Archives for January 3, 2022

ASAM PEDAS THAI

Bahan

Ikan siakap saiz sederhana potong 4
bahan blend:
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi merah ikut kepedasan sendiri
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2 inci belacan dibakar
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh biji lada putih

caranya :

mesin bahan diatas kemudian masuk dlm periuk.

perah asam jawa sebesar bola golf campur dng 3-4 cawan air utk kuahnya

masuk garam..gula thai jika ada secukup rasa

2 sudu besar sos ikan thai
masuk 1/2-biji nenas yg kecil potong nipis

blh masukan rebung jika suka
bila dah nak angkat baru masuk satu ikat kangkung yg dipotong 2-3 bahagian..

Sumber resepi.my

DONAT PINTAL

BAHAN-BAHAN
70 ml air sejuk
30 ml susu cair
1 sk garam
40 gm gula
2 biji kuning telur
2 sb susu pekat
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
40 gm marjerin
5 gm yis

Campur semua bahan ke dalam bread maker.. Uli sampai doh licin dan lembut

Keluarkan doh dari bread maker dan bulatkan.. Letak dalam bekas dan tutup menggunakan plastik

Biarkan doh kembang 2 x ganda.. Bila dah cukup kembang perlahan-lahan tekan angin doh

Kemudian timbang doh seberat 40 gm dan rehatkan doh selama 10 minit

Selepas itu bulatkan doh dan gelek memanjang.. Potong menggunakan pisau plastik dan pintal kemas

Letak atas baking paper dan biarkan kembang sekali lagi.. Goreng api sederhana sehingga masak.. Akhir sekali gaul bersama gula kastor atau enak mkn begitu sahaja.

KEK LAPIS MASAM – MASAM MANIS

10 biji telur
1 1/2 gelas gula halus
1 tin susu manis
450gm mentega
2 1/2 gelas tepung roti marie
1 bungkus hawflake…masam manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

Telur dan gula dipukul hingga kembang
Mentega ,vanila dan susu dipukul hingga kembang
Campurkan kedua2 adunan…masukkan baking powder dan tepung roti..Gaul rata dan bagi 2
1…Hijau
2….Kuning

Kukus adunan kuning 1 gelas…hingga masak…Bila dah masak susun masam manis…masukkan adunan hijau…
Buat berlapis2 hingga habis
– resepi pilihan

Resepi Roti Boy Cute

Bahan-bahan:

Air sejuk 1/4 cawan
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter

Bahan-bahan nescafe topping:

1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nk byk mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung

Cara-cara buat seperti di dalam video;

Resepi Oleh: Mohd Shafiq
IG: shafiquecute_official

SAMBAL GARING pedas

Resepi…
Cili kering yg pedas( cuci tos dn goreng dgn minyak,jgn lama sbb cepat garing),dn blend kering dgn sedikit garam, ( guna garam halus )

Ikan bilis ( goreng garing )
Bawang merah ( goreng garing)
Bawang putih ( goreng garing )

Cara2..
Panas kn sedikit minyak (2,3 sudu mkn) guna api kecil…
Masukkn semua bahan kacau bia sebati,tunggu sejuk bleh simpan dlm bekas….

?

siapppp

Makan dgn bubur pun sedap

?
?
?

Trima kasih atas perkongsian…akak halal kn

?
?
?

Kredit resepi : Siti Zubaidah Hassan

PIDE

Bahan- bahannya

*3 cawan tepung gandum
*1 pkt yis
*air suam kuku secukupnya 
*sedikit garam
* bahan2 untuk membuat doh.

Cara2 Menbuat Doh

Satukan semua bahan yang bertanda* kedalam mangkuk

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut.

Sehingga menjadi doh seperti ini, kemudian biarkan

selama 1/2 jam @sehingga doh tu naik sekali ganda

 **Bahan2 untuk intinya 
**
2 biji cili hijau &1 biji bawang besar – di blend hancur
2 biji tomato
sedikit daun pasli
1/2 kilo daging hancur

* Semua bahan di atas  di campur dengan 3 sudu olive oil

Semua bahan2 untuk intinya di campur 3 sudu olive oil

 Langkah2 seterusnya setelah doh ready…

Setelah Doh ready, bahagi kepada beberapa bahagian

Doh di uli serta ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat

Siap di bentuk perahu dan diisi bahan daging tadi

Sapukan sedikit kuning telur diatas doh tadi dan 
bakar api atas bawah 250c selama 20min @sehingga
masak.

Ok tu je untuk hari ini,nanti ada masa Azie masukkan resepi2 yang telah Azie cuba dan menjadi….

Sumber drpd blog azie

Resepi Ayam Tandoori:

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah

Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
Gaul dgn ayam (seekor potong 4, dan kelar2) dan perap 5 jam/lebih dalam aluminium foil.
Bakar dlm loyang (tanpa foil) suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh..

Sumber : Nurul Joe‎

RESEPI SMILEY COOKIES

Bahan-bahan:
.
125 gram butter/marjerin,
¼ (30 gram) gula aising diayak,
1 1/3 cawan (170 gram) tepung gandum,
2 sudu besar (20 gram) tepung kastad,
½ sudu kecil esen vanilla,
Choc chips,
Coklat masakan
.
Cara-cara:
.
1. Ayak tepung gandum dan tepung kastad, ketepikan.
2. Satukan butter dan gula aising, kacau sebati.
3. Masukkan esen vanila, sebatikan lagi.
4. Masukkan tepung yang diayak dan uli hingga doh tidak lekat pada jari.
5. Simpan sekejap dalam peti ais selama 15 minit.
6. Canai dan terap guna acuan bulat bergerigi.
7. Letak choc chip sebagai mata.
8. Guna hujung sudu dan tekan bawah doh untuk buat bentuk mulut.
9. Bakar pada suhu 180 selama 18-20 minit.
10. Biarkan sejuk sebelum letak choc cair di tengah biskut dan letak biskut lain diatasnya.
.
Kredit: Nor Izan Mustapa

RESEPI MINI PIZA & ROTI SOSEJ

BAHAN DOH:
.
3/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum atau tepung roti
Secubit garam
1 sudu besar mentega
Kuning telur (tambah sedikit air untuk disapu pada roti)
Sosej (direbus dulu)
Mix vege (campurkan dengan mayones)
Sos cili
Mayones
.
CARA MEMBUAT:
.
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam 1 bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan adunan yis yang sudah kembang tadi.
4. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama 1 jam.
5. Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Bentukkan roti ikut cita rasa.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej dan mix vege. Hiaskan dengan sos dan mayones
7. Biarkan roti 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.
.
Kredit: Hidayati Hana

RESEPI SMILEY POTATO

Bahan-bahan:
.
5 biji ubi kentang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar ‘breadcrumb’
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam (pilihan)
Minyak untuk menggoreng
.
Kaedah:
.
1. Buang kulit kentang dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Kentang dilenyekkan sehingga hancur kemudian dimasukkan tepung jagung, breadcrumb, garam dan serbuk lada hitam. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
3. Canaikan doh tadi dan tekapkan bulat-bulat menggunakan acuan yang sesuai
4. Guna straw untuk bentuk matanya dan guna sudu untuk bentuk senyumannya.
5. Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng sehingga smiley potato ini garing.
6. Tos sebelum dihidangkan.
7. Siap!
.
Kredit: resepi.my