PELIK tapi BENAR 😅😅😅
Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat
Goreng keropok lekor
tetamu datang ziarah
duit nombor ekor
pergi buat umrah
Ramai tepi jalan
orang minta sedekah
perut lapan bulan
baru akad nikah
Pergi kedai barang
beli serbuk kari
bos sangat garang
tapi takut isteri
Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
dapat anugerah cemerlang
tapi tak buat kerja
Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima
sampai rumah pukul tiga
Tengah malam gelemat
urut tangan berkedut
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut
Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
sudah jelas hukum haram
ketegar nak buat juga
Guni sangat berat
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat
suami seluar pendek
Susunan
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar
Jabatan Agama Islam Kedah