Three Minutes Thesis (3MT)

3MT is a universally recognized research communication competition which aims to assess the students capacity to succinctly communicate their research effectively in 3 minutes in a language appropriate to a non-specialist audience.

Faculty Level (21 Mac – end of Mac 2018)

  • 15 representatives from each faculties (compulsory students with zamalah & Ainuddin Wahid)
    • PhD students
    • Active students – register this semester
  • Each school will have 3 participants to perform in UTM Level at JB.
  • Jury -cross – faculty

UTM Level (2nd April 2018)

  • Winners can modify the slides
  • Polish the english & pronounciation

National Level – UTP (2nd May 2018) —> International Level (Australia) —> Berlin

Criterias

  1. Passion and connect with audience
  2. focus on audience’s need
  3. keep it simples – try to tell your research to your grandma (no jargons)
  4. smile and make eye contact
  5. start strongly
  6. tell stories
  7. sincere – easy to mold and train them after that.
  8. cheerful – telling a stories instead of presentation.
  9. confident – so natural

Structure of presentation

  1. Introduction – PS – methods – expected outcomes
  2. Design of slides – messy or too crowd?

Body language

  1. Voice, gestures, pitch, tones – natural
  2. Mood – happy, sad or angry

Regulations

  1. a single static PPT  – only a single static power point slide is permitted.
  2. limited of 3 minutes – exceed will be disqualified – Presentations are limited to a maximum of 3 minutes and contestants who exceed 3 minutes will be disqualified
  3. No reading of notes allowed
  4. No slides transition, animation or movement of any description are allowed
  5. No additional electronic media (sound, video files) are permitted

Time alert

  • Start – bell once
  • 30 second before 3m – rang twice
  • 3 minutes – rang 4 times (approx 300 words)

Judging criteria

  1. Content –
  • appropriateness of content
  • content is easily understood

2. Effective delivery

  • ability to engage the audience
  • clear and effective language ue
  • effective use of body language

3. Slide

  • comprehensive
  • effective use of keywords/graphics

4. Highlight the significance of their research – to humankind, animalkind

Example from last year

  • google 2017 Asia-Pacific 3MT winner – from UMP
  • Jaysumman 3mT from UTM 2015
  • President of PGSS Razak School (Nik)

 

 

3 elemen persuasive bagi menghasilkan ucapan berkesan.

 

Barakallah. Saya telah diberi penghormatan oleh Institut Visual Informatik UKM bagi  menyampaikan ucapan wakil pelajar semasa hari pemakaian jubah tempohari.

Walaupun durasi ucapan hanyalah sekitar 3 minit tetapi  saya mengambil masa yang panjang – 3 hari untuk merangka teks ucapan. Itu juga atas Allah yang mampu mengilhamkan kata-kata dari hati untuk menyentuh hati yang lain. Namun ada 3 elemen persuasive yang boleh saya kongsikan menerusi penghasilan teks ucapan ini. Ketiga-tiga elemen itu saya tandakan dengan (1), (2) dan (3) dalam teks di bawah:

Sidang dewan, para pensyarah, supervisor,
Ibu bapa, pasangan, sahabat handai, keluarga,
Warga IVI dan FTSM yang dirahmati sekalian,

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya kita sampai ke destinasi ini. Setelah mungkin hampir 2,3,4,5 mahupun 6 tahun bergelut dalam dunia keilmuan ini. Dan saya percaya dalam tempoh tersebut, kita berkongsi cabaran jatuh bangun yang hampir sama sehinggalah kita sampai pada hari ini. Hari kita diraikan.

Ini kerana Hamka (1) berkata, (2) repeatition x1
Dalam mengejar hari ini, kita belajar supaya jangan takut jatuh,
kerana hanya yang tidak pernah memanjat sahaja yang tidak pernah jatuh”

Dalam mengejar hari ini juga, Hamka (1) berkata,  (2) repeatition x2
kita belajar supaya jangan takut gagal,
kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah”

Dalam mengejar hari ini juga, Hamka (1) berkata lagi, (2) repeatition x3
kita belajar supaya Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama, kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua”

Dan dalam proses kami belajar itu, (3)
Ada supervisor dan pensyarah yang tidak jemu menyuluh jalan
Ada ibu bapa dan keluarga yang saban waktu mendoakan
Ada pasangan yang berkorban untuk memenuhi segenap keperluan
Ada sahabat handai yang berkongsi suka duka kehidupan
dan warga IVI dan FTSM yang banyak menghulur bantuan
Justeru, di kesempatan ini, saya mewakili sahabat-sahabat lain yang diraikan ingin merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih atas jasa dan budi kalian. Sehingga kami mampu berdiri di pentas ini, menyarung jubah dan memakai topi ini.  

Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian. Kami juga berdoa agar institusi dan fakulti ini terus maju jaya, melahirkan ilmuwan terbilang yang menjadi sumber kepada kemajuan yang bermanfaat. Sekali lagi kami mengharapkan doa dan restu, supaya ilmu yang ditimba ini berkat dan mampu menebar kebaikan dunia akhirat.

Akhir kalam, saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun,

Selaut kasturi, Segunung emas
kalungan budi setinggi pohon
Jasamu tuan puan tidak terbalas
sebagai hutang seribu tahun.

Deskripsi elemen-elemen persuasive itu adalah seperti berikut:

(1). Pinjam reputasi orang lain – memetik ucapan daripada Prof Hamka selaku bapa keilmuan untuk bercakap dengan golongan berilmu malah ibu bapa seantero nusantara yang tidak punya PhD  pun pasti mengenali beliau.

(2) Repeatition – Ini ialah konsep storytelling. Pengulangan fakta/plot  yang sama melalui perspektif yang berbeza membolehkan pendengar dapat menghadam isi yang hendak disampaikan dengan lebih kemas dan mendalam.

(3). Refleksi situasi yang paling terkesan –  durasi dan proses pembelajaran adalah elemen yang paling hampir pada hati semua yang menjalani phd – maka elemen itu yang disentuh.