Spread

Emas kat mana pun boleh beli.
Kedai A
Kedai B
Kedai C

Yang penting kita ada ILMU. Carilah SPREAD yang rendah ya sahabat.

Spread tu apa?

Orang bandor kata susut nilai. Orang kampung panggil SPREAD.

Macam mana nak kira spread ni?

Harga kita beli hari ni TOLAK harga nak jual balik hari yang sama kita beli (HARGA BUYBACK). Tengok beza berapa % @ berapa hengget.

Sila cari yang paling RENDAH. Setakat ni yang terendah cuma jumpa di ORODESIGN. Alhamdulillah.

Tahniah kepada sahabat yang rebut peluang jadi DEALER ORODESIGN boleh check kiraan spread dealer kilang. Emas terus dari tangga kilang tau.

Perbandingan antara ASB, Tabung Haji dan Emas dr Tahun 2001 – 2020???????

Purata keuntungan emas adalah 11.25% sejak 2001.

Simpan semua. ASB, Tabung Haji dan Emas. Senang. Pelbagaikan pelaburan. Sebabnya tak ada satu pelaburan pun yang 100% sempurna. Kalau A tak jadi, kita ada B. Kalau B tak jadi kita ada C. Haa gitu!?
Namun…
Sy tetap mmgesyorkn SIMPANAN EMAS❤️

AKIBAT MENUNGGU HARGA MURAH?

Dari sini kita belajar sesuatu, bila kita sudah nampak PELUANG didepan,

tolong jangan amalkan sikap
*nanti dululah,
*tunggu dululah,

PELUANG ni ibarat MASA dan MASA itu EMAS ia takkan menunggu kita. So bila PELUANG tu dah datang, terus dapatkan

Jangan menyesal pada perkara yang sudah berlalu, mulakan SEKARANG

Kenapa saya suka kongsi peluang jadi dealer emas direct terus dengan kilang?

Pertama – ni bukan bisnes MLM dan ianya trading semata – mata.

Kedua – urusniaga beli emas dapat emas.

Ketiga – kilang diiktiraf FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Keempat – Jual brg pada pelanggan, untung masuk dalam akaun kita. Bukan kilang yang pegang.

Kelima – insentif yg diberi kilang tkde syarat2 untuk dikeluarkan walaupun RM1. Suka hati nak guna bila.

Keenam – boleh jual emas lama pada kilang tanpa ada penolakan lain walaupun emas kondisi barang tu lerai, kemek dan bengkok.

Ke tujuh – ilmu emas diberi percuma 24jam sampailah cara beli surat pajak. Kos untuk belajar ilmu emas ni nilai sebenarnya ribu2.

Ke lapan – stok emas sentiasa update 24jam. Tak melibatkan sesen pun duit kita untuk adakan stok.

Ke sembilan – keahlian takkan luput walaupun jadi dealer hanya kerana nak beli surat pajak dan taknak beli atau taknak menjual emas baru keluaran kilang.

Ke sepuluh – kita boleh keyin sendiri dalam sistem utk order. Payment selesai dan penghantaran dibuat selesai semua boleh semak dalam sistem.

Secara kesimpulannya perniagaan EMAS ni unik. Emas ni kalau kilang keluarkan takde sape nak beli, kilang tak rugi apa2 pun sebab EMAS itu DUIT.

Hasrat En Azrul nak bantu ramai orang kita CELIK EMAS supaya tak ditipu atau diambil kesempatan dengan orang lain. Kalau nak gadai barang pun buat di arrahnu islamik.
Jangan di pajak gadai.

Masa seminar emas pun diajar cara nak uji KETULENAN emas.

Semoga dapat pencerahan yang terbaik..Moga kita dapat sama-sama menyimpan emas walaupun 1gram sebulan

NAHAS TUNGGU HARGA EMAS

Pengalaman saya sejak 2015, mereka yang nahas selalunya yang menunggu, bukan yang konsisten membeli emas.

Mereka terlalu menunggu untuk dapatkan harga terbaik sampai akhirnya duit pun habis!

Orang yang beli emas tak tengok harga, emasnya dah confirm makin bertambah.

Orang yang menunggu, akhir sekali emas tak ada, duit pun habis!

Itu pengalaman.

Sebab itu saya jarang update pasal harga emas terkini sebab saya tahu, ia tak membuatkan kebanyakkan kita ke mana-mana.

Harga rendah hanyalah bonus.

Bila harga rendah, maksudnya itulah waktu untuk beli lebih banyak. Bukan baru nak beli…

Sudah lebih 6 tahun saya pakai formula ni, ianya memang terbukti.

Duit tak bocor, jumlah emas confirm bertambah, dan harga juga makin mahal!

Jadi buat apa nak menunggu?

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/817670/harga-emas-mampu-cecah-paras-tertinggi-sekali-lagi

DINAR VS GOLDBAR

Sepanjang saya menjadi Dealer Emas, soalan yang selalu ditanya adalah “Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Gold Bar). Di sini saya senaraikan apakah perbezaan dan persamaannya.

PERBEZAAN

  1. Rupa Bentuk.
    Dinar mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.

Goldbar berbentuk Segiempat.

  1. Gandaan Berat

Dinar mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu ½ Dinar = 2.125 gm, 1 Dinar = 4.25gm, 5 Dinar= 21.25gm dan 10 Dinar=42.5gm

Jongkong Emas pula dalam gandaan genap bermula 1 gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 250gm dan 1 kilo.

PERSAMAAN

  1. Kualiti
    Dinar dan Jongkong Emas mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9.
  2. Harga
    Harga emas pergram adalah sama.
  3. Keuntungan
    Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.

Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Jongkong Emas ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.

Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Jongkong Emas. Ada juga yang suka kedua-duanya.

Anda pula yang mana ? ?

Orodesign

goldbar

DEALER

Kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi?

Orang beli emas ikut-ikut tanpa ilmu akan rugi & sentiasa resah. Harga emas naik, susah hati & harga emas turun pun susah hati

Bagi yg bermula dengan ilmu, harga emas naik / turun sentiasa senyum & happy. Sebab dia tahu nak buat apa

Saya senaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi:

✅ Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa. Penyimpan emas yg berilmu, dia beli emas gunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2-3 tahun

✅ Emas adalah duit tunai juga

Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas / gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

✅ Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yg lebih banyak untuk dapat barang yg sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi

✅ Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya takkan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Orang yg tak ada ilmu, takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa

Sumber oleh:
Tuan Hafizulruddin

Konspirasi di Sebalik Wang Kertas

Menurut seorang ulama yang banyak mendedahkan “konspirasi” tentang sistem kewangan dunia bernama Sheikh Imran Hossein; untuk mengembalikan emas kepada fungsinya yang sebenar sebagai medium transaksi (menggantikan wang kertas) perlu bermula dengan membudayakan masyarakat menjadikan emas sebagai simpanan menggantikan simpanan wang kertas di dalam akaun bank.

Usaha itu perlu bermula dari bawah dan dari diri kita sendiri. Kalau kita tak mulakan dan ajar anak-anak dan generasi selepas kita, siapa lagi? Bank nak ajar? Bank hanya menjual satu perniagaan iaitu “HUTANG”.

Apabila masyarakat sudah celik dan menyimpan emas dan mempunyai kesedaran, yang meluas tentang fungsi emas sebagai “duit sebenar”, waktu itu emas boleh digunakan sebagai alat pembayaran alternatif kepada wang kertas. Hendak beli barang, bayar dengan emas, hendak jual barang, jual dengan emas.

Dengar macam mustahil kan? Tapi kita kena ingat zaman-zaman dahulu sistem matawang yang digunakan oleh seluruh dunia adalah emas, bahkan dari zaman Rasullah S.A.W lagi, sehinggalah zaman-zaman selepas Beliau wafat.

Penciptaan wang kertas selepas diputuskan hubungannya dengan emas adalah disebabkan U.S.A ingin mengawal ekonomi dunia dan kesannya adalah seperti sekarang. U.S currency adalah “benchmark” harga untuk sesuatu saham dan harga emas itu sendiri.

U.S currency jatuh, emas naik, U.S currency naik emas pula jatuh. Yang menjadi mangsa siapa? Negara-negara kecil seperti negara kita ini dan sudah semestinya diri kita sendiri sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi negara.

Emas kekal bernilai sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa

Sumber oleh:
Tuan Naim Azhar

Moral daripada billionaire

Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.

Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas.

Alasannya adalah 1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.

Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.

Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US.

Beliau berkata “kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami”

“Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi” kata Sam Zell lagi.

“Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi”

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.

Kesimpulan.

Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.

Saya cadangkan anda ikut ajer jejak langkah Sam Zell.

Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas. Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!

Tip..hari ini? ILMU PAJAK GADAI EMAS

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

  1. Harga emas.
  2. Kadar pinjaman.
  3. Kadar upah simpan.
  4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

  1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

  1. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

  1. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

  1. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

  1. Harga emas 999 hari ini RM280
  2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

  1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
  2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
  3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
  4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

  1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
  2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.

UTM Open Day