Mesyuarat Projek Aplikasi GIS untuk Pemetaan Jenayah Juvana

2015-11-12 15.16.592015-11-12 15.17.04

12 November 2015, Kuala Lumpur. Satu mesyuarat perlaksanaan projek aplikasi GIS untuk pemetaan jenayah juvana telah diadakan bersama dengan penyelidik-penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Institut Sosial Malaysia (ISM), Mahkamah Rendah Malaya, Jabatan Kemajuan Malaysia (JKM), Kementerian Wanita dan Kanak-Kanak dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), D4 dan D11. Antara isu yang dibangkitkan adalah keperluan data daripada PDRM bagi tujuan pemetaan. Bagi tujuan analisis yang lebih terperinci data seperti berikut sangat diperlukan:

  • Alamat tempat tinggal suspek/penjenayah
  • Alamat tempat kejadian
  • Alamat tempat tangkapan

Data tersebut akan digeocode dan seterusnya perhubungan di antara ke tiga-tiga data tersebut dapat diperlihatkan dan dianalisa. Analisa berbentuk hotspot (titik panas) dan coldspot (titik sejuk) juga akan dihasilkan untuk melihat ketumpatan kejadian jenayah mengikut tahun dan tempat (negeri, daerah dan mukim). Analisa faktor tempat tinggal, kejiranan, sosio-ekonomi perniagaan dan rangkaian jalanraya akan ditindan dengan kawasan hotspot untuk melihat faktor penyumbang kepada kejadian jenayah ini. Maklumat ini apabila telah diperolehi kelak akan digunakan bagi merangka pelan cadangan intervensi penambaikan sistem sedia ada di peringkat kerajaan dan perundangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top