Archives for January 3, 2022

Cucur kucai udang laku keras

Resepi yg simple.. Semua org boleh buat… Sy halal kan resepi ini untuk. Kita semua

?
?
?

Tepung=1kg
Ibu roti=1/2peket
Garam=secukup rasa
Lada sulah=1sudu
Cili kisar=2sudu
Kucai =1ikat
Taugeh=rm1 cukup
Udang=sy pakai udang kertas jew

Campurkan semua bahan kecuali kucai ngan udang.. Agak2 dah x berketul.. Jgn lembik sangat.. Jgn padat sangat.. Kang keras kejung pulok bila goreng 

?
?
?

lepas tu baru letak kucai ngan udang… Gaul sebati… Biar kan dlm 1/2jam baru goreng kan.. Pasti kan minyak Betoi2 panas

?
?
?

Biar garing2 sikit.. Baru sedap makan

?
?

Kredit: Norhaniza Kamarudin

RESEPI DAGING REBUS AIR ASAM BERTAMBAH NASI

Daging yang telah direbus dan dipotong.

Bahan-bahan blender :

Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang kita nak
Air asam
Sedikit belacan
Garam
Gula

– Bahan bahan diatas diblend tapi jangan sampai hancur lebur sangat ye. Kasar-kasar gitu.

Bahan-bahan potong :

Tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar

– Yang ni cuma potong potong je dan masukkan dalam bahan blender tadi. Masukkan daging yang dah direbus tadi

Selamat makan 2-3 pinggan. 

?

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

lotus biscoff cup cakes mudah

?

bahan2 cup cakes
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 sb ovalate
1 sk emolco coklat
mix gebu

sementara tu
2 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder

dah kembang telur td
masukkan 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
mix sebati baru masuk kan campuran tepung
mix sampai sebati semua baru tuang air panas 1/2 cawan. siap boleh tuang di dalam cup 1/2 dan kukus 10 mnt api besar atau nak bakar pn boleh.

cream nya

250 g cream cheese
5 sb susu pekat
2 sb lotus spread
mix sebati

asing kan dan mix asing 2 cawan whipping non dairy
campur kan adunan cream cheese td
masukkan dalam piping beg yg ade nozel 1 m
paip atas cup cakes td dan hias kan ??
senang je kan.Dah jd cup cakes biscoff yg sedap

?

*Red Velvet Cupcake

Bahan A:
3 1/2 cawan Superfine flour – ayak

Bahan B:
170 gm unsalted butter – lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur – saiz besar suhu bilik

Bahan C:
6 sudu besar red food colouring (saya guna 4 sb)
3 sudu besar high quality cocoa powder
1 1/2 sudu kecil vanilla essence

Bahan D:
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan buttermilk

Bahan E:
1 1/2 sudu kecil cider vinegar (guna cuka biasa)
1 1/2 sudu kecil baking soda

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.

Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.

Dalam measuring cup, satukan bahan bahan D iaitu garam dan buttermilk.

Masukkan berselang seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.

Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30 – 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.

Nota:
Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :

<3 Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
<3 Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
<3 Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
<3 Setelah sebati, masukkan minyak.
<3 Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
<3 Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
<3 Kukus selama 20 minit
<3 Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita

Muffin chocolate & salted karamel chips

MUFFIN COKLAT

Bahan A:
2 cwn Gula Kastor
3 cwn Tepung Gandum
1cwn Serbuk Koko
1sk double action baking powder
1sk soda bikarbonat
1/2sk Garam

Bahan B:
200 ml Air
200 ml Susu Cair
2 bj Telur Gred A
200 ml minyak

Cara-Cara:
1. Satukan bahan A, ayak. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dlm Bahan A. Kacau dgn kaedah kaup balik.
3. Isikan dlm 3/4 paper cup.
4. Bakar suhu 220’c selama 12 minit. Panaskan dulu oven sebelum guna.
5. Pilihan: bakar menggunakan Philips Airfryer Twin Turbostar, suhu 180, Masa 7 minit.

Good luck 

?

SIEW PAK CHOY SOS TIRAM

 Bahan-bahan:

    seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
    4-5 sudu mkn sos tiram
    3 ulas bawang putih- cincang
    seinci halia – cincang
    air sedikit
    serbuk perisa@gula – jika suka
    tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
    bwg putih goreng/bwg goreng – utk hiasan

Cara-cara

    sayur jgn potong dulu… panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
    angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
    panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
    masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
    didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
    hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng.

Resepi Kacang Bunga

Kacang Pedas & Rangup 

?

Kacang 600g
Tepung bastari 5-7 sudu besar
Telor 3biji

Versi Lemak Manis & Rangup

tepung jagung (8sb) + tepung gandum(2sb) + santan (1/4cwn) + garam + gula + 1 telur…

Versi Kari & Rangup
tepung jagung (4sb) + tepung (1sb) gandum + rempah kari (2sb) + garam + gula sedikit + 3 telur…

Gaul semua bahan dan goreng… masa dalam kuali kena kacau selalu elak bergumpal

Credit : Fauzi Karim

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

?

 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

?

 Kentang Putar

3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)

1 sudu besar butter

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1/4 sudu teh garam halus

3 sudu besar susu full krim

?

 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

?

 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

?

 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

?

 Sos Gravy

2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2¹/² cawan air

1 ketul kuib pati daging Knorr

1/4 cawan susu cair

1/2 sudu kecil gula

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

?

 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

?

 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

?

 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

?

 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.

Selamat Mencuba 

?

Kredit: Nazri Ahmad

Resepi Masak Merah Telur

Bahan-bahan
5 biji telur goreng
1 biji bawang merah besar | dikisar
1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
1″ halia dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
11 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Kaedah
Goreng telur dan ketepikan.
Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji.

Siap!