Archives for September 2020

Image may contain: text that says 'Perempuan. Marah 30minit Merajuk: 1hari Mengungkit Sampai tua'

https://people.utm.my/nizamray/2020/09/08/1139/

Rezeki Allah itu luas..

 

 

 

 

 

 

 

SOTO AYAM SIMPLE DAN SEDAP!

Bahan²:
1/2 ekor ayam di cuci bersih @ 1 ekor
5 liter air atau lebih sikit x apa
Bahan rempah biji:
5 keping bunga lawang
2 batang kayu manis(panjang kira² 2 inci)
5 biji buah pelaga
2 sudu makan lada sulah@marica tumbuk halus
1 biji buah pala(ambil isi) tumbuk halus
(Semua rempah biji di cuci terlebih dahulu)
Bahan rempah segar:
2 inci halia kupas kulit tumbuk sampai pecah(jangan halus)
1 inci lengkuas kikis kulit dan tumbuk sampai pecah
2 batang serai(di titik)
4 labu bawang merah, 3 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Garam, Aji dan sikit gula(optional)
(Semua bahan rempah dicuci bersih terlebih dahulu)
Bahan campuran soto:
Mi hun@ bihun putih dicelur dengan air panas dan toskan
Isi ayam( disiat²)
Seikat daun sop dan daun bawang cuci bersih dan dihiris halus)
1 biji timun cuci bersih (potong tipis membulat dan hiris kecil²
Telur rebus belah dua(optional)
Tauhu pok(potong kecil) optional
Lada padi tumbuk
Kicap/ cuka. (Kalau x suka cuka boleh guna air asam limau kasturi)
Bawang goreng( boleh beli di kedai, tapi kalau nak sedap dan wangi boleh goreng sendiri bawang merah dan bawang putih)
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan rempah biji dan rempah segar. Bila mendidih masukkan ayam. Masak hingga empuk. Masukkan garam, Aji dan sikit gula secukup rasa)
Dah masak, keluarkan ayam tadi dan siat² isinya guna garfu).
3. Sediakan mangkuk. Isi dengan bihun, daging ayam, timun, daun sop, daun bawang, telur, tauhu, dan bawang goreng. Tuang air rebusan ayam tadi. Bolehlah makan dengan masukkan satu sudu makan kicap, satu sudu makan cuka atau 1 sudu makan jus asam limau kasturi. Nak pedas boleh bubuh cili api tumbuk.

UDANG KAM HEONG SEMUDAH ABC

Bahan-bahan
500gm ekor udang segar saiz besar
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
1/2 inci halia (hiris nipis)
4 biji cili padi hijau (potong)
4 biji cili padi merah (potong)
1 sudu rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
2 tangkai daun kari
2 sudu kicap manis
garam secukup rasa
sedikit minyak
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, sos tiram, kicap manis, cili padi, daun kari.
3. Masukkan udang dan perasakan garam. Kacau sebati perlahankan api, biar sampai kering.
Siap, selamat mencuba.

 

Image may contain: 1 person, text that says '10 Manfaat Kesihatan Air Kelapa Muda Mengimbangi Tahap Gula Dalam Darah Meningkatkan Peredaran Darah Mengurangkan Sakit Kepala Membekal Tenaga Membakar Lemak dengan Cepat Membantu Pesakit Batu Karang Mengurangkan Cramp Otot. Meningkatkan Kesihatan Jantung Baik Untuk Kesiahatan Kulit Mengurangkan Berat Badan # gelas setiap pagi berupaya mengurangkan tekanan Darah Tinggi # Isotonik semualajadi Terbaik Dunia # Juga baik untuk pengidap masalah kencing' OAIN BRAHEM'

https://people.utm.my/nizamray/2020/09/08/1131/

Image may contain: food

https://people.utm.my/nizamray/2020/09/08/1129/

Perbezaan Baking Soda dan Baking Powder

Baking soda adalah asli sodium bicarbonate.

Bila bahan biskut kita ada kandungan kelembapan dan beasid macam coklat ke buttermilk ke ia akan bertindak balas bila kita membakar. Naiklah biskut itu. Sebaik kita campur-campur bahan itu, ia sebenarnya dah mula bertindak balas. Kalau lambat bakar, nanti biskut ni dah tak naik lagi.

Baking soda biasa kita guna untuk biskut, sebab biskut tak adalah nak kembang-kembang sangat. Lari corak penat-penat kita tekap nanti keluar biskut gemuk-gemuk pula.

Baking powder

Baking powder pula kombinasi sodium bikarbonat, acid agent iaitu cream of tartar dan drying agent macam kanji.

sebab kandungan nya juga sodium bikarbonat, ia akan terus bertindak balas bila kita campurkan bahan-bahannya. Ejen-ejan lain dalam baking powder pula akan teruskan proses mengembang itu. Bila kita biar seketika, ia akan mengembang lagi. Dan bila kita panaskan dalam ketuhar, ia kembang lagi. Kembang dan kembang. Syoknya.

Baking powder ni sesuailah buat kek gebu gebas. Biar dia kembang-kembang dan gebu gebas.

Perbezaan Antara Baking Soda dan Baking Powder

Baking Soda
 

Baking soda atau soda bikarbonat ialah sejenis “chemical leavening” yang berperanan sebagai ejen penaik di dalam proses penghasilan kek dan biskut.  Ia mengandungi satu bahan sahaja iaitu “sodium bicarbonate”.
 
Apabila baking soda bertindak balas dengan bahan-bahan yang mengandungi asid seperti susu, coklat atau buttermilk, ia akan menghasilkan sejenis gas iaitu karbon dioksida dan gelembung udara akan terbentuk di dalam haba yang tinggi menjadikan permukaannya kek dan biskut kembang serta naik tinggi.
 
Tindakbalas baking soda terhasil dengan segera setelah bahan-bahan di adun, jadi anda perlu bakar di dalam oven dengan kadar yang segera. Dari segi rasa, baking soda mempunyai rasa sedikit pahit kerana beralkali dan boleh menjejaskan rasa kek dan biskut jika diletak secara berlebihan.
Baking Powder
 
Baking powder atau serbuk penaik mengandungi gabungan antara 2 bahan iaitu serbuk baking soda dan sejenis campuran ejen berasid. Ianya akan terus bertindaklas menghasilkan gas karbon dioksida apabila bercampur dengan adunan yang mengandungi cecair. Kebanyakan resipi menggunakan baking powder kerana rasanya lebih neutral berbanding baking soda serta tidak perlu lagi bergantung kepada bahan asid tambahan lain sebagai ajen pengaktif.
 
Ada 2 jenis baking powder yang terdapat di pasaran iaitu:
  • single action baking powder –  mula bertindakbalas sebagai ejen penaik apabila bercampur dengan cecair dan kemudian menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan gelembung udara terbentuk menjadikan kek dan biskut lebih ringan dan berongga.
  • double action baking powder – ada 2 tindakbalas yang terhasil iaitu apabila ia bercampur dengan cecair dan kemudian tindakbalas berlaku sekali lagi apabila ia diletakkan di dalam haba yang tinggi, menjadikan kek lebih stabil dan gebu.
Bagaimana untuk mengetahui jika baking soda dan baking powder masih elok untuk digunakan?
Jangka hayat baking soda dan baking powder bergantung kepada cara penyimpanan dan juga tahap kelembapan persekitarannya. Baking soda tahan lebih lama jika disimpan ditempat yang kering dan bersuhu sejuk (suhu bilik).
 
Baking powder pula boleh tahan selama 3 bulan sahaja atau lebih bergantung kepada cara penyimpanan setelah dibuka dari tin atau paket asal. Anda dinasihatkan membeli baking powder dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana tempoh ketahanannya agak kurang berbanding baking soda.
Cara untuk pastikan kedua bahan tersebut masik elok digunakan ialah:
  • Baking soda  – campurkan serbuk baking powder dengan sedikit cuka. Jika buih terhasil maknanya baking soda masih elok untuk digunakan.  
  • Baking powder – masukkan sesudu kecil baking powder ke dalam secawan air. Jika buih terhasil di permukaan air itu menandakan baking powder masih elok untuk digunakan.

6 AMALAN NABI SAW SEBELUM TIDUR

1. Berwudhu
2. Membersihkan tempat tidur
3. Membaca ayat Kursi
4. Meniup telapak tangan sambil membaca surah alIkhlas, alFalaq, anNas
5. Usap kepala, wajah, badan
6. Berzikir, berdoa hingga tertidur
Jom amalkannya! ?

Image may contain: text that says 'SUNNAH SEBELUM TIDUR Membaca Ayat Kursi Meniup Telapak Tangan Membersihkan Tempat Tidur Membaca Surah Al Ikhlas, Al alaq An-Nas Berwudhu 1 Usap Kepala Wajah, Badan Berdzikir Membaca Doa @verlisaMuslimah'

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

Bahan A⁣
150g krim cheese ⁣
50g buttercup⁣
100g susu cair⁣
Cara-cara :
# masukkan dlm bekas semua bahan tu dan masak atas api yg sederhana ⁣
# kacau sampai x berketul. Tutup api. Ketepikan. ⁣
Bahan B⁣
6 biji putih telor⁣
100g gula castor ⁣
1/2 sudu kecil krim of tar tar⁣
Cara-cara :
# Putar tiga2 bahan ni sampai jadi meringue atau bertanduk. ⁣
# Yg ni penting. Kalau putih telor x bertanduk kek akan bantat..
Bahan C⁣
6 biji kuning telur ⁣
100g tepung gandum ⁣
1 sudu kecil baking powder ⁣
Cara-cara :
# Masukkan semua bahan C kedlm mangkuk. Kacau. Guna senduk je. ⁣
# Masukkan pula bahan A kedlm bahan C. Kacau lagi.⁣
# Kemudian masukkan adunan putih telor tadi. Boh skit2 kacau secara kaup balik Saja. ⁣
# Masuk dlm loyang dan bakar dlm oven secara double boil. Suhu 180 selama 1 jam⁣

Image may contain: food