? NAK MULA DARI MANA? ?

“Saya ni x pandai nak niaga emas ni cuba bagi tau mai sat kaedah nya lagu mana”…
Ok stepnya mcm ni:

  1. Jadi Ahli Orodesign
  2. Beli emas utk diri sendiri dulu. Nak cerita kpd org, nak kempen org beli emas. Biar kita dulu mulakan
  3. Sembangla dgn keluarga, anak beranak, kawan², jiran² tanya dia ada x simpanan duit dlm bank @ dlm tabung buluh @ bawah tilam yg x pakai..
  4. Habaq dia duit simpanan tu lama² nilai dia makin susut ditelan inflasi. Walau bertambah dividen ke faedah ke bunga ke riba ke. Hakikatnya nilai yg susut x sama dgn yg kita dapat akhirnya.
  5. Dari rugi dimamah inflasi gitu je lebih baik tukar jadikan emas. Simpan emas fizikal. Emas ni walaupun ada ketika harganya turun naik tapi utk jangka masa panjang harganya makin meningkat ✅
  6. Tak pernah dlm sejarah org yg simpan emas fizikal ni rugi. No!. Terdesak boleh pajak. Lepas tu tebus balik.
  7. Jangan beli emas dgn duit beli ikan Mek oiii Awang oiii! Guna duit yg x pakai je.
  8. Nak beli murah molek la beli dgn Orodesign. HARGA MURAH, SPREAD RENDAH, KOS UPAH BRG KEMAS pun SANGAT RENDAH !
  9. Nak lagi murah jadi ler Ahli Orodesign. Banyak benefit & bonus² menanti. Itu adalah reward dari company. Eh.. Salah ke Boss kasi reward?

Anda takkan dpt 1kg tanpa 1gram yg pertama
Jom Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Besar Kami

??1gram 1 bulan 1 keluarga??

TAHUKAH ANDA!

EMAS = Logam berharga yang tak akan merugikan pemiliknya.

Nak ajak seramai yang boleh…jom kita BAGI PELUANG & BUKA MINDA pada diri sendiri untuk miliki emas.

Nak ajak beli emas berat-berat sekaligus..kenyataannya bukan semua orang mampu.

Sebab tu nak ajak miliki yang kecil-kecil je dulu…0.5g atau 1g. Kemudian, kita usahakan untuk KONSISTEN beli emas berat yang sama..pada setiap bulan atau setiap 2 bulan atau setiap 3 bulan etc, ikut kemampuan…TANPA GAGAL.

Lama-lama sedar tak sedar, kita dah ada ASET yang berjaya kita kumpul secara sedikit demi sedikit dan..dalam masa yang sama tidak membebankan kewangan kita untuk teruskan belanja keperluan harian.

Duit Antarabangsa(WORLDWIDE CURRENCY)

Jika kita merujuk kepada sejarah zaman peperangan antara Vietnam dan Amerika dahulu, ramai penduduk Vietnam melarikan diri ke negara lain.

Harta-harta mereka kebanyakkannya ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan “Kim Thant”. Emas Kim Thant itu bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju.

Orang tidak tahu yang mana mereka membawa kepingan emas. Itulah harta mereka ketika berada di negara orang dan ia dijadikan alat untuk membina semula kehidupan ditempat baru.

Kalau kita lihat pada sejarah Vietnam ini, waktu gawat, emas adalah yang paling berguna. Waktu itu duit tidak lagi berguna untuk dijadikan sebagai alat untuk membina kehidupan di negara orang. Kalau mereka bawa duit negara asal mereka pasti tidak laku ketika itu.

Altenatif – Bawa Emas Bukan Duit

Daripada kisah pelarian Vietnam ini, ada satu perkara yang boleh kita belajar daripadanya iaitu emas adalah duit antarabangsa.

Selain kita tukar duit sebelum keluar negara, kita juga boleh bawa emas bersama. Emas boleh dijual di negara luar yang kita pergi sekiranya kita ada masalah kewangan.

Kenapa saya kata bawa emas bukan duit?

Kalau duit “US Dollar” pun ada sesetengah tempat atau negara tidak menerimanya, apatah lagi kalau duit ringgit Malaysia. Ia tidak laku diluar negara. Kalau emas, ia laku seluruh dunia.

Had emas yang boleh dibawa keluar negara mengikut undang-undang Jabatan Kastam Malaysia adalah TIADA HAD tapi kalau nak bawa keluar duit ringgit Malaysia keluar negara, hadnya bersamaan dengan USD10,000. Kalau lebih perlu diisytihar dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan matawang antarabangsa. Ia altenatif terbaik selain bawa duit tunai.

Bahkan ada kemungkinan kita dapat jimat kos tukar duit ringgit kepada matawang asing (elak spread).

Cuma sebelum bawa emas keluar negara, kita kena semak dulu polisi negara yang nak kita lawati. Sebab ada sesetengah negara meletakkan had membawa emas masuk ke negara mereka dan dikenakan cukai.

Ada perkara penting yang perlu kita tahu, emas adalah aset yang diterima diseluruh dunia. Kita boleh beli emas dimana-mana tempat dan jual semula dimana-mana tempat yang kita inginkan.

Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan lain. Bahkan kalau matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tidak diterima di sesetengah tempat.

Tapi ia tidak terjadi kepada emas, kerana nilai emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak.

Asalkan ia emas dan tulen, tak ada apa yang perlu kita risaukan kalau ingin jual semula. Nilai emas dijamin oleh berat dan ketulenannya saja.

Itulah kehebatan logam emas yang dicipta oleh Allah SWT untuk umatnya.

Kredit tuan
Khaja Nazimudeen

Bila dah daftar jadi dealer, beli banyak-banyak emas ni nak buat apa?

  1. Beli masa harga rendah, simpan dulu nanti harga naik jual
  2. Beli dengan harga modal, terus jual semula dengan harga pasaran
  3. Beli untuk simpanan dana kecemasan, perkahwinan, pendidikan, umrah/haji atau tukar ke aset rumah atau tanah dan lain2.

Tak rugi pun bila dah ada emas ni, macam-macam boleh difungsikan insyaAllah. Paling penting dealer dapat beli emas harga kilang serta nikmati spread rendah?

Celik Emas

Uniknya emas nak memilikinya bukan sekadar perlukan wang ringgit. Nak miliki nya juga perlukan KESEDARAN.

Bila kesedaran tentang emas sudah mula terbit, tiada lagi akan meniti di bibir kita,

“Mahalnyaa harga emas ni, membazir je.”

Kerana orang yang #CELIKEMAS dia tahu duitnya tak hilang bila beli emas, duitnya hanya ‘dibekukan’ dan boleh dicairkan bila perlu. Duitnya akan beranak pula berganda dalam emas itu.

Waktu tu kita tak lagi tunggu harga emas turun baru nak miliki emas, ada duit terus bekukan dengan emas.

Begitulah tepat istilah ORANG YANG ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS. TAPI ORANG YANG ADA EMAS SUDAH TENTU ADA DUITNYA.

Dapat faham sesuatu?

?Apa keistimewaan jadi dealer OROdesign ni? ?

➡️ Orodesign ni program Dealer berurusan terus dengan KILANG.
➡️ Sebab tu kami ni para dealer dapat harga sangat2 osem..harga beli emas baru dapat harga rendah.

➡️ Jual emas lama dengan harga yang tinggi amat. Sesuai sangatlah dengan modal kami yang RM799 SEUMUR HIDUP tu.

➡️ Kilang mula buka peluang ni pada dealer pada TAHUN 2018.

➡️ Dinamakan program dealer ORODESIGN .

➡️ORO tu bahasa Itali maksudnya EMAS. So.. uolls jangan kata sama mcm orang lain✌.

➡️ Dapat ILMU yang sangat2 best.

✅ “ILMU cek ketulenan emas”
✅ “ILMU beli surat pajak”
✅ “ILMU beli emas lama”
✅ “ILMU fungsikan emas.”

⭐Ilmu – ilmu ni bila DIPRAKTIKKAN, pendapatan uolls bertambah – tambah⭐

➡️ KILANG keluarkan brg kemas ikut trend semasa, Dinar dan Goldbar.. ha.. yang suka buat simpanan memang ELOK SANGAT kumpul dinar dan goldbar sebab SPREAD kilang RENDAH amat.

➡️ Ha.. ni lagi buat kita jatuh cinta. Jd Dealer ni tak perlu la nak kejar2 buat itu dan ini.

➡️Semua tu ikut suka kita nak buat apa. Nak income lebih sebarkan manfaat dealer ni.

➡️ Tak reti nak niaga pun masih layak beli emas harga kilang sebab BELI EMAS dan SIMPAN EMAS tetap UNTUNG?

Penyimpan emas yang berilmu TAK AKAN RUGI SEBAB:

? Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

• Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek itu PERKARA BIASA. Penyimpan emas yang berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang.

? Emas adalah duit tunai juga.

• Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual atau gadai je dulu di ar-rahnu. Terus dapat duit on the spot! Siapa ada emas, dia ada duit juga! ?

? Harga barang naik, harga emas sama naik.

• Harga barang naik (i.e. inflasi) itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi.

? Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

• Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Dapat sesuatu?

Kenapa Harga Rendah?

Ramai tanya soalan ni kat saya.
Betul ke Harga dealer murah?

Ya betul. Memang murah. Sebab dealer dapat stok direct dari kilang.

❌ Bukan dari stokis
❌ Bukan dari kedai emas
❌ Bukan dari dropship

✅ Tapi direct dari kilang kepada dealer. Harga yang tokeh kedai Emas kat luar dapat, itulah harga dealer dapat. Bahkan lebih rendah lagi sebab dealer dapat beli direct tanpa suppier.

Semakin banyak lapisan atas kita, semakin tinggi pulak harga yang akan dikenakan untuk mendapatkan untung jualan.

Semakin dekat kita kepada supply chain, semakin rendah harga yang ditawarkan untuk kita.

Harga dropship yg admin update tu bukan Harga kilang, itu harga panduan dealer jual. Total pergram harga dropship pun masih lebih rendah dari harga pasaran semasa. Harga dealer? Rahsia, fikir sendiri.

Jom belajar jenis Emas

Selalukan kita tengok nilai-nilai emas macam 999, 916, 18K, 9K. Apa maksudnya?
Mari kita belajar tentang ketulenan emas.
Ketulenan emas dipanggil KARAT. Semakin tinggi karat emas dalam sesuatu produk maknanya semakin tinggi kandungan emas tulen didalamnya.

Berikut adalah beberapa jenis-jenis emas mengikut tahap ketulenan :
1) Emas 24 karat (24K) –
Emas paling tulen. Ia juga mempunyai ketulenan 99.99% dan dikenali sebagai emas 999 / emas 10.

2) Emas 22 karat (22K) –
Mempunyai kandungan 91.6% emas. Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas dan juga di kenali sebagai emas 916.

3) Emas 21 karat (21K) –
Mempunyai kandungan 87.5% emas. Peratus lain kandungan terdiri daripada lain-lain elemen seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.

4) Emas 18 karat (18K) –
Mempunyai kandungan 75% emas. Juga dikenali sebagai Emas Paun atau emas 750. Banyak digunakan untuk barang kemas berbatu kerana ia lebih keras dan lebih selamat untuk “menggigit” batu permata yang mahal.

5) Emas 14 karat (14K) –
Mempunyai kandungan sehingga 58.5% emas. Juga dikenali sebagai emas 585. Banyak digunakan buat gigi emas dulu-dulu.

7) Emas 12 karat (12K) –
Mempunyai kandungan sehingga 50% emas.

8) Emas 9 karat (9K) –
Juga dikenali sebagai emas 375 atau suasa.

Kenapa emas perlu dicampur dengan logam lain?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan mudah dilentur. Kalau pernah tengok cerita koboi, bila mereka jumpa emas, benda pertama mereka buat ialah gigit emas tu. Sebab? Sebab emas tulen ni lembut jadi kalau gigit akan ada bekas gigi.

Ia tidak sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Maka untuk mendapatkan sebatian yang lebih kuat dan sesuai untuk di pakai, logam-logam lain seperti tembaga, dan besi di campur dengan emas tulen.

Formula menghitung kadar emas.

Ketulenan emas dibahagikan kepada 24 bahagian. Maka cara menghitungnya adalah seperti berikut:

Contoh, untuk 18K:
Formula : ( 18 : 24 x 100 = 75.0% )
18 dibahagi 24 = 0.75 kemudian darab dengan 100 untuk convert kepada peratus. Maknanya 18K ada 75.0% kandungan emas.

Maka angka-angka pada barang kemas, jongkong atau dinar bermaksud:

999 setara dengan 24 karat
916 setara dengan 22 karat
875 setara dengan 21 karat
750 setara dengan 18 karat
585 setara dengan 14 karat
500 setara dengan 12 karat
375 setara dengan 9 karat

Berikut pengertian dari emas 9K hingga 24K:

Emas 9K – kadar emas 37.5%
Emas 12K – kadar emas 50.0%
Emas 14K – kadar emas 58.3%
Emas 18K – kadar emas 75.0%
Emas 20K – kadar emas 83.3%
Emas 22K – kadar emas 91.6%
Emas 24K – kadar emas 99.9%

Semoga bermanfaat

1 DINAR BERSAMAAN SEEKOR KAMBING BENARKAH?

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu 1dinar boleh beli seekor kambing, malah pada zaman sekarang 1dinar tetap boleh beli seekor kambing.

Apa maksudnya disitu?

Emas ni kalis inflasi.
1dinar beratnya 4.25g
Di ORODESIGN ada 3 pilihan syiling dinar

1/4 dinar = 1.062g
1 dinar = 4.25g
2 dinar = 8.50g

Mutu emas bagi dinar keluaran AMETHYST & MAA PRECIOUS METAL adalah 999.9

Emas ini bersifat lembut. Kerana hanya 0.01% campuran lain digunakan untuk membentuk syiling dinar tersebut.

Yang suka menternak kambing tapi tak tahu cara atau tiada tempat untuk menternak kambing. Boleh tukar kepada 1 dinar dahulu. Tujuan untuk menambat nilai RM kita kepada nilai yang lebih kukuh.

Sambil-sambil tu bolehlah timba ilmu menternak kambing. Bila dah bersedia boleh cairkan semula dinar tadi untuk dapatkan kambing fizikal. Nanti dah dapat keuntungan hasil jual kambing tambah gram emas kembali.

Semoga tips ini membantu bagi mereka yang mencari hala tuju kenapa perlu beli dan simpan emas.

Boleh faham sesuatu?

UTM Open Day