Basuh Beras Jangan Kosong, Amalkan 6 Cara Ini & Selit Doa
Nasi merupakan makanan wajib dihidangkan di setiap rumah dan dikategorikan sebagai makanan ruji. Sudah pasti anda tahu bahawa terdapat beberapa adab dalam Islam tentang tatacara membasuh beras sebelum dimasak. Petua ini juga bukan sahaja boleh menjadikan beras yang dimasak semakin sedap dimakan, malah beras yang dibasuh beserta doa ini juga dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih diberkati.
Ingatkan diri sendiri balik. Kadang dah siap basuh beras, baru teringat tak baca apa apa. Nampak simple je, tapi besar ganjarannya. Rugii tak buat. Doa ibu kan makbul. Masa masak nasi, kita letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmatNya. InshaaAllah nasi yang kita makan bukan sekadar untuk kenyangkan perut, tapi juga untuk sihatkan badan, hati dan fikiran seisi keluarga yang memakannya.
Biasa kita basuh dan bilas beras 3 kali kan? Boleh ikut tips ni. InshaaAllah tak lupa.
1. Basuhan pertama baca Al-Fatihah.
2. Basuhan kedua baca Selawat 7 kali.
3. Basuhan ketiga baca Al-Ikhlas
4. Akhir sekali dah letak air, sebelum tutup periuk nasi tu, baca doa ni.
Laysa Lahaa Min Duunillaahi Kaasyifah (Tidak ada penyembuh selain dari ALLAH)
5.Basuh guna tangan kanan.
6.Kacau arah lawan jam, arah pusingan tawaf.
Nak diri sendiri, anak atau pasangan lembut hati boleh tambah baca zikir Ya Latiif juga. Semoga bermanfaat. Diizinkan share untuk manfaat keluarga yang lain. InshaaAllah.
Sumber: Hazie Kosnin
CARA NAK ALLAH JEMPUT.
Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak..
Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej.
SALAH!
Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana
Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, ‘jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah’.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.
Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.
Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..
Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi
KERANA APA?
Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya
Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa
RinduHaramain#takpernahtakrindu#semogadijemputkesanalagi#nukilansaba
Credit: FB Sabariah Abd Majid
Tuan Norizan Kongsikan Cara Nak Bersara Awal Di Usia 54 Tahun
Nampak simple dan semua orang boleh buat, itulah perkongsi daripada Tuan Norizan bin Sharif bagaimana cara untuk bersara awal pada usia 54 tahun dengan tenang. Beliau memang banyak berkongsi mengenai kehidupan dan gaya penulisan beliau sempoi dan mudah difahami.
Kini beliau menetap di Amerika Syarikat dan benarlah kata orang, “Jauh perjalanan luas pemandangan”.
Apa Maksud Pencen Umur 54 Dengan Tenang?
Ramai sahabat-sahabat tanya, “Betulkah dah pencen?” Ada juga yang buat komen, “Eh, muda lagi, baru umur 54 dah pencen?”
Dalam masyarakat kita, “pencen” bermaksud tunggu nak mati.
Duduk di rumah, jaga cucu. Atau, selepas solat Subuh join group surau di kedai mamak sambil buat analisis politik. Itu “pencen” dalam masyarakat kita.
Bagi saya, “pencen” membawa maksud kita bebas mengatur gaya hidup sendiri. We take control of our life. Kita buat keputusan apa yang kita mahu. Bukan boss. Bukan staf.
Ini berbeza dengan orang yang “terpaksa bekerja”. Mengapa mereka terpaksa bekerja? Nak bayar hutang. Hutang kahwin. Hutang beli handphone. Hutang tukar kereta baru. Hutang kad kredit. Ada komitmen kewangan yang tinggi untuk support gaya hidup tertentu – rumah besar, kereta besar, nak melancong ke luar negara, makan di tempat hebat. Semua lima bintang.
Dalam beberapa tulisan sebelum ini, saya sebutkan mengenai hidup tanpa ropol, saya berikan tips bagaimana untuk hidup tanpa hutang, saya sebutkan mengenai dunia freelance (digital nomad) dan saya terangkan mengenai bagaimana menguruskan kewangan peribadi. Sekiranya anda masih ingat, saya pernah menulis mengenai betapa di pejabat saya dulu, saya tak letak gambar keluarga, gantung ijazah di dinding atau letak barang-barang peribadi. Saya menulis ketika itu, saya tidak berhasrat untuk lama-lama di situ. Selesai tugas, saya pergi.
Sekiranya anda belum baca, boleh cari tulisan-tulisan itu di wall Facebook saya. Kesemua tulisan tersebut bertujuan mendidik kita untuk “pencen” awal. Saya tulis apa yang saya telah amalkan. Itu bukan ilmu buku teks. Itu pengalaman lelaki berusia 54 tahun dan isterinya yang pernah tidur beralas lengan dalam bilik stor di kedai di Taman Sri Gombak. Itu pengalaman lelaki yang pernah keluarkan anak dari tadika kerana tak mampu bayar yuran.
5 Tips Untuk Bersara Awal
- Elakkan riba. Cari jalan supaya tak habiskan wang bayar faedah (interest). Faedah pinjaman inilah punca kenapa sebahagian besar kita terpaksa bekerja sampai mati.
- Usah ada hutang. Ikat perut. Hidup tanpa ropol. Elak tukar kereta, beli handphone baru, dan pergi melancong setiap kali dapat kenaikan gaji atau bonus. Simpan lebihan wang. Fikirkan jangka panjang.
- Kahwin awal supaya apabila kita berusia 50 tahun, anak-anak semua sudah bekerja dan boleh berdikari.
- Usah hidup dalam kemampuan. Hidup di bawah kemampuan. Kalau kita mampu beli barang RM10, beli yang berharga RM2. Baki RM8 simpan.
- Mula rancang pencen sejak mula bekerja. Tetapkan matlamat bila nak pencen, berapa banyak wang yang diperlukan dan buat strategi bagaimana nak capai matlamat kewangan tersebut.
Apabila kita jalani kehidupan tanpa ropol dan membebaskan diri dari kemewahan dunia yang tak perlu, barulah kita boleh hidup bebas.
Barulah kita boleh memilih apa yang kita mahu. Barulah kita ada masa menerokai apa yang selama ini kita tidak dapat lakukan. Usah biarkan dunia berada dalam diri kita. Biar kita pijak dunia. Barulah kita akan dapat mengawal destinasi kita sendiri.
Apabila saya kata saya pencen, adakah ini bermaksud saya tidak bekerja lagi? Saya bekerja – dengan cara saya sendiri. Usia 54 tahun terlalu muda untuk saya duduk memerap di rumah. Namun, sebagai “orang pencen” saya boleh memilih apa yang saya mahu lakukan. Saya tidak terikat dengan jadual 8-5.
Mungkin ada yang bertanya, mengapakah tak ada gambar saya bertemu orang itu dan ini. Atau, bergambar di depan papan tanda pejabat? Atau, bergambar di depan menara tinggi-tinggi. Atau, bergambar dengan Mat Salleh? Mengapakah gambar brisk walk saja? Mana gambar Statue of Liberty? Mana gambar 42nd Street? Mana gambar Empire State Building?
Itulah indahnya dunia pencen. Kita tak perlu melaporkan dan mendapatkan pengiktirafan boss – atau, kawan-kawan Facebook. Bahagia ialah apa yang kita rasa, bukan apa (harta) yang kita miliki!
Sumber: Norizan Bin Sharif
Perlu Ada Pelan Untuk Pencen Awal
Kita seharusnya ada rancangan untuk pencel lebih awal daripada umur 60 yang ditetapkan. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan hidup di bawah tahap kemampuan. Usaha untuk habiskan hutang secepat mungkin dan banyakkan menyimpan.
Nampak macam mudah, tapi kalau takde pelan untuk pencen awal, nampak gayanya kita terpaksa kerja sampai ke usia tua.
Sebab kalau nak harapkan duit persaraan cukup dengan simpanan KWSP, pastikan anda baca Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP. Izinkan kami kongsi beberapa point yang perlu kita ambil iktibar seperti di bawah:
- Malaysia merupakan negara yang semakin tua, dengan populasi mereka yang berumur 65 dan ke atas akan menjadi 15% pada tahun 2035. Manakala, jangka hayat rakyat Malaysia pula semakin meningkat dengan lelaki berada pada umur 72.5 tahun manakala wanita pula berada pada umur 77.4 tahun.
- 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
- Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
- Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
- 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
Di usia tua inilah kita patut tingkatkan ibadat dan risau akan bagaimana keadaan hidup kita sesudah mati. Bukannya risau di mana datangnya rezeki demi sesuap nasi.
Jadi apakah persiapan untuk bersara di usia muda yang telah anda buat? Dan adakah ia memadai? Hanya anda yang boleh jawab dengan jujur.
Jom baca dan ulang ayat ini sebanyak mungkin :
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
- Allahumma
- Innaka
- ‘Afuwwun
- Tuhibbul
- ‘Afwa
- Fa’fu ‘Anni
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku.”
“Rugi tak jadi awal² dulu”
RAHSIA INCOME AHLI KILANG EMAS❗️
Satu-satunya platform pertama di Malaysia yang sediakan peluang berniaga emas direct kilang TANPA orang tengah.
?Dapat harga emas murah, maka boleh beli emas harga puas hati untuk diri sendiri.
?Dapat harga emas murah, maka boleh jual emas dan dapat untung runcit tinggi.
?Dapat harga emas murah, maka boleh beli emas untuk investment dan jual semula!
Dan kilang juga beli emas lama dengan harga tinggi khas kepada AHLI KILANG Emas.
?Spread (susut nilai) rendah.
?Dapat beli emas lama dan jual semula dengan kilang.
?Kilang terima semua jenis emas.
?Dapat beli surat pajak.
?KATALOG ONLINE BARANG KEMAS DISEDIAKAN. http://view.orodesign.biz
?ORDER ITEM MELALUI SISTEM Dealer http://orodesign.biz
?TRACK RECORD BERSISTEM.
?PENGHANTARAN DIURUSKAN KILANG.
?TAK PERLU PEGANG STOK!
EMAS, BAGAIMANA KITA NAK BERMULA DENGANNYA
1》ILMU
Persiapkan minda & ilmu pengetahuan kita terlebih dahulu. Kita perlu tahu tips/kaedah/cara/langkah membeli emas, jenis-jenis emas, emas yg mn sesuai dijadikan sbg pelaburan & simpanan, bermuamalat yang patuh syariah, serta byk lagi berkaitan dgn emas (ilmu ar rahnu, cara manipulasi emas, jualbeli surat pajak,emas lelong dll). Dengan ilmu kita tahu apa itu dimaksudkan pelaburan emas sebenar bukan skim pelaburan bertopengkan Emas. Semakin luas pengetahuan kita, semakin mahir kita tentang emas.
2》BELI
Tidak perlu dgn modal yg besar utk beli emas. Cubalah beli dgn gram yg kecil, sekecil 1gram atau suku dinar emas atau pun 1 dinar pun ok. Dpt sahaja pendapatan, asingkan siap-siap utk beli emas.
3》SIMPAN
Simpanlah dahulu sebelum berbelanja. Itu sebenarnya asas pengurusan kewangan yg betul. Kali ini kita bukan menyimpan RM, tetapi menyimpan emas. Bahagikan kpd 3 bahagian simpanan.
4》KONGSI
Tahukah anda asas perkongsian bahawa The More You Give, The More You Get.
Jom tukar ↔ money ? gold
Fakta menarik tentang cheese
- Krim Keju atau Cheese Cream
Krim keju mudah didapati di mana-mana pasaraya di negara kita seperti Tesco / Giant /Econsave . Ianya dijual di dalam bentuk kotak kecil . Akak cari sahaja ” Cheese Cream ” pada ruangan kotak.
Krim keju adalah keju yang sudah ditambah dengan krim yang mempunyai kuantiti lemak susu hampir separuh dari berat bersih sekotak cheese cream . Terdapat dalam dua kategori iaitu double cheese cream = 65% susu dan yang biasa = 45% susu. Rasa nya sedikit masam.
Sesuai untuk di buat sapuan permukaan roti , inti tart /pie , di makan bersama buah-buahan dan kek keju seperti kek keju oreo.
- Keju Mozarella
Keju mozarella paling sesuai dan lazat apabila digunakan sebagaitopping di atas lapisan pizza atau roti . Mesti akak pernah tarik pizza dan keju yang melekat seperti tali kan ? Itulah keju mozarella. Keju jenis ini sesuai digunakan kerana mudah mencair pada suhu tinggi .
Keju ini senang didapati di mana-mana pasaraya dan harga boleh dikatakan mampu milik serta bergantung pada jenama.
- Keju Cheddar
Keju Cheddar terdapat dalam warna kuning, putih dan kepingan
Keju cheddar boleh dikatakan sebagai paling popular di negara kita . Ada yang suka letakkan kepingan keju cheddar di atas roti .
Keju ini tekstur padat dan tidak mudah mencair . Oleh sebab itu, ianya sesuai digunakan sebagaitopping di atas biskut , roti , pizza dan kek dan dalam pelbagai masakan.
- Keju Parmesan
Keju parmesan biasanya bewarna kuning muda dan banyak digunakan dalam hidangan pasta . Jadi kalau akak nak buat pasta or makanan barat , seeloknya gunakan keju jenis parmesan ea.
Keju ini dibuat daripada susu segar yang mengandungi protein yang tinggi serta penuh dengan karbohidrat , lemak dan zat besi .
100gram keju yang diambil setiap hari adalah 25% daripada keperluan kalsium yang akak perlukan untuk tulang dan gigi yang sihat.
Bukan hanya bulan Ramadan, kurma sesuai dimakan sepanjang tahun… ini 5 khasiatnya yang patut anda tahu
Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat.
BUAH kurma cukup sinonim dengan Ramadan yang mana ia dimakan ketika berbuka puasa dan bersahur namun tahukah anda ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan?
Ia sebenarnya bukan sahaja baik dimakan ketika Ramadan tetapi boleh diamalkan sepanjang tahun kerana manfaatnya yang cukup besar.
Berikut adalah lima kebaikan buah kurma yang mungkin tidak anda ketahui;
Kurma kaya dengan serat.
1. Baik untuk pencernaan
Serat yang terdapat di dalam buah kurma sangat baik untuk sistem pencernaan manusia selain sayuran dan buah-buahan. Dalam 100 gram kurma terdapat tujuh gram serat.
Serat membantu mencegah sembelit, selain melancarkan aktiviti dalam usus.
2. Menyihatkan otak
Otak adalah organ penting bagi manusia dan amalan makan buah kurma dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam satu kajian dilakukan Neural Regeneration Research 2016, kurma mempunyai perlindungan dalam melawan inflamasi dan tekanan oksidatif pada otak.
Kurma juga mampu menurunkan penanda inflamasi seperti interleukin 6 (IL-6) pada otak. Kadar IL-6 yang tinggi berhubungan dengan risiko penyakit neurodegenatif tinggi termasuk Alzheimer.
3. Pemanis semula jadi
Kurma juga boleh digunakan sebagai pemanis semula jadi malah boleh dicampur dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan kek, puding malah minuman.
Pesakit diabetes juga boleh makan kurma.
4. Makanan ringan buat pesakit diabetes
Meskipun rasanya manis, kurma boleh dimakan oleh pesakit diabetes. Dalam kajian diterbitkan dalam Jurnal Nutrients, pengambilan kurma tidak membawa perubahan pada kadar gula dalam darah.
Sebanyak 100 wanita dan lelaki yang menghidap diabetes jenis 2 mengambil bahagian dalam kajian itu dengan memasukkan kurma sebanyak tiga biji dalam diet harian mereka selama 16 minggu.
Hasilnya, kandungan gula dalam darah mereka tidak menunjukkan perubahan malah setiap pesakit mengalami penurunan kolesterol jahat.
5. Menjaga berat badan
Untuk jenis kurma muda, kandungan kalorinya tidak tinggi dan berpotensi membantu menjaga berat badan disebabkan kandungan serat dan rendah kalori. Serat yang terdapat dalam kurma boleh membantu kita berasa kenyang lebih lama.