Emas..oh Emas

Emas merupakan komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Ia merupakan pasaran yang
dinamik dan sering berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Turun naik harga emas
sentiasa dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu:

  1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran (jika permintaan melebihi
    penawaran maka harga emas akan naik dan jika penawaran melebihi permintaan maka
    harga emas akan turun)
  2. Kekuatan dan kelemahan USD (harga emas diniagakan di dalam matawang USD, jadi
    jika USD lemah maka harga emas akan naik dan jika USD semakin kuat maka harga
    emas akan turun.
  3. Situasi ekonomi (jika ekonomi dunia semakin baik maka harga emas akan menurun dan
    jika ekonomi tidak menentu maka harga emas akan meningkat).
  4. Situasi politik (jika berlaku ketidakstabilan politik dunia maka harga emas akan
    meningkat naik dan jika situasi politik dunia menjadi stabil maka harga emas akan
    menurun.

Sebenarnya, bagi yang faham.

Tak perlu pun fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas.

Mula sahaja walaupun 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

  1. Duit sentiasa habis kena belanja
  2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
  3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

  1. Duit kita tak mudah bocor
  2. Nilai emas semakin meningkat
  3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

Dah faham kan? Bermula hari ini ya.

KEKAL LAMA.

Kenapa best simpan emas sebagai dana cemas?

✅ Sebab hampir mustahil bocor. Bertahun-tahun simpan, nak luak satu gram pun amat payah.

✅ Kalis inflasi. Akak simpan emas sebagai pusingan modal. Manalah tahu jumpa unit rumah yang mencuri hati. Emas ini boleh jadi modal menambah rumah lagi.

✅ High mobility. Boleh dibawa keluar ke luar negara dalam keadaan nak berhijrah tiba-tiba. Tak perlu nak panik beratur di bank.

✅ Emas tidak boleh dimusnahkan dalam kebakaran. Tidak dimakan anai-anai.

✅ Dikeluarkan dari rekod kekayaan. Tidak ada sesiapa tahu berapa jumlah kekayaan sebenar penyimpan emas.

✅ Dapat disimpan sebagai modal perkahwinan anak-anak tanpa perlu menyentuh dana KWSP.

Ya… Ini adalah sebahagian emas yang dikeluarkan dari akaun GAP. Simpan sikit-sikit serendah RM100. Kemudian keluarkan emasnya kalau penyimpan nak.

Emas ini bertahun-tahun diperam sebagai sebahagian daripada dana cemas. Nilainya sekitar RM38,000.

Ada duit, senang nak guna. #apeni?
Ada emas? Bertahun-tahun KEKAL LAMA.

KENA SABAR.

Menabung emas bukan lagi untuk orang kaya.
Menabung emas adalah untuk individu :

1) yang tak nak jatuh miskin
2) yang bajet serendah RM100
3) yang tak tahu nak simpan emas kat mana
4) yang muflis dan bankrap
5) pelajar yang ada online business
6) surirumah yang ada wang belanja suami
7) yang takut bocor wang asal gaji habis
8) nak menabung jangkapanjang
9) yang percaya wujudnya inflasi
10) yang nak melengkapi checklist kewangan

Emas ni nak KENA SABAR.
Bukan hari ni simpan esok nak jual #apeni?
Minima 200g, peram minima 3 tahun.
Simpan je la sikit-sikit serendah RM100
Lama kelamaan emas membukit.