Archives for October 2023

BELIAN YG KE SERATUS KALI

setelah bergelar dealer ORODESIGN bermula May 2022.

Agak² hangpa la kan..biasa org pi kedai emas berapa kali setahun?

😁

Kalau xda yg menarik di Orodesign ni pasti tak terjadi belian “gile” macam ni

🤣

Emas Senang Dijual Balik.

Kalau habis duit sebab beli emas anda tak perlu takut nak jual kat mana. Kecairan emas ni tinggi. Bawalah ke seluruh dunia ia pasti laku asalkan tulen.

Isunya orang tu nak beli harga rendah atau tinggi je. Di Orodesign mereka jamin 100% untuk terima semua jenis emas kalau nak jual balik pada harga tertinggi.

Emas merupakan logam bernilai yang tak akan berkarat atau reput. Simpanlah emas selagi boleh. Kalau kesempitan wang anda boleh jual di kedai emas atau pajak di Ar Rahnu.

Berbanding nak jual set sofa second hand ianya susah nak cari buyer.
Nak pajak iph*ne?
Nak pajak R*Z?
Nak pajak jam jenama Ro*ex?
Nampak macam berat…

Jadi emas Allah ciptakan mempunyai kelebihan mengekalkan nilai kekayaan agar tidak terlalu cepat cair dan pada masa sama ia pemegang nilai yang kukuh sepanjang zaman.

Sebab itulah seluruh kerajaan di dunia ini simpan emas bertan-tan. Kerana kestabilan nilai emas itu tertakluk kepada berat dan ketulenannya sendiri. Simpan saja tak buat apa-apa.

Sebagai orang marhaen sepatutnya kita simpan emas juga. Untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Tak mampu sekilo menabung 1 bulan 1 gram.

#OrodesignByMAA
#EmasKalisInflasi
#RoadToSekilo

Kita memang seronok berbelanja,

Tapi akan lebih seronok kita simpan dulu baru belanja. Jadi, dengan lebihan gaji yang ada. Kita hanya belanja apa yang perlu sahaja.

Bila dah biasa tabiat menyimpan, apa pun jadi kita tetap ada simpanan.

Susah simpan dalam RM, tukar pada emas.

Kelebihan Menyimpan Emas

Rasa sedih kalau kerja sampai 30 tahun tapi bila anak dah besar, tak ada apa yang dapat kita wariskan pada anak.
Simpanan cukup-cukup untuk kita dan pasangan hidup sebagai pesara.
Tak ada rumah untuk anak-anak.. kalau ada pun mungkin jadi rebutan, tak ada barang kemas yang boleh diwariskan, kalau ada mungkin jadi rebutan juga.. tapi boleh dibahagi-bahagikan, tabung pendidikan anak pun tak ada.

Cari kawan yang suka menyimpan dan pandai jaga duit (dengan menyimpan emas ).

Kalau kawan korang semua kaki shopping, dah boleh ‘selow-selow’ cari kawan baru..!

🤭

 SEKADAR PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI

Jika kita faham sejarah matawang, kita pasti akan tukarkan sebanyak mungkin RM kepada emas.

Masih ingat perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944?

Dimana US Dollar tidak boleh dicetak tanpa disandar dengan emas. Mereka cari jalan senang untuk putuskan hubungan antara Dollar dan Emas!

Kenapa macam tu?

Sebab Dollar boleh dicetak sesuka hati semenjak 1971. Itulah rahsia Amerika kaya raya dan berkuasa hingga hari ini.

Mengikut Michael Maloney, penciptaan “wang fiat” merupakan penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Dan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah manusia!

Ingat lagi bila Jepun memerinta Tanah Melayu?

Duit dicetak sesuka hati oleh kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Sehingga berlaku hiperinflasi.

Menjadikan kuasa beli duit kertas menjunam teruk! Yang sebenarnya, kekayaan rakyat dirompak oleh pemerintah dalam tak sedar.

Sebab itu orang dulu-dulu simpan emas.

Dapat duit je simpan emas. Mereka tahu, duit kertas hanya akan laku bila sesebuah kerajaan memerintah.

“La, mudah rupanya dengan emas!”

Emas ni satu alat kewangan.
Kita boleh gunakan nya untuk capai apa jua matlamat kewangan kita.

Macam mana kalau simpan duit?
Simpan duit pun ok.

Cuma dari pengalaman saya, tak banyak yang berjaya. Sebab dah simpan, kita cenderung nak korek balik.

Kalau emas.
Saya dah gunakan beberapa kali, untuk capai matlamat kewangan saya. Ya, lebih mudah nak capai.

Terdekat. Saya gunakan emas untuk bayar deposit rumah 100k.

Jadi, macam mana nak menyimpan emas dengan cara betul?

Ini tipsnya.

Jawab dulu ketiga-tiga soalan ini.

1. Apa matlamat simpan emas?
Bayar deposit rumah

2. Berapa gram nak capai matlamat tu?
 300gram (RM100k )

3. Berapa lama nak capai?
5 tahun

Tindakan: Simpan 5gram sebulan.

Jadi, bila kita dah jawab kesemua soalan ni.

Baru kita ada hala tuju yg jelas dan lebih berdisiplin menyimpan.

Dah faham kan? Boleh bermula hari ni.

EMAS PENYIMPAN NILAI SEBENAR

1) Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya tetap kekal.

2) Emas adalah aset yang sangat berharga kerana ia bertindak sebagai simpanan untuk pelaburan, dana bekalan kecemasan wabak Covid-19 dan pelindung kejatuhan nilai wang. Emas Penyimpan Nilai dan Emas kalis inflasi

3) Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

4) Sedikit perkongsian mengenai perkataan EMAS yang disebut dalam Al-Quran.

👉

Surah al-Imran ayat ke-14 – Emas indah pada pandangan manusia.

👉

Surah al-Imran ayat ke-91 – Emas tukaran paling bernilai

👉

Surah At-Taubah ayat ke-34 – Emas simpanan yang sebenar

👉

Surah al-Kahfi ayat ke-31 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah al-Hajj ayat ke-23 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surat Fatir ayat ke-33 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-53 – Emas lambang kekayaan sebenar

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-71 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga.

Selepas menyimpan emas, penyimpan emas mesti ada 3 mindset ini.

1. Beli emas sebagai simpanan

Apabila kita menyimpan emas, kita sebenarnya telah selamatkan duit daripada terbelanja. Jadi dari situ kita dah pupuk dalam diri kita tabiat menyimpan. Kita belajar mana perlu atau tidak. Dan diantara kemahuan dan kehendak.

2. Beli emas untuk kegunaan jangka masa panjang atau kecemasan

Penting simpan emas bila kita baru menyimpan, anggap ia adalah satu bentuk simpan langsung tak boleh usik. Sebab ia akan digunakan jika berlaku kecemasan atau capai matlamat dalam jangka masa panjang.

Bukan beli harini, nak guna esok.

3. Beli emas bila ada duit dan kemampuan

Ketika ramai orang beli emas kita pun nak beli emas, kadang-kadang beli emas ni pun kena cerdik kawan-kawan. Bukan masa murah, rasa tak mampu, beli juga sekilo. Jangan begitu.

Tetapkan kemampuan dan bajet, jika mampu 1 gram atau 2 gram. Itu sahaja pun dah memadai. Buat apa nak malu gais, yang penting simpan. Bukan kita beli emas, pinjam duit orang.

Sedikit perkongsian rakan emas. _(Fahaman beliau melalui bacaan .)_

Ramai bertanya,
*_”Kenapa harga emas turun sejak kebelakangan ni?”_*

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu ketahui bahawa sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi naik turun harga emas. Namun, mari kita fokus kepada 2 faktor ini sahaja dahulu.

1. Pengukuhan matawang USD
2. Ketidakstabilan politik/ekonomi

Kejatuhan harga emas sekarang ini adalah banyak dipengaruhi oleh situasi politik di Amerika Syarikat dan pengukuhan matawang USD.

Amerika Syarikat ketika ini berada dalam keadaan ‘government shutdown’ iaitu kegagalan kerajaan untuk berfungsi. Ia disebab oleh ketiadaan duit dalam negara untuk menjalankan kerajaan.

Selepas perbincangan, congress mereka telah meluluskan satu bajet supaya kerajaan mereka boleh bertahan selama lagi 45 hari dengan cara meminjam wang. Bagaimana mereka meminjam? Iaitu dengan ‘menjual hutang’. Apabila ramai pelabur membeli hutang mereka, maka ia telah menyebabkan pengukuhan matawang USD. Asasnya, USD

⬆️

 EMAS

⬇️

.

Memandangkan Amerika merupakan negara ekonomi terbesar dunia, hutang ini tidak akan menyebabkan ekonomi negara runtuh. Dan mereka juga perlu terus meminjam memandang ekonomi sekarang adalah berdasarkan ‘debt based system’. Pelabur percaya The Fed akan naikkan interest rate pada bulan November/Disember nanti, kerana itulah mereka mula melepaskan emas untuk kejar keuntungan dari matawang USD.

*_”Eh kalau pelabur pun pakat melepaskan emas, kenapa kita kalut nak beli emas pula?”_*

Kena ingat, pelabur dan penyimpan emas, matlamatnya berbeza.

*Pelabur*, mereka mengejar KEUNTUNGAN DALAM TEMPOH JANGKA PENDEK. Mereka membeli dalam jumlah yang banyak dan juga perlu pandai membaca graf pasaran dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu aset/saham/bon.

Manakala *penyimpan emas* pula, matlamat kita berbeza. Kita target untuk KEKALKAN NILAI SIMPANAN DALAM JANGKA PANJANG. Jika ada kenaikan harga emas, itu adalah bonus (insyaAllah akan ada kenaikan dalam jangka panjang). Kita juga hanya membeli dalam jumlah yang sedikit dan sentiasa konsisten membeli tanpa perlu pandai baca graf pasaran dunia.

Ada juga yang tanya,
*_”Harga emas boleh turun lagi ke?”_*

Ya, harga emas memang boleh turun dan boleh naik mengikut tindak balas terhadap pasaran dunia.

Namun, sebaiknya sebagai penyimpan emas, buatlah keputusan untuk membeli pada harga yang tersedia pada masa ini. SEKARANG, bukan nanti. Jangan hingga yang dikejar tak dapat, yang boleh dikendong pun tak dapat.

Kenapa kena daftar dealer?

Terdapat 4 golongan pembeli emas.

1. Penyimpan emas
2. Peniaga emas
3. Pengumpul emas (collector)
4. Pelabur emas

Jika sahabat golongan pertama. Wajib daftar sebagai dealer jika memang niat nak konsisten tambah gram emas setiap hari / minggu / bulan.

Kenapa?

1. Jimat boleh beli harga kilang. Bagi goldsaver fokus mereka dapat tambah gram emas harga rendah dan dapat jual kembali untuk dicairkan kelak dengan harga yang tinggi.

Syukur alhamdulillah. Diplatform usahawan emas orodesign. Kita bukan saja dapat beli emas harga rendah. Malah kilang beli kembali emas lama dengan harga yang tinggi dan tanpa syarat tersembunyi.

Jom tengok perbezaan selisih harga (spread) antara dealer dan customer. Inilah salah satu kelebihan berdaftar sebagai dealer orodesign.

#EmasHargaKilang
#OrodesignByMAA