Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, *duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang*. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi…

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas itu masih di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus

Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

 Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.

Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja.

Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

“Apa kelebihan simpan emas ya berbanding duit”

Ini antara soalan yang kerap ditanya daripada klien emas saya.

Sebenarnya mudah saja soalan ini. Jawapannya:

1. Ada emas, pasti berduit. Ada duit, belum tentu ada emas.

Daripada situ pun sudah membuktikan bahawa emas mendahului duit dalam soal menyimpan.

2. Kita selalu dihantui oleh masalah kebocoran wang. Masalah kebocoran ini sebenarnya berlaku tanpa sedar dan melibatkan emosi!

Ramai orang mengalami penyakit ‘parkinson kewangan’. Dapat gaji, habis dibelanjakan kepada keperluan. Kemudian takde dah baki untuk disimpan untuk beli rumah, kahwin dan simpanan anak-anak.

Inilah peranan yang terbesar sekali manfaat simpan emas. Emas boleh mengatasi masalah boros itu.

Bagaimana?
Bila simpan emas rasa sayang.
Bila simpan duit rasa nak belanja aje!

3. Simpan emas bukanlah penyelesai masalah kewangan. Ia cuma emas ada aura yang sangat kuat untuk menyimpan. Tanyalah orang yang simpan emas, nak ke jual? Susah benar mereka nak jualkan.

PAKSAAN YG UNTUNG

Kalau tunggu minat, rasanya ramai dalam ni tak minat nak kumpul emas. Sebab macam2 alasan muncul.
Mahal lah

?

tak mampu lah

?

kena zakatlah

?

tak tahu nak simpan manalah

?

 Hak masing2 laaah.

?

Tapi kalau dah faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam2 cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas.

Saya dulu pon tak minat, tapi dek dah ada kesedaran sedikit terus menabung emas walaupun tak faham mana

?

. Beli, simpan, peram dan tambah ilmu emas sikit2.

Apa saya buat, setiap bulan, saya akan beli emas secara paksa. Macamana caranya? Dapat gaji cabut dulu duit utk beli 1gram. Duit yg ada lepas tu bayar bill dan belanja.

Ini akan mewujudkan elemen paksaan. Teknik paksaan ini memang membuahkan hasil.

Dulu saya punya la payah nak simpan Rm100 pun, tapi bila bertukar dengan simpan emas, tak pikir panjang. Buka sistem lock terus.

?

p/s : Selagi guna cara sama simpan duit dalam bank, lepas tu tak nampak ke mana perginya duit tu, janganlah buat benda yang sama berulang kali. Kesian penat badan…Memang hasilnya ke laut

?

.

Dapat faham sesuatu

?

Emas tu payah..

Nak mula menyimpan memang susah. Takut takde duit kat tangan. Nanti ada offer best ke, kawan ajak kopi mahei ke, takde bajet.

Menyimpan ni benda wajib buat dah.
So, tidaklah terasa pergi kerja balik kerja sekadar bayar hutang atau hujung² tahun semua habis sebab guna prinsip dah penat² kerja nak reward diri.

Lepas tu baru sedar orang lain dah tukar kereta lebih selesa, dah beli rumah elok utk anak isteri, dah ada dana pi haji, dah ada simpanan pendidikan anak².

Kita? masih sama even da 10-20 tahun kerja. Masih nak buat personal loan, masih nak buat hutang jahat. Hutang baik ia akan bantu jana income. Hutang jahat ia akan mengecikkan lagi baki gaji kita.

Samalah dengan orang berniaga
kalau tak ketepikan duit hasil berpenat jawabnya dapat letih saje lah.

Kenapa emas? Sebab emas ni cara simpan RM100 boleh jadi dua ratus di kemudian hari bukan simpan RM1000 lepas tu jadi RM10 sbb shopping.

Semoga bermanfaat

?
?
?

KITA SIMPAN KERTAS, AMERIKA SYARIKAT SIMPAN EMAS

?
Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan Amerika Syarikat sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS hijau, tetapi Amerika Syarikat simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?

Persoalannya, bagaimana Amerika Syarikat boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia? Bila kita mengkaji sejarah, jawabnya dunia KENA TIPU dengan Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, Amerika Syarikat perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram). Duit kertas yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas. Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, Amerika Syarikat sudah kehabisan duit. Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang Amerika Syarikat buat? Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas. Maka Amerika Starikat boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahu 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing. Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan OUT OF NOTHING! Ia tidak lagi di back up oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa Amerika Syarikat KAYA & BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar. Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq & Libya

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya). Dalam apa jua keadaan ekonomi, at least 5% – 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai ‘insuran’ dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%. Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s – harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup.?245MizzIda (PG-JB)10:48

Aset yang semakin meningkat nilainya… untunglah siapa yg dah simpan terlebih awal……. harga emas takkan menunggu sesiapa…

Nampak…beli bukan bazir tapi ini ADALAH pelaburan…sbb emas adalah duit…Dan pengikat Nilai….x rugi …untung

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/22/2212/

Anda nak tahu keuntungan setiap pelaburan bagi tahun 2020?

Berikut ialah laporan daripada pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali.

Bursa Malaysia. : 4.22%
ASB :4.25%
Dow Jones Industrial Index : 7.25%
Dow Jones (Dividen Reinvest). : 9.72%
Emas :24.2%
Tabung Haji. : (belum diumumkan)

Emas mungkin bukan pelaburan terbaik. Namun untuk setakat hari ini prestasi emas masih lagi menggungguli carta dengan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 24.2%.

Mungkin anda boleh memilih untuk menjadikan emas sebagai pilihan untuk mengembangkan wang simpanan.

Harga terbaik ialah harga pada 10 atau 20 tahun yang lalu. Harga tertinggi pernah dicatatkan ialah RM304/g. Manakala RM270/g harga pada (19 Mei 2021)

Harga masih rendah dan cantik. Tiada istilah terlambat untuk bermula. Semoga 2021 ini menjanjikan 1001 kebahagiaan kita semua.

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Agung

Biar sikit tapi panjang
Jangan banyak tpi pendek

Sumber oleh:
Tuan Naim Azhar

Dikemaskini sehingga 23 April 2021.

Ar rahnu terima brand Amethyst utk 2021

  1. Ar Rahnu KPF ( FELDA )
  2. Ar Rahnu Sahabat
  3. Ar Rahnu Express
  4. Arrahnu kpmnj – koperasi permodalan melayu negeri johor
  5. Ar Rahn Permodalan Kelantan Berhad
  6. Arrahnu Bank Islam
  7. Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang bhd
  8. Arrahnu KOPUTRA(20g)
  9. Ar Rahnu Cahaya
  10. Amanah Ikhtiar
  11. Arrahnu KOPAAS
  12. Bank Muamalat
  13. Arrahnu KPDRM

Brand MAA

  1. Agro bank
  2. Arrahnu coopbank
  3. Ar Rahnu Sahabat
  4. Ar Rahnu Express
  5. Arrahnu bank rakyat ( sebahagian )
  6. Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang bhd
  7. Ar Rahnu KPF (FELDA)
  8. Arrahnu bank muamalat
  9. Arrahnu KPDRM
  10. Koptown Ar rahnu.(Koperasi TNB).

Saye senaraikan sekali branch branch ar rahnu di atas
Cawangan Ar Rahn Permodalan Felda
http://www.kpf.my/hubungi-kami/cawangan-ar-rahn.html
Cawangan Ar Rahnu Koop Sababat
http://koopsahabat.my/v2/info-korporat/pelaburan_perniagaan/ar-rahnu/
Cawangan Ar Rahnu Coop Bank Pertama
https://www.cbp.com.my/hubungi-kami/alamat-peta-lokasi.html
Cawangan Ar Rahnu Express
Ampang Point,Sungai Buloh,Sri Gombak,Mydin Mall USJ,Kompleks PKNS Shah Alam,Penang,Kuantan

KORANG TAU TAK, CARA PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN EMAS?

Meh nak pecah rahsia! Caranya adalah dengan jadi dealer/member Orodesign

☑️Kenapa Orodesign?
Orodesigan by Amethyst adalah syarikat Bumiputera Islam yang merupakan kilang, pengeluar dan pembekal Emas.

Maksudnya disini, bila dah jadi ahli korang dapat beli emas dengan harga lebih rendah direct dengan kilang.

Sistem jual emas patuh syariah jual beli emas yang sepatutnya, pengurusan dan operasi 100% muslim.

☑️Apa kelebihan Dealer Orodesign?

Pembayaran keahlian adalah sekali sahaja seumur hidup

Tidak perlu minimum pembelian untuk kekalkan keahlian. Nak beli setahun sekali pun takde masalah.

Boleh jana income jika berminat

Team support untuk ilmu emas dan jualan serta marketing disediakan

Beli emas untuk diri sendiri dengan harga yang sangat-sangat jimat setiap kali beli.

Pelbagai lagi kelebihan lain.

Pantas bertindak ya, sebab pengambilan DEALER ni TERHAD. HQ akan tutup semula pengambilan jika sampai had yang ditetapkan ?

UTM Open Day