Archives for September 2020

Resepi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup! Simple je.. ?

Bahan2 :
*kentang
*ikan bilis
*bawang merah
*cili padi
*belacan (optional)
*kentang potong nipis, kemudian digoreng.
*ikan bilis digoreng.
*cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk/blend kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
*perasakan dgn sedikit garam & gula.
*dah siap masak tunggu sejuk sedikit, last baru masukkan ikan bilis & kentang yg dah digoreng. gaul rata. siap ?
Kredit Resepi: Nabilah Zuillkipli

 

Image may contain: food

Resepi Kerabu Sotong

kerabu sotong

Bahan-bahan :

  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Cili,
  • Sos tiram,
  • Tomato,
  • Kacang panjang,
  • Daun ketumbar,
  • Asam limau nipis,
  • Sotong@ kaki ayam,
  • Suhun (opsional),
  • Gula,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.
  2. Masukkan cili.
  3. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.
  5. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar.
  7. Siap.

Resepi Sambal Sotong Petai

Bahan-bahan :

  • Sotong,
  • Petai,
  • Cili kering,
  • Bawang merah dan putih,
  • Sedikit gula,
  • Asam keping 1,
  • Minyak masak,
  • Garam dan perasa.

Cara-cara :

  1. Blend cili kering dengan bawang merah dan putih, sukatan macam buat sambal biasa.
  2. Mula-mula panaskan minyak. Tumis cili kering.
  3. Masukkan sedikit gula.
  4. Masukkan asam keping.
  5. Kacau sampai cili masak dan garing.
  6. Masukkan garam dan perasa.
  7. Masukkan sotong.
  8. Masukkan petai.
  9. Kacau. Renihkan 2@3 minit dengan api kecil.
  10. Siap.

Resepi Sotong Stim Ala Thai

sotong stim

Bahan Sos :

  • 5 tangkai cili padi
  • 4 ulai bawang putih
  • 3 tangkai akar daun ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
  • 1 tbsp gula
  • 1 tbsp sos ikan atau kicap sotong
  • 3 biji limau nipis (jus sahaja)
  • 1/2 biji limau nipis (isis dipotong dadu)
  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus

Bahan Sotong Steam

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 15 helai daun limau purut

Cara-cara :

  1. Stimkan sotong diatas semua bahan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
  3. Campurkan dengan semua bahan yang lain.
  4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. Hidangkan.

Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur

sotong sumbat telur

Bahan utama :

  • Sotong
  • Udang
  • Telur

Bahan kisar :

  • 2 bj bawang besar
  • 2 btg serai
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara :

  1. Bersihkan sotong.
  2. Masukkan dalam satu bekas telur, udang cincang, lada cincang, daun bawang cincang.
  3. Tambahkan sedikit garam. Gaul sebati.
  4. Goreng sekejap saja. Letak minyak sedikit sahaja.
  5. Sumbatkan telur yang dimasak sekejap tadi ke dalam sotong.
  6. Tumis cili kering dan bahan kisar.
  7. Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.
  8. Perasakan gula dan garam.
  9. Siap.

Resepi Sotong Phat Phet ala Thai

sotong phat phet

Bahan A (Kisar/blender kasar)

  • Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam letak sedikit saja
    (Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)

Bahan B

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1 batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut

Bahan Sayur

  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).
  3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.
  4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,
  5. Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan :

  • 1 kilo sotong. Bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.
  • Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.
    (Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletop).

Bahan Tepung Salutan:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
    (Gaul sebati semua bahan di atas)
  • Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang

Cara-cara :

  1. Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  3. Setelah itu, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  4. Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.

Sos pencicah :

  • 3 sudu besar sos thai
  • 1 sudu besar mayonese
    Gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.

Resepi Sup Daging Siam

sup siam

Bahan-bahan :

  • 500-800 gram daging lembu direbus dengan 200 ml air selama 35-40 minit dengan api kecil dan tutup periuk. Buka sedikit sahaja bagi ruang keluar.
  • 500 ml air kosong,
  • 1 ½ pek perencah sup siam Adabi,
  • 2 ulas bawang putih ketuk,
  • 1 batang saderi panjang,
  • 1 batang akar daun ketumbar ketuk,
  • 4-5 tangkai daun ketumbar,
  • 1-2 tangkai daun bawang,
  • 2-3 cili Thai ketuk,
  • ½ bawang Holland saiz besar,
  • 2 biji tomato belah 4,
  • 1 biji besar asam limau,
  • 3 sudu makan sos ikan,
  • Garam, serbuk perasa, bawang goreng secukupnya.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato. Tumis hingga bawang betul-betul layu.
  2. Tambah 700 ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
  3. Bila sudah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sedikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih.
  4. Jika sudah siap. Boleh taburkan bawang goreng.
    Nota : Kalau nak betul-betul sedap memang kena guna daun ketumbar, dan proses layukan itu kena main peranan serta api besar.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

masak merah thai

Bahan-bahan :

  • Daging,
  • Bawang putih 3-4 ulas,
  • Bawang besar,
  • Lada besar,
  • Cili kisar,
  • Sos cili,
  • Sos tomato,
  • Sos tiram,
  • Perasa garam gula.

Resepi Daging Kerutuk

kerutuk

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging (daging lembut guna batang pinang),
  • 2 biji kentang dibelah,
  • 1½ paket rempah kerutub adabi,
  • 1 sudu makan rempah kurma,
  • ½ kotak santan (kotak kecil 100 ml ),
  • 3 sudu makan bawang goreng,
  • 4 sudu makan cili kisar,
  • 2 sudu makan gula merah,
  • 3 sudu makan kicap,
  • *1 biji bawang besar
  • *4 ulas bawang putih,
  • *1 inci halia,
  • *sedikit belacan,
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,
  • Garam dan perasa,
  • 2 keping asam keping,
  • Cili padi/cili besar-belah,
  • 1 biji bawang besar-belah 4.

Cara-cara :

  1. Gaulkan daging dengan rempah yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
  2. Mesin bahan bertanda *.
  3. Dalam kuali, tumis rempah 3 sekawan.
  4. Tumis bahan blend hingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar, tumis hingga agak garing.
  6. Masukkan garam, gula merah dan perasa.
  7. Masukkan daging yang sudah digaul dengan rempah tadi.
  8. Biarkan rempah agak masak dan kemudian masukkan air dalam 3 cawan.
  9. Masukkan kentang.
  10. Masukkan asam keping.
  11. Masukkan bawang goreng dan kicap.
  12. Bila daging dan kentang sudah empuk, masukkan santan dan biarkan hingga daging agak pekat.
  13. Akhir sekali masukkan cili padi dan bawang belah.
  14. Kalau daging belum cukup empuk boleh tambahkn air lagi ya.