Minda Lestari 2: Perkongsian Gaya Hidup Positif, Aktif dan Lestari

Berdasarkan pemerhatian awal dan beberapa siri pertemuan bersama beberapa unit/PTJ yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan pendidikan dan penyelidikan, pihak UTM CS masih mendapati beberapa budaya lama yang dipraktikkan oleh warga kampus. Persekitaran warga kampus yang seharusnya ceria dan menghasilkan budaya kreatif merupakan salah satu elemen (tiang utama) dalam pembentukan budaya yang positif, aktif dan lestari

1. Budaya “Malu” Membawa Bekal

Adalah diperhatikan budaya “tapau”, “bekal” dan “tupperware” yang sering dipraktikkan sekitar tahun 80-an dan 90-an telah mula dilupai. Budaya menyediakan kelengkapan asas seperti “sandwich”, sayuran, buah-buahan dan makanan-makanan sihat juga semakin terhakis dalam konsep membawa bekal samada ke pejabat, sekolah ataupun tempat-tempat umum yang lain. Mungkin kita terlalu sibuk dan sukar untuk melaksanakannya di rumah! Terdapat pelbagai rekabentuk dan corak yang ada di pasaran yang boleh digunakan sebagai asas untuk menggayakan penampilan membawa bekal, terutama bekas minuman air suam yang seharusnya dipraktikkan oleh warga kampus sebagai suatu tren terkini “Kempen Minum Air Suam”. Keperluan manusia yang kekal aktif dan sihat merupakan elemen terpenting dalam membudayakan pakej membawa bekal makanan/minuman ke kuliah dan tempat kerja. Penerapan budaya ini boleh dilaksanakan disebabkan 3 faktor utama, iaitu kos sarahidup yang meningkat, meningkatkan kempen kebersihan dan kesihatan, serta dapat mengurangkan pergantungan kepada bekas polisterina yang membahayakan

2. Konsep “Think Small, Big Impact”

Kebanyakan daripada warga kampus mengutamakan pelbagai inisiatif yang terlalu “gigantic” iaitu konsep berlebih-lebihan dalam melaksanakan sesuatu inisiatif yang kemungkinan bakal memberikan tekanan yang hebat kepada staf bawahan. Pengenalan kepada “Think Small, Big Impact” adalah merupakan elemen kesukarelawan yang boleh digabungkan dengan elemen pendidikan, penyelidikan dan sumbangan kepada masyarakat. Mentaliti menilai sesuatu aspek dengan menggabungkan sumber dan pemegang taruh dalam satu perkara merupakan konsep utama dalam melaksanakan gaya hidup yang positif ini. Menjadi kewajipan setiap golongan pentadbir, pelaksana dan pengguna terhadap sebarang pakej-pakej konsep ini, menilai dan mengagihkan semula keperluan sumber mengikut semangat “Love UTM” yang boleh diterjemahkan bukan menerusi program atau aktiviti sementara. Tetapi, mempunyai kekuatan untuk di lestarikan sebagai suatu budaya toleransi dan mengamalkan tindakan kekal aktif di setiap peringkat. Ini adalah UTM, keunikan UTM terletak kepada tindakan unik yang melaksanakan konsep ini.

3. Kempen Lestari Hanyalah Gimik!

Satu lagi masalah dalam penerapan budaya lestari termasuk langkah penjimatan, penghayatan budaya kampus rendah karbon, perlaksanaan pengasingan sisa dan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan mengalami sedikit kemerosotan daripada aspek perlaksanaan. Ini adalah memandangkan bahawa kempen dan kesedaran mengenai isu lestari ini seharusnya tidak digerakkan oleh individu ataupun unit tertentu, tetapi melibatkan pelbagai segmen, wadah dan mana-mana unit yang komited terhadap isu lestari. Menerusi siri jelajah yang dilaksanakan oleh pihak UTM CS terdapat beberapa unit yang aktif melaksanakan beberapa inisiatif, seperti “Urban Farming“, Dapur Lestari, “Fork-to-Farm” dan pelbagai lagi tanpa pengetahuan warga kampus secara umum. Menerusi cadangan “Sembang Lestari” yang akan dikolaborasi bersama PSZ sedikit masa nanti, akan berlaku sedikit transformasi terutama melibatkan promo, hebahan dan perlaksanaan yang bukan gimik semata-mata. Kempen lestari utk UTM adalah merupakan konsep asas dalam penerapan kesemua elemen pendidikan, kerohanian dan meneruskan budaya positif, aktif dan lestari.

UTM Campus Sustainability (UTMCS)
Office of Deputy Vice Chancellor (Development)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, JOHOR, Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top