Archives for January 3, 2022

Resepi badam & coklat

?

Bahan-bahan:
• Coklat beryls/cadbury
• Badam

Cara-cara:
1. Bakar badam sehingga rangup. Ketepikan.
2. Cairkan coklat secara double boil.
3. Gaul badam dengan coklat.
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Kaup campuran badam dan coklat tadi menggunakan sudu ke atas loyang mengikut saiz yang disukai.
5. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk sehingga badam coklat mengeras.
6. Jika guna coklat beryls, boleh simpan pada suhu bilik. Jika guna coklat cadbury, letak dalam peti sejuk.

Selamat mencuba

?

Kredit: Zaharah Ramin

RESEPI AYAM MASAK KICAP MABELES

BAHAN2:
●7@8 ketul ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
●2 biji kentang-hiris n goreng
●*10 tangkaicili kering
●*1 biji bwng besar
●*3 ulas bwng putih
●*1 inci halia
●Sedikit kicap
●1 sudu mkn sos tiram
●1 sudu mkn cili sos
●Garam, perasa n sedikit gula
●1 biji bwng besar-hiris bulat
●2 biji cili hijau-belah 2
●Cili padi merah + hijau
●Tomato ceri

CARA2:
○Mesin bhn bertanda *
○Tumis bhn mesin hingga garing
○Masukkan sos tiram dan cili sos
○Masukkan garam,perasa n gula
○Masukkan ayam dan kentang, tuangkn sedikit kicap (ikut nak hitam mn warnanya)
○Akhir skali..masukkan bawang hiris, cili belah 2, cili padi n tomato ceri.

Sumber : Najwa Zulkifli

Family holiday merangkap Family day 2021

Baru je sempat nk update..

Family Haji Wak Masdar berkumpul di Desaru Tunamaya 2 hari 1 malam (25 dan 26 Disember 2021) setelah hampir 2 taun terperpk kupon hotel tu dan sebelum expired awal 2022.

Dengan cuaca yang mendung dan tk ceria, dengan lepas berlakunya banjir melanda negara espcially di Shah Alam , Selangor, dengan redha dan penuh tawakal kami berkumpul juga adik beradik.

Demi anak-anak yang dah lama tak pergi bercuti selepas 2 tahun ber PKP..PKP..PKP tak habis-habis.

Berkelah kt batu layar je

Gambo adik beradik

Big Family Hj Wak Masdar

Gambo lg

Masing2 bawak potluck

Check in kt Tunamaya, ehh adik je ada, mane pulak ibu dan lain2 ye?

Target nk gi sini je budak-budak ni

Adik mandi pool ngan ayah

Suasana malam, ni amek lepas balik rpd makan malam kt Tanjung Sepat

Tengah discuss dan bahagi kupon breakfast

Breakfast, nina makan kt dalam, ibu ayah raimi dan adik kt luar

raimi dan pak uda

jap lg nk check out, kita gambo dulu

bergambo sebelum bertulak kt tanjung balau, sampai kita berjumpa lg tahun depan..bye tunamaya..next kt mane ye?

???? ???? ??????

Bhn2


~ 1 cwn tpg gandum
~ 1 sdt tepung ubi kayu
~ 1 cwn air
~ 1 sdb minyak masak
~ Secubit garam
~ sirap ros dan paste pandan

Cara2

1) blend semua bhn…sebati .. bahagi dua..satu sy letak paste pandan dan satu lagi saya letak sirap ros

2) Jala dlm nonstick..sy guna pemanggang ajaib..dlm 5 saat angkat dan gulung

???? ???? ?????
Resepi: CT Liz
CT Liz @koleksimyresepi

Bhn2
*

~ 3-4 ketul isi ayam
~ 1 bungkus serbuk kari AYAM
~ 1 cm halia
~ rempah 3 sekawan
~ daun kari
~ 1 /2 cwn santan @ susu cair
~ 1 sdb kerisik
~ 2 ulas bwg putih dihiris
~ 1 ulas bwg merah dihiris
~ 1 helai daun pandan disimpul
~ air secukupnya
~ minyak utk menumis
~ garam

Cara2


~ tumis bwg+rempah 3 sekawan,rempah kari..campur sedikit air
 biar pecah minyak
~ masukkan kerisik& daun pandan
~masukkan sedikit air .ikut byk mana kuah yg kita kehendaki..dlm 2 cwn mcmtu
~ masukkan ayam..biarkan empuk dan masak
~ masukkan santan..biar mendidih seketika
~ masukkan garam..tutup ap

Kuih Lapis

Utk loyang saiz 10

4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
6 cawan air
2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
 perisa ros

Cara²
Stukn semua,kacau
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian
Warnakan satu bahagian dengan perisa ros
Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 10 inci..lapik loyang dgn plastik yang telah di sapu sedikit minyak..
Kukus selama 5 minit..
Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi
Ulangi proses hingga abis dan yg akhir lapisan wrna merah.. Akhir skali kukus 20mnt..
Angkat dan sejukkan sebelum di potong…

RESEPI MAGGI TOMYAM

Bahan2 :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili kering
Ayam
Kiub tom yam
Air asam jawa
Limau
Serai
Daun ketumbar
Limau purut
Cili padi
Tomato

Cara membuat:
a) Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang dah dikisar, tumis sampai pecah minyak.
b) Kemudian, masukkan ayam, serai yang dah dihiris dan masukkan air, kiub tom yam.
c) Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam jawa dan perahan limau
d) Selepas itu, masukkan mee segera dan campak daun ketumbar, limau purut, cili padi dan tomato. Kacau seketika dan letakkan bahan perasa. Siap!

Credit : Nana Sabrina Sarsan

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 inci halia – dicincang halus
Ayam – dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering – direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering – dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.

Kredit : Nor Azlindawati Salha Baharudin

masak cuka ikan

2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.

Nak buat mcmana..

Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
Masuk bawang kechik & putih
Masuk 1/2 cawan air.
masuk cuka
Garam
Gula
Cili padi
Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.
.
Kredit : empunya resepi

RESIPI CEKODOK PISANG!

Rangup di luar dan lembut di dalam 

?

Bahan-bahan

5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.

Kredit Resepi & Foto: Cik Pooja

RESEPI KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan untuk kuih :
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah kalau kurang)
1 sudu teh garam halus
2 sudu minyak masak (guna waktu nak bentuk keria)
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
2) Bahan-bahan untuk sira :
1 1/2 senduk gula pasir
1 senduk besar air
CARA-CARA :
1) Kuih Keria
– Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
Rebus dengan air secukup dengan garam hingga empuk.
– Setelah empuk angkat toskan air. Terus lecek keledek hingga lumat dalam keadaan keledek masih panas.
– Biarkan suam-suam kuku baru letakkan tepung sedikit demi sedikit. Agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.

❗

Tips penting waktu bentuk gegelang kuih keria. Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tidak keras. Elakkan guna tepung waktu nak bentuk sebab nanti keria kita akan jadi keras.
– Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.
– Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum disira dengan gula.
2) Sira Gula
– Masak gula pasir dan air dengan api sederhana hingga berbuih.
– Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau rata sehingga gula melekat pada seluruh kuih.
– Tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria.
– Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.

Kredit : Noor Baini Bakar