back up oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa Amerika Syarikat KAYA & BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar. Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq & Libya

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat kewangan at least 5% – 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai ‘insuran’ dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%. Banyak negara telah mengalami HYPERINFLASI. Ada simpanan Wang Kertas yang banyak pun semua tiada Nilai lagi. Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s – harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup.๐Ÿ˜”

ย 

Perbezaan Goldbar dan Brang Kemas

Saya nak bagi tips sikit.

Mana yang lebih bagus, beli dan simpan gold bar atau beli dan simpan barang kemas?

Ini sedikit perbandingan la ye. Lepas tu timbang sendiri mana yang lebih cocok dengan jiwa dan raga masing-masing.

โค๏ธ BARANG KEMAS.

โœ… Sesuai untuk orang yang suka memakai. Dah nama pun barang kemas, beli tak pakai nak buat apa kan?

โœ… Kalau beli banyak-banyak pun, larat ke nak pakai banyak-banyak tu? Tambah pulak sekarang ni kes-kes samun dan ragut di jalanan. Lagi la bahaya kalau pakai barang kemas.

โœ… Sangat bagus bagi yang nak jadi peniaga. Biasanya boleh dapat di pasaran kedua (secondary market) atau yang dilelong oleh pajak gadai dengan harga potongan antara 20% ke 40% dari harga pasaran.

โœ… Biasanya ketulenan barang kemas ni 916. Ada la yang emas 999 tapi jarang sangat sebab lembut tanpa campuran bahan lain.

โœ… Harga biasanya akan jadi lebih mahal sebab ada upah buat dan sebagainya. Jadi kita terpaksa tanggung kos-kos sampingan yang sangat tinggi.

โœ… Susu tnilai masa nak jual balik pun boleh tahan juga besar. Itu caranya kedai emas atau peniaga amatur buat duit. Biasa la kalau susutnilai barang kemas ni mencecah sehingga 40%.

โœ… Kalau barang kemas bengkok atau patah masa nak dijual, harga akan ditolak lebih banyak.

โœ… Prinsip saya mudah mudah saja dengan barang kemas ni. Beli kalau suami suruh beli (minta duit dengan dia) atau kalau mak atau mak mertua bising (jaga la air muka suami sikit ye tak?)

โœ…Pilih mutu Emas yang tinggi 999 @ 916 seperti yang Orodesign hasilkan, jangan bawah dari ini sebagai simpanan sambil berhias.

โค๏ธ GOLD BAR ATAU DINAR.

โœ… Sesuai untuk orang yang nak menyimpan emas sebagai alternatif simpanan tunai.

โœ… Kalau beli banyak-banyak pun takpe. Sebab nak simpan je kan. Bukan nak pakai pun.

โœ… Yang nak berniaga pun boleh juga jadikan gold bar atau dinar sebagai komoditi. Orang lelaki boleh beli, orang perempuan pun boleh beli. Orang dewasa boleh beli, para remaja pun boleh beli.

โœ… Biasanya ketulenan gold bar dan dinar ialah 999.9. Ia ketulenan paling tinggi.

โœ… Harga gold bar atau dinar biasanya sangat bagus untuk nilai duit yang kita bayar. Sebab gold bar dan dinar tak dikenakan caj upah.

โœ… Susut nilai @ spread gold bar atau dinar juga rendah. Kalau di Orodesign, ia antara 2% ke 5% sahaja. *Formula kiraan spread, harga jualan – harga belian รท harga jualan ร— 100*

โœ… Gold bar atau dinar ditimbang dengan berat. Jika ia patah atau bengkok sekali pun, ia harga tetap dikira dengan berat emas. Bukan pada penampilam emas itu.

โœ…ย Untuk pelaburan dan simpanan emas jangka panjang, saya syorkan gold bar atau dinar. Ia lebih mudah dibeli dan murah harganya berbanding barang kemas (kerana tiada upah buat). Tambah lagi kalau macam sekarang ni boleh beli gold bar sekecil 0.25gram je di Orodesign, lagi la senang mampu milik.

Kejatuhan Nilai Ringgit

Bagi mereka yang tak perasan kenapa kebanyakan kos dan harga barangan meningkat pada ketika ini, inilah salah satu puncanya โ€“ kejatuhan nilai wang ringgit.

Nilai ringgit kini telah jatuh melebihi nilai kejatuhan semasa krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1998.

Kos haji dan umrah meningkat.
Harga roti naik.
Harga lauk pauk naik.
Hatta harga kuih juga naik!
Yang turun sekarang hanyalah hujan dan airmata.

Yang simpan duit, nilainya telah susut sebanyak 11.49% berbanding 5 tahun lepas.

Simpan RM10000, kini nilainya seolah-olah tinggal RM8851 sahaja.

Simpan RM1 juta, sebanyak RM114900 telah hilang!

Manakala yang simpan emas, kekayaan mereka bertahan.

5 tahun lepas simpan 1g, nilainya sekitar RM180 per gram. Kini sekitar RM260 per gram.

Harga barangan naik,
Harga emas juga naik…

Jadi kekayaan mereka bertahan!

Emas terbukti dapat menyimpan nilai dengan baik.

Jadi, simpanlah EMAS.
InsyaAllah emas dapat membantu kita menghadapi kejatuhan nilai ringgit ini dengan lebih tenang…

Jom mulakan simpanan emas

Kesan Inflasi

Banyak negara pernah @ sedang lalui fasa kemelesatan Ekonomi dan mengalami hyperinflasi. Sejarah telah membuktikan Wang Kertas ada ‘tamat tempoh’, hilang Nilai kuasa penggunaan secara ‘total’. Malaysia tidak terkecuali pernah mengalami suatu ketika dahulu.

๐Ÿ˜ฑ

 Fasa ini akan berulang kembali.

Waktu itu yang sentiasa bernilai, dapat digunakan sebagai pertukaran dan bermuamalat adalah dengan menggunakan Matawang Sebenar iaitu EMAS. Duit kertas TIADA Nilai dah.

โœŒ๏ธ

Peringatan bersama, setiap orang perlu sediakan ‘backup’ simpanan. Tukar sebahagian simpanan RM kepada aset. Sebab utama perlu simpan Emas.

โ˜๏ธ

Antara barang kemas dan emas jongkong, mana pilihan?

Ada yang sarankan simpan emas sehingga 10% dari jumlah wang simpanan kita. Cuma mungkin ramai yang tak pasti emas apa patut dibeli sebagai pelaburan.
Menurut pakar kewangan, untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan emas, lebih baik beli emas jongkong berbanding emas perhiasan.

10 gram emas perhiasan 916 upahnya antara RM300-RM400. Jika emas jongkong 999 seberat 10 gram, upahnya baru RM15, Apabila nak dijual, emas perhiasan 916 akan susut nilai antara 25-45%. Manakala emas jongkong 999 akan susut nilai 6%-9% sahaja.

Namun beli emas untuk pelaburan pastikan kita ada duit simpanan lain. Emas adalah pelaburan jangka panjang.

– Mingguan Wanita –

“Ada sesetengah syarikat memang ada mengenakan charge tambahan untuk dapatkan fizikal. Di Orodesign Emas jongkong tiada pun dikenakan upah, tiada charge tersembunyi atau charge premium cuma kos postage. Tapi bagi dealer yang berhampiran HQ Orodesign boleh datang ambil Emas fizikal di HQ. Susut Nilai bagi dealer 2%~5% sahaja.โ˜บ๏ธ

*BAIKI KEBOCORAN SIMPANAN*

Kalau simpan RM500 sebulan, tapi lepas 10 bulan tak ada RM5,000 dalam akaun, selalunya ada 2 sahaja puncanya.

1. Salah buat bajet
2. Kaedah menyimpan tak berkesan, senang bocor

Bagi yang nak baiki kebocoran simpanan ini, salah satu cara berkesan ialah alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas.

Dari RM500 tu, tarik dalam RM300 untuk beli emas #1gram1bulan

Ikutkan pengalaman dan pemerhatian, ramai penyimpan emas, lepas 10 bulan, confirm ada 10 gram dalam simpanan, in shaa Allah.

TAK TIRIS, TAK BOCOR, malah ada pula yang terlebih dari 10gram

Berat yang sama, harga yang berbeza

100gram berat yang sama.
2021 – RM24,570
2022 – RM27,750
2023 – RM29,780 (31/3)

Hari ini 07/04/2023 100G yang sama nilainya RM30,250.

Dah berapa banyak kenaikan dalam tempoh masa tak sampai 3 tahun?
Fikir-fikirkan…

Ada lagi tak pelaburan yg boleh bagi pulangan tinggi macam ni. Simpan diam-diam bawah bantal pun makin bernilai.

Itulah emas matawang ciptaan Allah.

100g nampak besar. Tapi kalau dikumpul sedikit demi sedikit, dari sekecil 1g. Lama-lama banyaklah ia.

Emas simpanan paksaan yang menguntungkan ๐Ÿฅฐ

Nak lagi jimat DAFTAR KEAHLIAN DEALER RM399 SAHAJA

http://www.wasap.my/60167525279/NakDaftarDealerOroRM399

#EmasHargaKilang
#OrodesignByMAA

ย 

Ada yang tanya, berbaloi ke jadi dealer Orodesign ni?

Assalamualaikum semua.

Kalau tanya saya memang jawapannya berbaloi 100% sebab saya memang dealer Orodesign dan dah merasa kesemua kelebihan sebagai dealer.ย 

Tapi soalan tu betul dah tuju kat saya kalau pi tuju kat company lain sahih jawapan dia lain kan? Hihii.

Ok kenapa saya cakap berbaloi?

1. Kalau uolls aim nak beli emas untuk long term nak saving emas, dapat harga lebih rendah. Uolls dah jimat banyak kat situ. Jimat harga, jimat masa, jimat tenaga, sebab tak perlu pun ke mana-mana terus lock dengan kilang.

2. Kalau uolls nak trading emas pun untung runcit dapat lebih tinggi berbanding jadi dealer kedai emas biasa. Upah yang telus dan fix sangat reasonable ikut design. Lebih rendah untuk dealer.

3. Daftar dealer sekali seumur hidup yuran tu untuk semua kelebihan dealer dapat, tak perlu renew, tiada minimum belian untuk kekalkan keahlian. Boleh jugak diwarisi tau.

4. Uolls boleh jual semula emas lama/ goldbar / dinar pada HQ, HQ ambil / beli dengan harga yang tinggi kalau dah jadi dealer. Dah tak pening nak jual emas kat mana.

5. Susut nilai / selisih harga beli dan jual emas jadi kecil bila dah jadi dealer, maka kita akan dapat rasa keuntungan simpanan emas kita lebih cepat.

6. HQ kilang Emas kita adalah 100% milik Muslim bumiputera. Bila kita support, secara tak langsung kita support ekonomi muslim, Moga dengan support kita kilang boleh pergi lebih jauh dan memberi lebih banyak pada ummah.

7. Ketulinan emas lebih terjamin, HQ adalah kilang Emas dan pemegang sijil FEDMAS (Badan yang mengesahkan ketulinan emas di Malaysia)

8. Kita berpeluang kumpul emas percuma melalui kempen-kempen yang HQ anjurkan.

9. Nak lebih jimat dekat yuran tu daftarlah bulan ni sebab uolls boleh jimat 4 ratus ringgit, tambah sikit lagi dah boleh lock emas sendiri kat sistem tau.

Haaa berbaloi sangat tu simple kan? Harap dapat sikit pencerahan. Ada soalan lain boleh roger saya ๐Ÿ˜

Yuran Ahli OroDesign promosi bulan April RM399 sahaja,

http://www.wasap.my/60167525279/NakDaftarDealerOroRM399

*INFLASI VS EMAS*

Harga semua barangan kebelakangan ni menampakkan peningkatan yang semakin mendadak
tidak kirala samaada harga sayur, minyak, burger, roti, minyak petrol, dan pelbagai lagi barangan juga telah naik harga.

Kesemua perkara di atas adalah di luar kawalan kita.

Apa yang boleh kita kawal ialah duit simpanan kita daripada terus bocor atau semakin bertambah.

Namun begitu, kerap kali kita tertewas dengan jumlah simpanan kita yang kerap bocor.

Maka dengan itu, ubah cara simpanan duit kita dengan menukar kepada bentuk emas.

Esok-esok bila mana simpanan kita telah mencukupi maka tukarkanlah kepada duit semula untuk mencapai matlamat simpanan kita seperti menunaikan ibadah haji/umrah, dana untuk memiliki hartanah, dana perkahwinan mahupun dana pendidikan untuk anak-anak.

Simpanan emas telah terbukti sebagai kaedah simpanan yang lebih cekap dan mudah bertambah dari masa ke masa.
ย