Kunjungan dari bekas pelajar – Sdri. Azne Hazira bt. Sukor

Hari ini seorang bekas pelajar PSM saya, Sdri. Azne Hazira bt Sukor telah datang ke UTM Johor Bahru di atas urusan pengesahan dokumen dan mengambil kesempatan untuk menziarahi saya. Beliau sekarang bekerja di Perunding Ukur DC di Subang dan sebelum itu berkhidmat di Geoinfo Services, Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas sahaja tamat pengajian di dalam program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik).

Pada sesi pengajian 2018/2019 beliau telah berjaya menyiapkan sebuah thesis Projek Sarjana Muda bertajuk “Determination of Potential Water Pipeline Bursting using Stochastic Approach in Geographical Information System”. Di dalam projek PSM tersebut beliau telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Harta Bina (PHB) bagi membekalkan data awalan dan Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan bagi khidmat nasihat tentang proses pengagihan bekalan paip air di kawasan UTM.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.

1 thought on “Kunjungan dari bekas pelajar – Sdri. Azne Hazira bt. Sukor”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top