Drp ust Faizol Darusyifa Melaka
untuk para guru مربى
WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma’siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.
WASIAT KEDUA terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
WASIAT KETIGA tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
WASIAT KEEMPAT ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.
WASIAT KELIMA baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do’a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.
WASIAT KEENAM setiap mata pelajaran boleh dihubung-kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
WASIAT KETUJUH setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
WASIAT KELAPAN berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do’a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.
WASIAT KESEMBLAN di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
WASIAT KESEBELAS ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buat mu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti.
WASIAT KEDUA BELAS pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.
WASIAT KETIGA BELAS sesungguhnya Allah perintah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.
TERIMA KASEH para guru, kerana respon baik yang diberikan.
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍