Jenis Simpanan vs Emas

Emas paling akhir diingati untuk simpanan tetapi emas sebenarnya paling hadapan dari segi nilai.

Siapa yang simpan RM30,000 Tahun 90an ketika itu  masih boleh beli 1kilogram emas (RM30 segram)

Tapi siapa yang simpan RM30,000 hari ini Tahun 2023, nilai itu hanya boleh beli 100gram emas (RM300 segram).

Hilang kuasa membeli sehingga 900gram.

Mana pergi 900gram?
Itulah inflasi

😁

Dah kenal?

Ini #Fakta yang sesiapa pun tidak boleh sangkal.

Emas melonjak apabila kebimbangan mengenai krisis perbankan dan krisis siling hutang muncul semula..

Dengan mesyuarat FOMC yang akan berakhir esok, Rizab Persekutuan kemungkinan besar akan mengumumkan kenaikan kadar ΒΌ% dan perhatian telah beralih daripada Fed apabila peserta pasaran menumpukan pada potensi bencana lain dalam pasaran kewangan.

Kebimbangan sebenar mengenai siling hutang dan kebimbangan mengenai kemunculan semula krisis perbankan telah membebani minda peserta pasaran. Kebimbangan ini sangat ketara sehingga buat pertama kalinya, alat FedWatch CME menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian 15% bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar pada mesyuarat FOMC Jun. Alat FedWatch CME meramalkan bahawa terdapat 85% kebarangkalian bahawa Fed akan menghentikan kenaikan kadar pada bulan Jun. Jika ya, ini akan menjadi kali pertama Rizab Persekutuan sama ada tidak menaikkan kadar, atau mengurangkan kadar sepanjang 10 mesyuarat FOMC berturut-turut yang lalu.

Kebimbangan siling hutang bertambah selepas Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dalam surat semalam berkata, β€œSelepas menyemak resit cukai persekutuan baru-baru ini, anggaran terbaik kami ialah kami tidak akan dapat terus memenuhi semua kewajipan kerajaan menjelang awal Jun, dan berpotensi seawal pada 1 Jun, jika Kongres tidak menaikkan atau menggantung had hutang sebelum masa itu.”

TIPS hebat untuk BERJAYA DENGAN EMAS, In sha Allah

βœ…

Simpan emas ni dia special sangat.

Tak boleh fikir lama-lama sangat atau kaji dalam-dalam sangat baru nak mula.

Just start even with a very small gram.

Nanti kita akan faham dan pandai sendiri. Selagi tak mula, selagi tu kita tak akan faham.

Orang yang dah mula simpan emas, akan dapat banyak kelebihan. Dia dah ada harga benchmark sendiri. Dia akan happy duit tak habis lagi.

βœ…

Tambah ilmu emas

Mempunyai simpanan emas tidak menyebabkan kita berharta dan tenang.. tetapi ilmu tentang emas buatkan kita faham..

Harga naik kita happy. Harga turun kita 2 kali ganda happy. Itu tanda orang yang berilmu.

Simpan dan fungsikanlah emas sebaiknya selagi ia tidak bercanggah dengan perintah Allah swt..

πŸ’

Duit raya pun tak terlepas dari inflasi.

Feeling kanak kanak dapat duit rm10 sekarang, sama macam dapat rm5 je kalau 10 tahun lalu.
Walaupun inflasi rasmi negara cuma 20% dalam 10% setahun, tapi kenaikan tu “dirasai” macam 50%.

Jadi, kalau duit raya anak-anak tu agak-agak nak simpan untuk jangka masa panjang (tak nak guna dalam tempoh 2 tahun), jangan simpan dalam akaun bank dan akaun-akaun paper asset yang lain sekalipun(e.g Tabung Haji & ASB). Simpan dalam bentuk emas. Beli emas.
Nak beli emas tu, Beli emas fizikal yang tulin, supaya kita dapat tinggikan peluang keuntungan dan rendahkan risiko kerugian.

Antaranya emas dari MAA PRECIOUS METALS, ORODESIGN

#inflasi
#GoldbarEdisiRaya

MENABUNG EMAS UNTUK ANAK

Dalam gaji atau keuntungan bisnes kita, ada rezeki anak.

Jujurnya saya rasa amat rugi bagi ibu bapa yang tidak memulakan simpanan emas untuk anak-anak seawal kelahiran anak.

Kalau kita semak, tahun 2,000 emas satu gram hanya RM 35 je. Sekarang Januari tahun 2022, emas segram dah jadi sekitar RM 270. Berkali-kali ganda!

Itu baru 1 gram.

Bayangkan jika ada berpuluh malah beratus gram emas. Berapa nilainya kan?

Kalau sejak anak lahir, setiap bulan kita amalkan simpan 1 gram sebulan, umur anak cecah 18 tahun, dia bakal ada 216 gram bersamaan RM 58,320 hari ini.

Dan bayangkan berapa nilai RM 58,000 ini jika naik 7 kali ganda dalam tempoh 18 tahun?

Semoga anak-anak kita tak perlu berhutang untuk menyambung pengajian.

Anak-anak anugerah Tuhan.

Sentiasa ingatkan diri, dalam gaji atau perniagaan kita, ada rezeki anak-anak. Maka tanggungjawab untuk menyediakan masa depan yang lebih baik untuk mereka, terletak di atas bahu kita sebagai ibu bapa.

Melalui simpanan emas 216 gram lebih daripada cukup untuk menampung kos pengajian anak-anak di masa depan dan dapat selamatkan mereka dari bebanan hutang selepas belajar.

Kita mungkin belum nampak sekarang.

Usah risau, kita boleh terus mengkaji dan kita boleh bertanya pada ibu ayah kita tentang emas masa lalu.

Cuma itulah, masa tak tunggu kita!

Jadi, usahakan untuk tidak terlepas dapatkan harga rendah zaman ni.

Seawal yang boleh, mulakan simpanan anak minimum 1gram emas 1bulan

*Minat Emas VS Faham Emas*

Kalau tunggu minat, rasanya ramai tak minat nak kumpul EMAS. _Sebab macam-macam alasan muncul. Mahal lah, tak mampulah, kena zakatlah, tak tahu nak simpan manalah._
.
Tapi kalau faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam-macam cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas.
.
Sebab itu faham dahulu😎 
Macam kita belajar makan masa kecil. Kita makan sebab kita faham kalau tak makan perut lapar.
Kalau tunggu minat baru nak makan, sampai ke sudahlah kita tak makanπŸ˜….
.
Jadi samalah analoginya soal emas ini. *Kalau tunggu minat, sampai ke sudahlah tak ada emas walaupun 0.5gram pun.* Ruginya!

KITA SIMPAN KERTAS, AMERIKA SYARIKAT SIMPAN EMAS

Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan Amerika Syarikat sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS hijau, tetapi Amerika Syarikat simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik? Permainan yang telah mereka rancang lama.

Persoalannya, bagaimana Amerika Syarikat boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia? Bila kita mengkaji sejarah, jawabnya dunia KENA TIPU dengan Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, Amerika Syarikat perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram). Duit kertas yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas. Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, Amerika Syarikat sudah kehabisan duit. Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang Amerika Syarikat buat? Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas. Maka Amerika Starikat boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahu 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing. Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan OUT OF NOTHING! Ia tidak lagi di back up oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa Amerika Syarikat KAYA & BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar. Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq & Libya

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat kewangan at least 5% – 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai ‘insuran’ dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%. Banyak negara telah mengalami HYPERINFLASI. Ada simpanan Wang Kertas yang banyak pun semua tiada Nilai lagi. Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s – harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup.πŸ˜”

Β 

Perbezaan Goldbar dan Brang Kemas

Saya nak bagi tips sikit.

Mana yang lebih bagus, beli dan simpan gold bar atau beli dan simpan barang kemas?

Ini sedikit perbandingan la ye. Lepas tu timbang sendiri mana yang lebih cocok dengan jiwa dan raga masing-masing.

❀️ BARANG KEMAS.

βœ… Sesuai untuk orang yang suka memakai. Dah nama pun barang kemas, beli tak pakai nak buat apa kan?

βœ… Kalau beli banyak-banyak pun, larat ke nak pakai banyak-banyak tu? Tambah pulak sekarang ni kes-kes samun dan ragut di jalanan. Lagi la bahaya kalau pakai barang kemas.

βœ… Sangat bagus bagi yang nak jadi peniaga. Biasanya boleh dapat di pasaran kedua (secondary market) atau yang dilelong oleh pajak gadai dengan harga potongan antara 20% ke 40% dari harga pasaran.

βœ… Biasanya ketulenan barang kemas ni 916. Ada la yang emas 999 tapi jarang sangat sebab lembut tanpa campuran bahan lain.

βœ… Harga biasanya akan jadi lebih mahal sebab ada upah buat dan sebagainya. Jadi kita terpaksa tanggung kos-kos sampingan yang sangat tinggi.

βœ… Susu tnilai masa nak jual balik pun boleh tahan juga besar. Itu caranya kedai emas atau peniaga amatur buat duit. Biasa la kalau susutnilai barang kemas ni mencecah sehingga 40%.

βœ… Kalau barang kemas bengkok atau patah masa nak dijual, harga akan ditolak lebih banyak.

βœ… Prinsip saya mudah mudah saja dengan barang kemas ni. Beli kalau suami suruh beli (minta duit dengan dia) atau kalau mak atau mak mertua bising (jaga la air muka suami sikit ye tak?)

βœ…Pilih mutu Emas yang tinggi 999 @ 916 seperti yang Orodesign hasilkan, jangan bawah dari ini sebagai simpanan sambil berhias.

❀️ GOLD BAR ATAU DINAR.

βœ… Sesuai untuk orang yang nak menyimpan emas sebagai alternatif simpanan tunai.

βœ… Kalau beli banyak-banyak pun takpe. Sebab nak simpan je kan. Bukan nak pakai pun.

βœ… Yang nak berniaga pun boleh juga jadikan gold bar atau dinar sebagai komoditi. Orang lelaki boleh beli, orang perempuan pun boleh beli. Orang dewasa boleh beli, para remaja pun boleh beli.

βœ… Biasanya ketulenan gold bar dan dinar ialah 999.9. Ia ketulenan paling tinggi.

βœ… Harga gold bar atau dinar biasanya sangat bagus untuk nilai duit yang kita bayar. Sebab gold bar dan dinar tak dikenakan caj upah.

βœ… Susut nilai @ spread gold bar atau dinar juga rendah. Kalau di Orodesign, ia antara 2% ke 5% sahaja. *Formula kiraan spread, harga jualan – harga belian Γ· harga jualan Γ— 100*

βœ… Gold bar atau dinar ditimbang dengan berat. Jika ia patah atau bengkok sekali pun, ia harga tetap dikira dengan berat emas. Bukan pada penampilam emas itu.

βœ…Β Untuk pelaburan dan simpanan emas jangka panjang, saya syorkan gold bar atau dinar. Ia lebih mudah dibeli dan murah harganya berbanding barang kemas (kerana tiada upah buat). Tambah lagi kalau macam sekarang ni boleh beli gold bar sekecil 0.25gram je di Orodesign, lagi la senang mampu milik.

Kejatuhan Nilai Ringgit

Bagi mereka yang tak perasan kenapa kebanyakan kos dan harga barangan meningkat pada ketika ini, inilah salah satu puncanya – kejatuhan nilai wang ringgit.

Nilai ringgit kini telah jatuh melebihi nilai kejatuhan semasa krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1998.

Kos haji dan umrah meningkat.
Harga roti naik.
Harga lauk pauk naik.
Hatta harga kuih juga naik!
Yang turun sekarang hanyalah hujan dan airmata.

Yang simpan duit, nilainya telah susut sebanyak 11.49% berbanding 5 tahun lepas.

Simpan RM10000, kini nilainya seolah-olah tinggal RM8851 sahaja.

Simpan RM1 juta, sebanyak RM114900 telah hilang!

Manakala yang simpan emas, kekayaan mereka bertahan.

5 tahun lepas simpan 1g, nilainya sekitar RM180 per gram. Kini sekitar RM260 per gram.

Harga barangan naik,
Harga emas juga naik…

Jadi kekayaan mereka bertahan!

Emas terbukti dapat menyimpan nilai dengan baik.

Jadi, simpanlah EMAS.
InsyaAllah emas dapat membantu kita menghadapi kejatuhan nilai ringgit ini dengan lebih tenang…

Jom mulakan simpanan emas

Kesan Inflasi

Banyak negara pernah @ sedang lalui fasa kemelesatan Ekonomi dan mengalami hyperinflasi. Sejarah telah membuktikan Wang Kertas ada ‘tamat tempoh’, hilang Nilai kuasa penggunaan secara ‘total’. Malaysia tidak terkecuali pernah mengalami suatu ketika dahulu.

😱

 Fasa ini akan berulang kembali.

Waktu itu yang sentiasa bernilai, dapat digunakan sebagai pertukaran dan bermuamalat adalah dengan menggunakan Matawang Sebenar iaitu EMAS. Duit kertas TIADA Nilai dah.

✌️

Peringatan bersama, setiap orang perlu sediakan ‘backup’ simpanan. Tukar sebahagian simpanan RM kepada aset. Sebab utama perlu simpan Emas.

☝️
UTM Open Day