5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna Bahan Semula Jadi!

bau busuk dalam peti

Pasti ramai yang mengalami masalah bau busuk dalam peti sejuk kan? Ada yang menyangka bau busuk berpunca dari sisa-sisa makanan yang disimpan dan makanan-makanan lain. Namun bila sudah dicuci, peti tetap berbau.

Rupanya ada cara mudah dan murah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya menggunakan bahan semula jadi, segala masalah bau peti sejuk boleh dihilangkan. Ikut saja cara di bawah.

Baca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan

5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk

1. Daun Pandan

bau busuk dalam peti

Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.

2. Roti

bau busuk dalam peti

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.

3. Serbuk Penaik / Baking Soda

Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

4. Cuka Putih

bau busuk dalam peti

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

5. Oat

Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

Kalian boleh pilih mana-mana cara untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Semoga bermanfaat!

Kredit: Leha Yusuf

Cara Masak Nasi Untuk Sorang Makan, Baru Tak Membazir & Nasi Tak Berkerak

nasi untuk sorang makan

Rupanya ada cara mudah untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir, ngam-ngam nasi untuk sorang makan.

Jika masak nasi guna cara biasa tapi menggunakan beras yang sedikit, nasi akan jadi berkerak. Susah bila nak cuci nanti.

Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Amalina Aziz di bawah. Sangat praktikal untuk orang bujang dan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai.

Tips Masak Nasi Untuk Sorang Makan

1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.

2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan gunakan cawan yang tahan panas.

3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.

4. Kemudian masak seperti biasa.

Siap dan boleh dimakan macam biasa! Selamat mencuba.

Kredit: Amalina Aziz

Jangan Tersalah Beli, Rupa-Rupanya Ada Bunga Lawang Beracun!

Bunga lawang sering digunakan dalam masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran.

Bunga lawang sering digunakan dalam masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran.https://3f7fcdf41e7ee0b491fada23d4f1f938.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Walau bagaimanapun, terdapat juga bunga lawang yang beracun seperti perkongsian saintis Dr Suri Roowi tentang perkara berkenaan. Menurutnya bunga lawang beracun boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan.

JANGAN TERSALAH BELI, RUPA-RUPANYA ADA BUNGA LAWANG BERACUN

Bunga lawang ada yang beracun? Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu bunga lawang Cina dan bunga lawang Jepun. Bunga lawang cina tidak beracun manakala bunga lawang jepun beracun:

– Bunga lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip bunga lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.

bunga lawang beracun

– Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit. Bahan toksin dalam bunga lawang Jepun dikenali sebagai anisatin

– Terdapat kemungkinan produk bunga lawang Cina dicemari dengan bunga lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.

– Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru,  elakkan memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak

– Di Eropah, bunga lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan bunga lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

Ingatkan Sama, Rupanya Ini Beza Antara Matcha Dan Green Tea…

beza matcha dengan green tea

Sudah menjadi trend sekarang, ramai yang suka mencuba pelbagai resepi air yang ada di rangkaian francais minuman popular. Salah satu jenis minuman yang mendapat sambutan adalah minuman yang diperbuat dari green tea atau matcha. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu apakah beza antara green tea dan matcha dan menganggap bahawa kedua-dua jenis minuman ini adalah sama. Rupa-rupanya ini perbezaanya…

APA BEZA MATCHA DAN GREEN TEA?

Sudah menjadi trend sekarang, ramai yang suka mencuba pelbagai resepi air yang ada di rangkaian francais minuman popular. Salah satu jenis minuman yang mendapat sambutan adalah minuman yang diperbuat dari green tea atau matcha. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu apakah beza antara green tea dan matcha dan menganggap bahawa kedua-dua jenis minuman ini adalah sama. Rupa-rupanya ini perbezaanya…https://1236f710be47cf40a5a3ded162650602.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Baca juga: Cara Buat Lemon Madu Homemade, Bagus Untuk Antibodihttps://1236f710be47cf40a5a3ded162650602.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

APA BEZA MATCHA DAN GREEN TEA?

ADVERTISING

Untuk buat teh hijau, daun teh dipetik & dikeringkan dengan matahari. Sun with face, or oven. lepastu akan dikisar. Matcha pula, pokok teh akan diselindung daripada cahaya matahari 20-30 hari before dikutip untuk naikkan paras chlorophyll dan amino acids. Lepas dipetik, terus dikisar halus.

Sudah menjadi trend sekarang, ramai yang suka mencuba pelbagai resepi air yang ada di rangkaian francais minuman popular. Salah satu jenis minuman yang mendapat sambutan adalah minuman yang diperbuat dari green tea atau matcha. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu apakah beza antara green tea dan matcha dan menganggap bahawa kedua-dua jenis minuman ini adalah sama. Rupa-rupanya ini perbezaanya…https://1236f710be47cf40a5a3ded162650602.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Baca juga: Cara Buat Lemon Madu Homemade, Bagus Untuk Antibodihttps://1236f710be47cf40a5a3ded162650602.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

APA BEZA MATCHA DAN GREEN TEA?

ADVERTISING

Untuk buat teh hijau, daun teh dipetik & dikeringkan dengan matahari. Sun with face, or oven. lepastu akan dikisar. Matcha pula, pokok teh akan diselindung daripada cahaya matahari 20-30 hari before dikutip untuk naikkan paras chlorophyll dan amino acids. Lepas dipetik, terus dikisar halus.https://1236f710be47cf40a5a3ded162650602.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Teh hijau selalunya dikomersialkan dalam beg teh. Ada juga yang loose tapi masih nampak bentuk daun sikit. Rasanya lebih mild, maybe citrusy. Matcha pula since chlorophyll dia tinggi, warna dia lebih menyerlah. Most of the time dalam bentuk serbuk. Rasanya lebih kuat dan kompleks.

Teh hijau dibancuh terus dengan air panas (steeping), daun teh masih intact, hanya warna sahaja keluar. Kalau matcha fully dissolve dalam air. Since matcha ialah daun teh yang dikisar halus macam serbuk, kandungan caffeine, antioksidan dan amino acids lebih tinggi daripada green tea.

Satu cawan teh hijau ada around 35 mg caffeine manakala satu cawan matcha pula ada around 280 mg. In comparison, caffeine dalam 100 mg kopi ialah 40 mg or 94 mg dalam satu cawan. Kandungan antioksidan EGCG dan L-theanine dalam matcha juga lebih concentrated.

Matcha harus diminum in moderation. Caffeinenya lebih tinggi so side effects dia akan ada sama macam minum kopi. Antioksidan yang tinggi seperti EGCG akan mengakibatkan liver or kidney toxicity. Kebaikan antara keduanya lebih kurang sama. Potensi matcha lebih tinggi.

Kebaikan:

– Tinggi antioksida (mengurangkan oxidative stress dan inflamasi)

– Membantu dalam kesihatan jantung (antioksidan)

– Boleh bantu dalam pengurusan berat badan (EGCG)

– Meningkatkan paras alertness (caffeine dan L-theanine)

Pokoknya (pun intended), matcha ialah sejenis teh hijau yang dikisar halus selepas dipetik. Keseluruhan daun dikisar habis dengan pengisar batu jadi serbuk. Teh hijau ialah… teh hijau. yang tidak teroksida. Teh oolong dan teh hitam ialah sejenis teh yang telah diperam.

One thing to remember when comparing the effects of caffeine in matcha vs coffee: Matcha contains L-theanine which modifies the effects of caffeine, increasing alertness without any drowsiness, unlike from coffee which means, matcha provides longer-lasting alertness than coffee. L-theanine also may provide mental relaxation by increasing alpha waves in the brain thus help fight stress signals!

Matcha akan memberikan kesan yang lebih kurang sama selepas anda minum kopi malah matcha juga akan meningkatkan lagi ketahanan mata berbanding kopi! Bukan itu sahaja, minum matcha juga dapat melawan stress.

Sumber: Twitter @naimsufi

5 Petua Kekalkan Wajah Cantik Hanya Dengan Gunakan Ais

Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Pelbagai petua boleh dipraktikkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Kami ingin kongsikan cara paling mudah dan murah iaitu menggunakan ais!

Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Pelbagai petua boleh dipraktikkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Kami ingin kongsikan cara paling mudah dan murah iaitu menggunakan ais!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah. Jom kami kongsikan dengan anda 5  kelebihan yang boleh digunakan untuk mencantikkan wajah dengan ais batu.

5 PETUA MENJAGA WAJAH MENGGUNAKAN AIS.

1. MERAWAT MASALAH JERAWAT 

18_unconventional_uses_ice_cubes_help_acne_tassii

Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda.

Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah.

Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan  jerawat anda.

2. MENGECILKAN LIANG PORI PADA WAJAH 

Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.

Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda menggunakan alat solek.

Ia bagi membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.

3. MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAP

ice-on-skin

Mata yang sembap boleh berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress.

Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkus dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata anda.

4. MENGEMBALIKAN KESEGARAN WAJAH. 

glass-998478_1920

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan kesan sejuk yang bantu menyegarkan kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan  menekapnya pada wajah.

Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.

5. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH 

Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.

Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

Mungkin selepas ini anda boleh mengekalkan kesegaran dan kecantikan wajah dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi. Jika anda mempunyai petua kecantikan lain, jom kongsikan bersama kami.

DIY Masker Muka Guna Susu Tepung. Mudah, Jimat & ‘Glowing’!

Antara rutin yang selalu diamalkan oleh wanita yang menjaga penampilan adalah pemakaian masker muka. Walaupun dah banyak produk dan mudah didapati di pasaran, masker muka yang dibuat sendiri di rumah tentulah lebih memudahkan, serta jauh lebih murah serta menjimatkan berbanding rawatan facial di spa.

Selain itu, masa yang diperlukan untuk memakainya juga tidak terikat, sebab kita boleh memakainya pada waktu santai sambil membaca buku, mendodoi anak ataupun menonton televisyen.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan satu tips kecantikan yang mudah dan sesuai sangat untuk ibu-ibu di luar sana. Yalah, biasanya dah jadi mak-mak ni kita mesti sibuk sampai tak ada masa nak dapatkan rawatan kecantikan muka di spa. Lagi pula, biasanya mak-mak yang ada anak kecil mesti ada satu bahan yang kita nak gunakan sebagai masker muka ni – iaitu susu tepung.

Menurut Puan Yanie Rosdi, inilah rutin hujung minggu yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cerah dan gebu. Cuma guna bahan di dapur saja, boleh hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow!

Mudah sangat, tanpa sebarang produk. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah secara alami. Mari kita tengok perkongsian beliau selengkapnya.

DIY MASKER MUKA GUNA SUSU TEPUNG. MUDAH, JIMAT & ‘GLOWING’!

Ada yang bertanyakan saya tips dapatkan kulit cerah gebu. Sebenarnya inilah rutin hujung minggu saya.

Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih, dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami.
Back to nature lah bak kata orang putih.

Masker wajah ini merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi.
Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan. Menurut pembacaan saya, ada banyak khasiat masker susu, antaranya:

  • Mampu menghilangkan mata panda
  • Mencerahkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Melembabkan kulit kering
  • Menyamarkan noda hitam
  • Mengencangkan kulit wajah
  • Menghilangkan jerawat

Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.

petua putihkan muka

Di bawah ini saya senaraikan bahan-bahan dan cara-caranya ya.

BAHAN-BAHAN

  • Putih Telur
  • Lemon
  • Susu Tepung

CARA-CARA

1. Campurkan Bahan

Bancuh semua bahan hingga sebati.

Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.

2. Sapukan Pada Muka

Oleskan pada seluruh muka hingga habis. Sambil-sambil oleskan boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.

3. Biarkan 40 minit

Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.

Mudah saja, kan?

Sebenarnya ada banyak cara lagi menggunakan susu tepung ini untuk membuat masker. Kalau tak ada lemon, boleh juga guna susu tepung yang dicampur dengan madu, atau bahan-bahan lain. Boleh google saja ‘milk powder as facial mask’ ada macam-macam resepinya.

Selamat mencuba!

kredit kepada siraplimau.com

Basmi Jerawat Di Muka Dengan Sekelip Mata, Hanya DIY Masker Halba & Asam Jawa Ni Je!

Nak kulit cantik boleh guna halba dan asam jawa? Haa kalau sebut pasal dua bahan masakan ini, sebenarnya ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan masakan harian malah bagus juga untuk mencantikkan kulit! Mungkin ramai yang tidak tahu dan hanya menggunakan dua bahan ini dalam masakan sahaja kan? Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat masker halba dan asam jawa ini untuk wajah yang berseri-seri.

BESTNYA MASKER HALBA!

Bestnyeee! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba. Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok-ronok pulak naik tak dijemput. Lagi-lagi kalau besok ade event. Kacau daun betul. Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!

BAHAN-BAHAN

-1 genggam halba
-1 sudu teh asam jawa
-Air sesudu makan

1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.

2.Bila dah siap buh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.

3.Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupon kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.

4.Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari China. Best sangat pegang. Nak pegang lelama je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muka sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha.

KEBAIKAN ASAM JAWA UNTUK KULIT

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

Nak kulit cantik boleh guna halba dan asam jawa? Haa kalau sebut pasal dua bahan masakan ini, sebenarnya ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan masakan harian malah bagus juga untuk mencantikkan kulit! Mungkin ramai yang tidak tahu dan hanya menggunakan dua bahan ini dalam masakan sahaja kan? Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat masker halba dan asam jawa ini untuk wajah yang berseri-seri.

BESTNYA MASKER HALBA!

food.ndtv.com

Bestnyeee! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba. Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok-ronok pulak naik tak dijemput. Lagi-lagi kalau besok ade event. Kacau daun betul. Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!

BAHAN-BAHAN

-1 genggam halba
-1 sudu teh asam jawa
-Air sesudu makan–– ADVERTISEMENT ––about:blankhttps://149ea267deaeffbdc0e8eb35c76ed205.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.

2.Bila dah siap buh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.

3.Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupon kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.

4.Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari China. Best sangat pegang. Nak pegang lelama je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muka sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha.

Video cara untuk buat masker halba:

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FZillaJanis%2Fvideos%2F621136981560126%2F&show_text=0&width=560

KEBAIKAN ASAM JAWA UNTUK KULIT

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

*Banyakkan khasiat asam jawa? Bukan saja sedap dicampur dalam makanan. Tapi untuk kulit. Untuk kesihatan dalaman dan rambut pon sangatlah bagus. Boleh cuba!

Ibu Ini Kongsi Tips Muka Segar Berseri Walaupun Dah 4 Anak. Guna 3 Bahan Di Rumah Je

“Rasa tak bermaya je lately ni, muka pun nampak kusam dan berminyak. Umur dah macam ni memang malas nak pakai produk-produk. Apa nak buat ye?”

Bila dah jadi mak-mak ni, memang tak dapat lari daripada rasa letih. Seharian menguruskan keluarga bukan tugas yang mudah.

Rasa tak bermaya, sakit badan, muka pun tak ceria. Kadang-kadang kepenatan tu terpancar jelas pada wajah.

Apa kata kita cuba buat masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni supaya dapat segarkan muka dan sekaligus kembalikan rasa ceria.

CARA BUAT MASKER 3 BAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK

Katanya, mungkin jarang orang buat masker macam ni. Tapi sebenarnya kalau diamalkan ia sangat berkesan.

Kalau tak percaya cuba buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.

Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.

BAHAN-BAHAN

  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.

Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!

CARA-CARA

1. CAMPUR BAHAN

Cara nak buat masker ni senang je.

Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.

Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.

cara atasi muka berminyak

2. SAPUKAN PADA MUKA

Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.

3. BIARKAN SEKEJAP

Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.

4. BILAS

Akhir sekali, bilaslah dengan air suam. Muka anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

JOM CUBA!

Mudah kan? Cuma nak kena rajin sikit ambil masa untuk manjakan kulit muka kita. Dah seharian suntuk sibuk dengan kerja, sesekali buat masa nak tidur pun apa salahnya kan.

Yang penting ianya mudah, jimat dan berkesan.

Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, jomlah share dengan kami!

*Perkongsian asal tips ini adalah oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI

kredit kepada siraplimau.com

Tips Viral Untuk Tutup Pori Kulit Wajah Dengan Berkesan, Rupanya Guna 3 Bahan Ini!

“Macam mana nak buat la kulit muka aku ni, nak pakai bedak pun susah sebab asyik nampak lubang-lubang pori”

SUSAHNYA BILA PORI KULIT MUKA SENANG ‘TERBUKA’

Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang-kadang nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni, salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut #tipscantikmyfa ni. Guna bahan didapur je!

BAHAN-BAHAN

Pisang, yogurt dan madu asli.

1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.

2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.

3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

Ketiga-tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil dan honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori itu!

Tips Dapatkan Kulit ‘Flawless’ Dengan Halia & Cuka. Jimat, Tak Payah Pergi ‘Facial’

“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”

Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.

Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.

Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.

“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.

Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.

Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR BAK RAWATAN ‘FACIAL’ BERNILAI RM250

Menurut Che Mira Kimora, walaupun hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah, wajah mula nampak bersinar, bersih dan ‘flawless’. Tiada lagi flek-flek hitam pada wajah selepas mengamalkan tips ini dengan konsisten. Inilah rahsianya menjaga kulit sentiasa nampak segar dan awet muda.

Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan cuka
  • 2 ketul halia (bersih dikupas)
  • Sediakan 1 bekas kaca
  • 1 mangkuk kecil kiub ais

CARA-CARA:

1. PERAP HALIA DENGAN AIR CUKA

Pertama sekali, hiris halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, rendamkan ke dalam air cuka semalaman biar halia sebati dengan air cuka.

Antara manfaat cuka untuk wajah adalah mengecutkan jerawat, anti-penuaan, dan menghilangkan kotoran pada wajah.

2. GOSOK PADA WAJAH

Kemudian, gosok kepingan halia yang sudah diperap secara perlahan-lahan di permukaan kulit muka. Buat selama lebih kurang 10 minit.

Jangan risau, tak ada rasa pedih. Kalau takut timbul sebarang reaksi, cuba dalam kuantiti sedikit dulu. Lepas 2-3 minit kalau tak ada sebarang alahan, boleh teruskan penggunaan.

3. BILAS DENGAN AIR

Selepas gosok kepingan halia tadi pada muka, bilaskan dengan air hingga bersih.

4. GOSOK MUKA DENGAN AIS

Akhir sekali, gosok muka dengan kiub ais. Fungsinya adalah untuk mengecilkan kembali pori-pori.

Halia yang dah guna bolehlah dibuang ya.

5. SIMPAN STOK LEBIHAN

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Boleh tahan 3 minggu! Senang, kan?

Semua amalan ini memang diamalkan oleh Che Mira Kimora sebanyak 2-3 kali seminggu. Rutin yang mudah untuk beliau yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat.

Tambah beliau lagi, kalau konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat-sangat mulus. Kulit muka bersih mulus tanpa flek hitam. Jeragat pun ‘seram’ nak membiak. Paling penting, menaikkan seri wajah.

NILAH HASILNYA

Beginilah hasilnya. Berbeza tak dulu dan sekarang? Kena rajin dan gigihlah sikit, tapi memang berbaloi.

Jadi, apa tunggu lagi. Bahan-bahan semuanya dah tersedia di rumah. Mudah saja caranya.

Manalah tahu boleh nampak 10 tahun lebih muda!