Archives for January 2022

Resepi Mee Rebus versi Utara(10 orang makan)

Bahan untuk kuah
Bawang besar 1 biji**
Bawang merah 5biji**
Bawang putih 4ulas**
Cili Kering 8-10tangkai** ikut kepedasan
Ubi merah 1kg
Udang kecik 500g
Sos cili 5sudu besar
Gula
Garam
Bahan hiasan
Taugeh
Cili besar
Daging/Ayam
Telur Rebus
Tauhu goreng
Bawang goreng
Cara masak
 1) Goreng bahan Yang bertanda dengan minyak lebih sedikit dan blend sekali minyak.
2) Rebus ubi keledek merah Dan blend sekali air rebusan
3) Rebus udang kecil sekali kepala,ekor ,kulit Dan blend sekali air rebusan.. Tapis udang yg dh blend ambil air udang je.
4)Campurkan semua bahan blend Dalam 1 periuk besar untuk kuah
5)Masukkan sos,gula Dan garam
Kalau Rasa pekat tmbah air.. sos Tu kalau Rasa kurang tambah je..
Siap!! Mudah ja.. Kalau Ada udang Kering boleh Masukkan..

Kredit : Roslina Rasdi

Resipi pizza homemade

4 cwn tepung gandum
¼ cwn minyak
secubit garam
1 sdt gula
1 ½ cwn air suam
2 sdt yis
cara2 :
masukkan yis dan gula dlm air suam ..kacau bg larut sikit dan tunggu 10-15 min sampai berbuih ..
dlm bekas lain masukkan tepung dgn garam ,gaul rata ,buat lubang kt tengah ,curahkan minyak dgn yis yg dh berbuih td .
gaul rata ,uli sampai jadi doh yg lembut dan halus .
bulatkan ,sapu minyak sikit ,tutup doh sampai naik sekali ganda .
dah naik ,tumbuk buang angin .bahagi 2 bahagian ( nak nipis sikit buat 3 bahagian )
tekan pd bekas yg disapu dgn sikit minyak .
cucuk permukaan dgn garfu ,lepastu sapukan sos ,hias dgn topping kesukaan .akhir sekali tabur mozarella cheese .
bakar api bawah sampai masak ,kemudian nyalakan api ats utk permukaan yg cantik ( pakai oven )
bolehlah hidang 

?

topping
sos spagethi dlm tin
bawang holland potong dadu
cili benggala potong dadu
cendawan dlm tin
daging kisar
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit oregano kering ( opt. )
mozarella cheese

?

Kredit : Kakcikk Khai‎

ayam goreng rempah kari.

?

Ayam sebelah potong ikut suka..

?

Serbuk rempah kari 1 sudu besar

?

Serbuk kunyit 1 sudu besar

?

Tepung jagung 2 sudu besar

?

Garam 1 sudu teh

?

Secukup rasa 1 sudu teh

?

Kacau rata semuanya n biarkan sekejap…

?

Kemudian goreng mcm biasa…

Nak lagi sedap bila ayam dah masak, masukkan daun kari… 

?

Credit : Acik Siti

MEE KUAH TULANG

Bahan-bahan
===========
*Segengam cili kering
*4 labu bawang besar Dikisar
*5ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besarl ada hitam
* 1sudu besar udang kering
*1 kiub bilis
*4biji keledek merah

1kg Tulang Lembu
1 sudu garam kasar
1 biji buah kurma (biji shj utk cepatkan daging lembut)
*direbus hingga empuk

3sudu sos cili
2sudu sos tiram
1sudu besar kicap
2 ketul tauhu
Fish ball @fishcake(option)
Sayur sawi
Bunga kubis
Jagung muda
1 batang Lobak merah
1 Batang saderi
Tomato 3biji
Telur 3 biji
Garam dan gula scukup rasa
Mee kuning dicelur

 CARA-CARA
1.Rebus tulang dan daging hingga empuk.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan kedalan rebusan daging dan tulang
4. Masukkan sos cili,tiram dan kicap
5. Biarkan mendidih masukkan sayur2 dan tauhu
6. Setelah menddidih pecahkan telur (telur separuh masak sedap!)
7. Masukkan bahan perasa scukupnya.siap!
p/s kalau tak sedap jgn marah noo.. saya pakai bantai je ni haha

Kredit : Zurazahir89

Resepi Kuah Yong Tau Foo

?

Kuah hitam

☑

2 sudu makan taucu

☑

2 sudu makan tepung jagung

☑

2 sudu makan tepung gandum

☑

3 sudu makan kicap pekat

☑

3 sudu makan sos tiram

☑

4-5 sudu makan gula

☑

3 cawan air

➡

Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus,

➡

 pastu masak bagi mendidih sekejap.

?

Kuah merah

☑

1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng

☑

1 sudu makan tepung gandum

☑

1 sudu makan tepung jagung

☑

4- 5 sudu makan gula

☑

3 cawan air

☑

1/4 sudu makan garam

➡

Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..

☑

3 sudu makan cili blend
Cara-cara:

➡

Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk

➡

Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.

➡

Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap

➡

Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba..

Credit resepi:Hamidah ida
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

cili api merah n hijau
cili besar merah
tomato
ikan bilis
bwg merah
bwg putih
belacan
(xda sukatan sy agak2 ja )

ptong kasar2 bhan d atas, msak dgn 2 sudu minyak smpai layu, blend ksar smua bhan2 td ( tumbuk lg best) , msak semula slps blend msak smpai pecah minyak, blh msuk perasa ikot slera msing2 ,sy msuk gula merah skit sbb suka mnis2 skit, siap 

?

yg suka msam2 blh picit asam limau skit ye sblum nk mkn

?

Credit : Puan Airul‎

MENU : AYAM PENYET

AYAM
– Rebus ayam dengan bahan2 berikut. Resipi ni untuk 5 ketul peha ayam .

Bahan2
– 1 inci Kunyit
– 2 inci Lengkuas
– 4 batang Serai

Blend bahan2 di atas [thermomix : 10 saat / sp 8]

Rebuskan ayam dengan bahan2 yang dah blend. Campur kiub ayam atau homemade chicken stock. Masukkan juga 3 helai daun salam/bay leaf. Masukkan 2 tsp garam

**ayam yang saya ada agak besar, jadi saya rebus di dalam periuk selama lebih kurang 20 minit.

Keluarkan ayam dengan serdak2 blend tadi dan tapis. Ketepikan air rebusan ayam

3) Adunan salutan untuk ayam, tempe dan tauhu, dan juga untuk membuat kremes ( yang krispy krap krup tu)

Bahan2
– 8 sudu besar Tepung Ubi
– 2 sudu besar Tepung Bestari
– 3 sudu besar Tepung Beras
– 2 sudu besar Tepung Gandum
– 1 1/2 sudu kecil garam
– 3 cawan air rebusan ayam (tunggu suam dulu jangan terlalu panas ya)

Campurkan semua bahan2 di atas sehingga tepung semua sebati. Adunan memang cair ya.

Celupkan ayam yang dah direbus ke dalam adunan sebelum goreng.
Goreng tak perlu lama sangat sebab ayam dah masak. Nak garingkan luar ayam sahaja.

Celupkan tauhu dan tempe ke dalam adunan sebelum digoreng

Baki adunan tadi dituang sesenduk secara perlahan ke dalam minyak. Tarik sikit macam buat teh tarik (maaf lupa sangat nak ambil video step ni) Jangan banyak sangat.. sesenduk dah cukup sebab nak bagi dia macam jaring2 crispy.

4 ) SAMBAL
– 120 gm Cili Merah
– 120 gm Cili Api
– 100 gm Bawang Putih
– 100 gm Bawang Kecil
– 1 inci Belacan
– 1 biji Tomato
– sedikit asam jawa, garam,
– gula secukup rasa (optional. saya tak letak)
– 150 gm minyak untuk tumis

Tumis dahulu bahan2 di atas. Potong kasar je tak perlu blend lagi

[Thermomix : cili besar patah 2 sahaja. yang lain boleh masukkan ke dalam mixing bowl tanpa potong. 12 min / 120 c / sp 1]

Toskan bahan tumisan dan blend kasar.

[Thermomix: tak perlu keluarkan bahan. blend 4 saat / sp 4]

Tumis semula bahan2 yang telah di blend tadi ke dalam kuali berisi minyak yang digunakan untuk tumis yang kali pertama tadi

[Thermomix : scrape tepi bowl dengan spatula. 10 min / 120 c / sp 1]

Masukkan Garam, Gula ( optional ) dan sedikit air asam jawa
Masak sehingga nampak sedikit garing

[Thermomix : 3 min / 120c / sp 1]

5 ) KICAP CILI

Cili api ( ikut kepedasan yang anda nak)
Bawang putih 3-4 ulas

Blend

campur dengan kicap manis

6 ) SUP

Masukkan sup bunjut ke dalam lebihan air rebusan ayam. Masukkan garam secukupnya
Banyak benda nak buat tapi sedap dia berbaloi2. 

?
?
?

Credit : Norazlin Anuar

Apam Susu Pink Dato Vida

Telur 4 biji*
Gula 1 Cawan*
Susu Manis 1 Sudu Besar*
Ovalett 1 Sudu Besar*
Essence Vanila 1 Sudu Kecik*
Tepung Gandum 1 Cawan Setengah

Oh ya lupa nak bagitau kalau tak suka manis sangat gula dan susu tu boleh kurangkan sikit. Bukan apa kau tu dah manis dah tambah pulak makan manis-manis nanti bersemut jawabnya.
Blend semua bahan hak bertanda * tu dalam blender dalam 1-2 minit atau sampai dia jadi kaler putih. Lepas tuh masuk dalam bekas dan masuk kan tepung gandum. Masa ni kita kaup-kaup je dia bagi bergaul mesra dan sekata ya. Tak mau kacau dengan blender dah, kalau tak dia jadi bantat.
Pastu buh la nak buh kaler apa. Dah lepas tuh masuk loyang yang di lapik baking paper.

Kukus 20 hingga 30 minit lepastuh siap.

Apam Susu is doneeee gituuuu!

Kredit Resepi : nana robil

Kek Span Baldu Merah

Bahan2
250 gm tepung campuran kek span coklat
4 biji telur
50 ml air
1 sudu teh cuka
50 ml minyak sayur
pewarna merah secukupnya

Cara Membuat
Satukan tepung, telur dan air dalam mangkuk pengadun.

Sebatikan adunan dengan kelajuan minima utk 1 minit. Tambahkan cuka.

Pukul kelajuan maximum hingga adunan kembang dan gebu, bertukar warna kepada lebih cerah dan pucat.

Adunan yang cukup kembang dan gebu akan membentuk seperti tanduk, pegerakan untuk jatuh ke bawah sangat lambat, masukkan minyak dan kacau dengan spatula hingga rata.

Tambahkan pewarna merah. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam loyang, hentak beberapa kali supaya dapat mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.

Bakar 170 darjan Celcius selama 40 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai.
Biar sejuk.
.kredit resepimasaksedap

Susu Karamel Cincau

– 5 sb gula perang
– 3 sb air
– 1 tin susu cair
– 2 cwn susu segar (freshmilk)
– 3 sb susu pekat
– biji selasih
– cincau
.

?

 modal kesemua bahan RM13+ sahaja, boleh makan 4-6 org & sampai puas tapi kalau beli sebotol RM10 blh minum 2 org je. Jadi la pengguna yang bijak, benda boleh buat buat yg murah apa nak beli mahal 

??