Rahsia Ruang dan Masa Penciptaan

Perbincangan hangat mengenai suatu pemahaman tentang konsep “ruang” telah menjadi perhatian kepada ramai ahli-ahli falsafah dan para cendekiawan sepanjang pengkajian sejarah manusia.

Namun istilah ini digunakan dengan istilah yang berbeza-beza di dalam pelbagai bidang pengkajian, seperti pengkajian bidang falsafah, matematik, astronomi dan psikologi sehinggalah sukar untuk mereka memberikan suatu makna sejagat supaya jelas dan sekata, malah ianya sangatlah berkontroversi dengan tanpa memandang kepada satu maksud dan fahaman yg sesuai.

Terdapat pula percanggahan tentang, adakah “ruang” itu sendiri dapat diukur atau merupakan sebahagian sistem pengukuran semata. Ilmu sendiri menganggap bahawa ruang itu adalah roh dan suatu tenaga serta suatu “kesatuan asas” iaitu kesatuan yang tidak dapat ditakrif oleh suatu kesatuan asas yang lain.

Dengan kata lain bahawa erti kata “ruang” itu bersifat ROH, akan tetapi ianya sangat relatif dengan sebarang kehidupan manusia dan segala makhluk di alam maya ini. Pengertian ruang inilah adalah unik dan sangatlah halus pemahamannya, ianya bolehlah ditafsirkan dengan suatu kontinum tunggal (perkara yang berterusan/kekal abadi) sekiranya digabung di antara falsafah “ruang dan masa”.

Pendapat mengenai “ruang dan masa” juga amatlah berbeza-beza pandangan daripada pakar-pakar fizik, khususnya pandangan realisma Sir Isaac Newton sendiri. Beliau mengatakan bahawa masa itu adalah linear dan hanya sebahagian dari struktur asas alam semesta, satu matra (suatu yang tidak wujud) berlakunya peristiwa di dalam rangkaian dan masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur. Pendapat ini sungguh-sungguh bertentangan dengan fitrah hukum asas pertimbangan sunnah.

Nota – ruangan atau roh masa disifatkan sebagai “pertempohan masa” iaitu dikaitkan dengan waktu masa, iaitu “selepas”, “sedang berlaku” dan “masa hadapan”.

Perumpamaan ini ialah seolah-olah masa itu adalah sebahagian daripada “struktur intelek asas” (bersama-sama dengan ruang waktunya dan kiraan nombor masanya) yang juga kita boleh rangkaikan dengan peristiwa dalamannya, kuantiti tempoh peristiwa tersebut dan hentian masa kita serta dibandingkan dengan satu gerakan jasad.

Hakikat sebenar kepada ROH masa, sebenarnya langsung tidak merujuk kepada sebarang jisim atau entiti yang menyebabkan ianya “mengalir daripada” ataupun sebagai jasad “bergerak melalui” atau dengan suatu “yang membawa” kepada ke sesuatu peristiwa, samada yang boleh dilihat maupun tidak. Inilah rahsia di sebalik rahsia serta kejadian Maha Pencipta yang di katakan “RUANG DAN MASA” itu ialah, ianya tidak dapat disentuh, bau, rasa serta dilihat. Pandangan sebegini juga adalah tradisi atau pendapat kepada Gottfried Leibniz dan juga Immanuel Kant.

Adakah “ruang masa” atau “masa” itu menjadi sebagai suatu benda atau objektif yang hanya untuk diukur semata? Ataupun ianya hanyalah sebahagian dari sistem ukuran alam minda kita? Persoalannya, mungkin akan lebih mudah diperkatakan bahawa, ruang dan masa itu tiada asas yang berpusat serta nohktahnya, ataupun adakah masa itu “suatu benda atau jisim ataupun bahantara sebenar” yang berada “di sekeliling kita”, ataupun juga sekadar hanya untuk disebut-sebut tentangnya dan juga hanya untuk diukur sahaja peristiwanya?

Falsafah dalam fizik menganggapkan bahawa masa dan ruang itu adalah sangat ASAS. Contohnya, mereka bersependapat bahawa ruang dan masa itu tidaklah boleh ditakrifkan kepada apa-apa dengan istilah yang lain. Oleh yang demikian hanya masa yang tidak bersifat ROH sahaja akan disukat, ditakrif ataupun diukur melalui unit-unit tertentu. Peristiwa-peristiwa yang bertempoh dan juga gerakan-gerakan bertempoh telah lama dan sedia ada diukur mengikut piawaian unit masa.

Sebagai contoh, piawaian dan unit masa diukur gerakannya adalah, pusingan serta kelajuan matahari, kiraan waktu harian, kajian fasa bulan, ayunan-ayunan bandul, degupan saat dan minit jantung dan penukaran di dalam susunan atom Cessium serta pelbagai lagi.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa, fahaman materialisme menjadi begitu masyhur khususnya pada lingkungan abad yang ke-19.

Salah satu fahaman materialisme dialetik (fahaman berlandaskan suatu perbincangan dan pendebatan) yang dibawakan oleh fahaman Karl Marx yang menganggap bahawa jirim atau benda wujud sejak azali lagi serta akan terus wujud dan kekal selamanya dan kewujudannya adalah mutlak serta menafikan adanya kewujudan yang selain darinya. Salah satu kajiannya ialah berkisarkan “alam semesta statik” (static universe) yang dihasilkan bagi menjawab persoalan “bagaimanakah alam semesta ini diciptakan”.

Alam semesta diterimanya sebagai satu himpunan kebendaan yang stabil, ianya tetap dan tidak berubah dan fahaman ini juga mempropagandakan bahawa alam semesta seperti ini langsung tidak memerlukan semua makhluk atau manusia untuk mempercayai kepada adanya “Suatu Pencipta”.

Kenyataan ini amatlah bertentangan sekali dengan penyusunan kejadian alam yang maha tersusun dan sangat rapi, fiman Allah;

“Dan Kami menghamparkan bumi dan Kami pancangkan gunung-gunung dan juga Kami tumbuhkan di bumi segala macam tumbuhan dengan ukuran tertentu.”
(Surah Al Hijr 15: 19)

Seorang ahli fizik, Roger Penrose, telah melakukan kajian secara mendalam dan menyatakan bahwa tegaknya dan asal usul alam semesta ini bukanlah hanya secara kebetulan serta kejadiannya sudah pasti mempunyai tujuan.

Kesimpulan muktamad yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan kejadian alam semesta, bersama jirim atau apa-apa benda dan dimensi masanya telah terwujud pada suatu ketika ynag tidak bermasa dengan satu letupan besar (Big Bang).

Jirim ataupun apa-apa benda, tenaga, masa wujud dari “keadaan ketiadaan menjadi ada” di mana tiada suatu apa pun material, jirim, tenaga mahupun “masa” wujud sebelum itu. Kejadian ini boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersifat metafizikal. Namun, hakikat hebat ini yang ditemui oleh fizik moden hanya pada penghujung abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Quran 14 abad yang lalu;

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi”.
(Surah Al-An’aam; 101)

Sudah pastinya tidak dapat disangkal lagi bahawa, terlalu banyak bukti-bukti penting semasa berlakunya “Big Bang” iaitu jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Berdasarkan kajian dan pengiraan terbaru, ianya dapat difahami yang pemusatan hidrogen-helium di alam semesta sama dengan pengiraan secara teori pemusatan hidrogen-helium yang masih tertinggal selepas berlakunya Big Bang.

Allah SWT yang mencipta masa. Roh masa adalah rahsia penciptaan. Rahsia segala penciptaan dikuasai oleh masa. Maha Penciptaan tidak dikuasai oleh masa.

Ini terbukti menunjukkan bahawa setiap roh masa sebenar telah pun berada di dalam setiap diri manusia iaitu segala ketetapan dan ketentuan ataupun takdir yang dikurniakan. Setiap kejadian Allah SWT di dalam alam maya ini semuanya mempunyai keseimbangannya, malah setiap zat dan zarah sebarang kejadian semuanya mulia dan sempurna serta segala yang diabadikan di alam maya ini memberikan manfaat kepada semua makhluk kejadian Allah.

Manusialah yang mencorak serta mentadbirkan segala kejadian dan kurnian Maha Pencipta. Begitu jugalah dengan segala permasalahan baik tekanan maupun penyakit, ianya boleh dirawat dan sembuh dengan kadar segera atau sebaliknya, bergantunglah kepada penyerahan (tawakal, doa dan usaha) manusia yang menghidapinya. Kesimpulannya segala apapun bentuk sebarang permasalahan semestinyalah dikembalikan (dirujuk) kepada Hukum Asas Pertimbangan Sunnah.

Sumber: Anynomous

Scroll to Top