Hitungan Penentuan Awal Bulan Hijriah dan 1 Syawal 1443H

Salam, bermula awal bulan Muharram 1443H/2021M, negara-negara MABIMS telah menggunakan kriteria yg baru bagi kebolehnampakan hilal (imkanurrukyah) berkaitan dengan penetapan awal bulan Hijriah, iaitu tinggi bulan tidak kurang 3° dan jarak lengkung tidak kurang 6.4°, dan tidak lagi menggunakan nilai-nilai 2° dan 3° atau umur bulan 8jam.

Bagi kebolehnampakan anak bulan Syawal tahun ini, ianya agak menarik (sehinggakan telah menimbulkan pelbagai polemik dikalangan masyarakat) disebabkan data falak menunjukkan nilai jarak lengkungnya sangat hampir dengan kriteria minimum. Berdasarkan kiraan falak untuk 1 Mei 2022, iaitu hari ke-29 Ramadan (hari melihat anak bulan Syawal), tinggi bulan di Tg Cincin, Langkawi (stesen rujukan paling barat) ialah 5° 15′ dan jarak lengkung ialah 6° 2′. Ini bermakna bahawa sifat bulan mengikut hisab pada 1 Mei 2022 tidak memenuhi kriteria baru dan mustahil untuk dilihat.

Oleh itu, insya Allah Hari Raya Aidil Fitri dijangka jatuh pada hari Selasa 3 Mei 2022. Walaubagaimanapun, oleh kerana Malaysia menggunakan kaedah rukyah dan hisab didalam penetapan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, tarikh sebenar Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M bagi Malaysia akan diumumkan setelah menerima hasil pelaporan resmi kenampakan anak bulan dari 29 tapak cerapan anak bulan seluruh Malaysia. Pengumuman tarikh sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M bagi Malaysia akan dibuat melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Wallahualam

Dato’ Dr Azhari Mohamed
Mantan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top