Archives for September 7, 2020

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

daging goreng kunyit

Bahan-bahan :

  • Daging
  • Kunyit serbuk
  • Halia, hiris nipis
  • bawang putih, hiris nipis
  • bawang besar/bawang holland
  • Cili merah, hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)

Cara Menyediakan :

  1. Daging dihiris nipis.
  2. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  3. Masukkan air paras daging, direbus didalam kuali sehingga empuk.
  4. Jika sudah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api.
  5. Seterusnya, goreng daging.
  6. Masukkan garam jika perlu.
  7. Akhir sekali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili potong.
  8. Masak sehingga layu dan siap.

Resepi Dessert Nutella Bites

nutella bites

Bahan-bahan :

  • 1 paket roti paratha (5 keping)
  • Nutella

Cara-cara:

  1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
  2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup.
  3. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
  4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
  5. Bakar pada suhu 180 ‘C api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

Nota : Guna aluminium round tin saiz 6”. Senang boleh terus hidang.

Resepi Dessert Tiramisu

tiramisu

Tiramisu ialah dessert yang paling senang untuk kita sediakan. Tak perlu bakar, tak perlu kukus. Hanya bancuh, susun dan hias tapi rasanya yang sejuk dan nyaman bila masuk ke dalam mulut. Jom tengok resepi tiramisu kegemaran ramai perkongsian Ruhaiza Bunyamin‎ di laman Facebook.

Bahan Utama :

  • Kek swiss roll @ chiffon. Tak kisah perasa apa pun. Selalu saya gunakan mocha, choc, pandan dan coffee.
  • Bancuhan 1 sudu besar nescafe dengan air panas.
  • 250 g creamcheese
  • 50 g gula castor
  • 1/2 cawan whipping cream

Bahan Hiasan:

  • Buah-buahan : strawberry @ anggur @ kiwi @ peach.
  • Serbuk koko @ Milo

Cara-cara :

  1. Pukul creamcheese + gula + whipping cream.
  2. Potong nipis kek (± 1cm).
  3. Susun kek dalam bekas.
  4. Siramkan sedikit-sedikit bancuhan nescafe di atas kek.
  5. Tuang adunan cheese atas kek dan ratakan.
  6. Lapiskan lagi satu kek dan lakukan step 4 dan 5 semula.
  7. Taburkan serbuk koko @ Milo gunakan penapis kopi.
  8. Susun buah dan chill overnight.

Cara dapat corak atas kek :

  1. Guntingkan kertas A4 kecil-kecil dan panjang-panjang.
  2. Susun selang seli di atas kek dan taburkan coco powder.
  3. Jangan gerak-gerakkan kertas.
  4. Jika sudah siap tabur, angkat kertas. Siap.

Resepi Puding Buah

Bahan-bahan :

  • 1 paket serbuk agar agar (10 gram),
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin besar buah peach,

Cara-cara :

  1. Buah peach sajat airnya. ¾ buah dipotong dadu, ¼ lagi dihancurkan. Ketepikan.
  2. Kemudian masak air, gula dan serbuk agar agar sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair. Masak sekejap. Tutup api.
  4. Lalu masukkan buah peach yang telah dipotong dadu dan dihancurkan tadi.
  5. Seterusnya basahkan loyang. Tuang adunan puding. Biarkan wap panas hilang.
  6. Sejukkan  puding dalam peti ais.
  7. Boleh hiaskan dengan kepingan buah peach dan buah lain.

Resepi Puding Trifle

puding trifle

Bahan-bahan :

  • 2 Swiss roll perasa pandan,
  • 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah),
  • 2 kotak kristal jelly cap Nona,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin air,
  • 7 sudu gula pasir,
  • 4 sudu besar tepung kastad – sukatan membukit.

Cara-cara :

Lapisan 1 :

  1. Potong Swiss roll anggaran 1.5 cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan. Padatkan agar tidak ada ruang.
  2. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu. (Air fruit coktail mungkin berbaki, tidak perlu habiskan).

Lapisan 2 :

  • 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api. Tunggu sekejap.
  • Sambil tunggu susu mendidih, bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan ½ tin air.
  • Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3 :

  1. Buah koktail tadi ditabur ke atas lapisan 2 (kastard). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4 :

  1. Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.
  2. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Resepi Rainbow Rubies

rainbow rubies

Nama dessert yang sedap ni berasal dari Thailand ini ialah Tub Tim Krob (Red Rubies) tapi sebab buat warna warni jadi kita tukar sedikit nama dia jadi Rainbow Rubies. Sepatutnya makan dengan isi nangka tapi sebab tidak ada nangka, kita makan dengan mangga dan jagung. Resepi asal daripada Nur Natasha Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sengkuang cina (saya guna sengkuang biasa).
  • Pewarna makanan,
  • Tepung ubi,
  • Air mendidih,
  • Santan,
  • Daun pandan,
  • Gula garam,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung,
  • Ais,
  • Hirisan nangka.

Cara-cara :

  1. Potong dadu sengkuang cina (boleh guna sengkuang biasa).
  2. Masukkan pewarna dengan sedikit air kedalam potongan sengkuang tadi. Gaul rata dan biarkan sekejap.
  3. Tos sengkuang cina yang telah direndam dengan pewarna dan gaulkan dengan tepung ubi sampai semua potongan sengkuang bersalut rata dengan tepung ubi.
  4. Toskan sengkuang yang sudah bersalut tepung ubi untuk buang tepung-tepung berlebihan.
  5. Masukkan sengkuang tadi kedalam air mendidih dan angkat bila masak (tanda masak -sengkuang terapung dalam air).
  6. Masukkan sengkuang yang sudah masak tadi kedalam air sejuk berisi ais dan biarkan.
  7. Masak santan dengan daun pandan, gula dan sedikit garam (buat manis sedikit sebab nanti makan dengan ais).
  8. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masak sebentar sehingga kuah pekat.
  9. Toskan sengkuang tadi dan masukkan santan bila mahu makan. Tambah ais dan hirisan nangka. Siap untuk dimakan.

Resepi Sagu Tembikai Susu

sagu tembikai susu

Bahan-bahan :

  • ½ cawan sagu,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 cawan air,
  • ½ biji honeydew,
  • Ais batu.

Cara-cara :

  1. Rebus sagu hingga jernih. Tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
  2. Potong dadu isi tembikai susu/gunakan melon scoop. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
  4. Masukkan susu cair dan sagu ke dalam bekas yang berisi tembikai yang didadu tadi. Masukkan air gula tadi, tahap kemanisan mengikut selera anda.
  5. Kemudian masukkn ais dan sedia dihidangkan.

Resepi Puding Caramel

puding caramel

Bahan-bahan :

  • Gula 3 sudu,
  • Susu cair 1 tin,
  • Telor gred B 3 biji.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan-bahan di atas.
  2. Kukus selama 45 minit.
  3. Untuk gula hangus, agak-agak sahaja ingin berape sudu.
  4. Siap.

Resepi Cocktail Buah Naga

koktail buah naga

Bahan-bahan :

  • Satu tin susu sejat,
  • Setengah tin susu pekat,
  • Satu tin buah laici,
  • Satu biji buah naga,
  • Dua biji buah mangga,
  • Cincau,
  • Ais.

Cara-cara :

  1. Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
  2. Tambah lagi dua cawan air.
  3. Campur semua bahan.

Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard

puding roti dan sos kastard

Bahan-Bahan :

  • 6 keping roti Gardenia,
  • 2-3 biji telur,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu besar mentega,
  • Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,

Bahan-bahan Sos Kastard :

  • ½ tin susu cair,
  • ¼ susu pekat,
  • ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • Secubit garam,
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka).

Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :

  1. Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
  2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
  3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  4. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
  5. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.

Jika hendak guna pengukus pun boleh :

  1. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.

Cara Penyediaan Sos Kastard :

  1. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
  4. Sejukkan.

Cara Menghidangkan :

  1. Potong puding roti ikut suka.
  2. Curah sos kastard di atasnya.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk.