Archives for January 3, 2022

Asam Pedas Kuah Lada Tenggiri Melaka

Bahan2 agak2 ea..tgok byk mana ikan..

Boleh guna ikan tenggiri atau caru..

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas(jgn byk..sikit je)
Belacan sikit
 Kunyit hidup
1 sk Jintan Manis
1 sk Lada Hitam Biji

?

semua tumbuk..bukan blend ye..tumbuk halus…dah lumat tambah serbuk ketumbar 3 sudu besar dlm bhn2 tumbuk td..gaul jdikan pes..xyah tambah air..

Cili kering anggaran 20tangkai(blend)
2 btg Daun kari(suke ati nak letak brp byk..satu pokok pon bleh)

?

1 Sk Halba
1 Sk Kerisik (lg sedap gune kelapa bakar..tumbuk skli ngn bahan2 pes)
Air asam jawa segenggam..

Panaskan minyak..masukkn halba..Tumis bahan pes td sampai naik bau..masukkan daun kari..masukkan cili blend..tggu smpai garing.msukkan air asam jawa.jgn cair sgt.nti xsedap.bior pekat2 gitu.
Dah didih..masukkan la perasa.pastu ikan.ngn kerisik satu sudu kecik.
Tggu smpi didih.
Pastu tmbah la bendi ke terung..
Da siappp
Mak pesan kalau nk sdp.api mse tumis kna sederhana.reneh lme skit bru ttup api

Apam Viral 3 Bahan

Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula (blend halus)
3 biji telur gred B
1 sudu kecil esen rose

Cara2:
1) Mixer telur dgn gula hingga kembang putih

2) Masukkan esen rose mixer sebentar je..berhenti

3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit..sambil kaup balik guna besi mixer tu je sehingga habis tepung

4) Loyang/acuan sapu minyak/marjerin

5) Adunan bahagi 2 – 3 bekas..warnakan ikut suka

6) Air kukusan pastikan betul2 mendidih..kukus selama 20 minit..api sederhana besar

Kredit dapur_kakzura

MAKARONI BAKAR.

BAHAN-BAHAN 

?
?

MAKARONI

?
?
?
?
?

Makaroni 1 plastik atau 200g
150 g daging/ ayam cincang atau 3 keping daging burger dihancurkan
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tin sos spageti ( ciksue guna kimball) ( optional )
1/2 cawan tomato puri ( ciksue guna kimbal)
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji cili kering ( rendam dengan air panas dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam secukup masa
sedikit daun sup
capcicum ( hijau, merah, kuning) dipotong dadu kecil ( ciksue tambah )
Italian herba ( 0ptional, tak guna pun tak ape.. kalau ade lagi best sebab bau ala-ala piza @ italian food gituuu,, heheh)

SOS PUTIH

1 Cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah/ italian herba
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesalade
sedikit garam dan gula

Hiasan : Capcicum, mozarella cheese, cheesalade

CARA-CARA.

Mula-mula kita kena goreng makaroni ni dulu macam makaroni gorenng yer

1. Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat selama 10-15 minit dan tos kan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau . Kemudian masukkan cili kering yang ditumbuk

3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging buger dan kicau sehingga airnya kering.

4. Masukkan puri tomato, sos spageti dan gaul sehingga sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Msukkan sedikit daun bawang supaya naik bau. Kacau sehingga pekat dan masukkan sedikit italian heba.

5. Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan biarkan seketika.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH

1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan sekeping scheesedale.

2. Kacau hingga cair , baru lah dimasukkan susu segar.

3. Masak sehingga susu mendidih, dan masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah

4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.

CARA MEMBAKAR MAKARONI

1.  Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.

2. Masukkan sedikit makaroni yang siap di goreng di lapisan bawah.. selepas letak sekeping cheesedale ke atas nya. Then lapiskan dengan sos putih dan sedikit mozarella cheese ( Ciksue letak  cheese banyak sebab lagi sedap,hehe)

3. Masukkan sedikit lagi makaroni di atas nya, dan letak cebisan-cebisan cheesedale dan tabur  mozarella cheese.

4. Letak capcicum sebagai hiasan dan sedikit italian herbal bagi membangkitkan bau nye

5. Bakar  selam 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.

Siap.. sedia untuk di makan…

PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT (Majalah rasa)

BAHAN-BAHAN:

Bahan Isian:

1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula

Bahan Toping:

150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK:

Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.

Campurkan bersama gula dan digaul rata.

Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.

Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi.

Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.

beef macaroni & cheese

Bahan:

1kg macaroni
1-2 biji bawang holland ( cincang halus )
3-4 biji bawang ( cincang halus )
1 paket sayur campur ikut suka nak banyak mana
5 keping sosej nak lebih pun boleh
2 keping daging burger (cincang halus) jika suka boleh campurkan bebola daging
sos spageti kimball ( apa2 brand pun ok)
cili sos
mozarella cheese

Cara memasak

1) panaskan minyak . guna sikit je minyak taw . nanti bila tumis daging burger dia akan keluarkan minyak

2) tumis bawang holland & bawang putih
masukan sosej
masukkan daging burger

3)tumis sampai masak

4) masukkan sayur campur
masukkan sos spageti & cili sos
masukkan macaroni yang dah direbus terlebih dahulu

5) sebatikan dengan perasa
dah siap tu . letak dalam ape2 bekas & tabur cheese banyak2 .

6) bakar pada suhu 160 selama 15 -20 minit
(api atas bawah)

7) 5 minit akhir tu ja buat api atas je . bagi cheese tu nampak colour brown and crispy bila makan nanti .

PASTA PENNE FRITTATA

Bahan:

6  bj telur
3  sudu besar heavy cream – jika boleh guna susu penuh krim/susu kotak

1  cwn keju parmesan – lagi bagus guna mozarella
3  cwn pasta penne yang dah dimasak dan disejukkan
3  sudu teh thyme segar – cincang 
2  sudu besar daun parsely – saya x letak
3  sudu teh oregano – cincang ( tambahan extra )
2  tangkai rosemary – cincang (tambahan extra)

1/2  biji bell pepper – cincang (tambahan extra)
1  bj lemon – sagat kulitnya saja

1/2 sudu teh garam halus

1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/2 sudu teh serbuk lada sulah – kepada yang suka 
2 sudu besar minyak zaitun – untuk menggoreng

Cara:

Dalam mangkuk, satukan telur dan susu cair kacau sehingga sebati sahaja.

Masukkan pasta penne dan semua bahan kecuali minyak zaitun.

.

Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuangkan campuran pasta tadi dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.

Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan frittata ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Taburkan dengan sedikit thyme segar dan boleh dimakan panas atau sejuk.

STEW DAGING YANG ENAK CICAH DENGAN ROTI

BAHAN-BAHAN:

250gm daging | dipotong dadu
2 sudu teh bawang merah cincang
1 biji lobak merah | dipotong dadu
1 batang seleri | dipotong dadu
1.25 liter brown stock | boleh didapati di pasaraya
2 helai daun salam
2 sudu makan minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah cincang, lobak merah dan seleri. Kacau berterusan sehingga bahan menjadi lembut dan kuning keemasan selama lapan hingga 10 minit.
2. Kemudian masukkan brown stock dan daun salam. Masak sehingga mendidih.
3. Apabila telah mendidih, masukkan daging yang dipotong dadu dan didihkan sehingga daging lembut. Perlahan api.
4. Akhir sekali, perasakan secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.

Sumber : Rasa/karangkraf

SOM TAM THAI

Bahannya;
*
1biji betik muda
1 Biji mangga muda
1 btg carrot
4 biji cili padi
6 Ulas bwg putih
1 sb udang kering
5 sb gula kabong (warna putih dn likat) klau xde boleh guna gula pasir biasa
4 sb sos ikan
4 sb jus limau nipis
3 biji limau nipis
2 biji tomato (potong 12)
3 tangkai kacang panjang (potong 1inci pnjg)
3 tangkai kangkung (potong 1 inci pnjg)

caranya;
**
1) tumbuk kasar c.padi, u.kering,bwg putih dan k.panjang.

2) masukkn bahan yg di tumbuk dlm bekas besar berisi bahan yg di sagat (betik,mangga,carrot)

3) masukkn gula,jus limau,sos ikan,perahan limau nipis,kangkung,tomato. Gaul semua bahan sebati.

4) ejas rasa masam dn manis ikut citarasa yg di ingini bergantung pd gula dan perahan air limau nipis.

5) bila nk mkn tabur dgn sedikit k.tanah (goreng tanpa minyak) dan ikan bilis yg di goreng rangup.

Rendang Tok Asli

BAHAN-BAHAN:

?

1kg daging
10 ulas bawang merah…dikisar halus
5 ulas bawang putih…dikisar halus
3sm lengkuas…dikisar halus
3sm halia…dikisar halus
5 batang serai….dikisar halus
5 sudu cili giling….dikisar halus
Kunyit sedikit….dikisar halus

2 helai daun kunyit….dihiris halus
1 sudu makan ketumbar….disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis….disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih…disangai dan dikisar halus
(**sangai = digoreng tanpa minyak)

1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa

?

BAHAN TUMIS:

?

2 batang kayu manis4 kuntum bunga lawang5 batang bunga cengkih6 biji buah pelaga.

?

CARA MEMASAK:

?

1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.

2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.

3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.

4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.

5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.

6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Resepi Lasagna Sedap

Bahan-Bahan:

?

kepingan lasagna segera, tak perlu rebus

?

parutan keju mozarella, secukupnya

?

serbuk keju parmesan, secukupnya

?

 Bahan untuk sos bolognaise:

?

300 gram daging atau ayam kisar

?

379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional

?

3 sudu besar minyak zaitun extra virgin

?

1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik

?

4 ulas bawang putih, hiris nipis

?

1 biji capsicum hijau, potong dadu

?

6 biji cendawan butang, hiris nipis

?

1 cawan carot yg dipotong dadu kecil

?

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

?

garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

?

2 sudu besar mentega

?

2 sudu besar tepung gandum

?

2 keping keju cheddar cheesedale

?

1 sudu besar serbuk parmesan cheese

?

1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream

?

lada putih dan garam secukup rasa

✍

Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:

?

Cara untuk masak sos bolognaise:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.

Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

?

Cara untuk memasak sos putih:

Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.

Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.Angkat dan sejukkan

?

Cara untuk membuat lasagna:

Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.

Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.