Anjung Kasih for All: Percuma Kepada Yang Memerlukan

Anjung Kasih for All telah memulakan operasinya pada 30 Mac 2023 di Anjung Wawasan, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (bersebelahan parkir TNC/bersebelahan lif). Program ini merupakan satu inisiatif di bawah Jabatan Pendaftar dengan kerjasama wakil-wakil persatuan di UTM untuk membantu staf dan pelajar yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Selain bantuan makanan, bantuan pakaian juga disediakan, termasuklah pakaian tradisional seperti Baju Kurung, Baju Melayu, Blouse, dan Samping. Mereka yang memerlukan dijemput untuk mengambil pakaian tersebut di Anjung Wawasan pada waktu yang telah ditetapkan.

Kami berharap agar anda dapat membantu menyebarkan maklumat ini kepada golongan yang memerlukan supaya dapat membantu sesama kita. Dengan sumbangan ini, kami berharap dapat menceriakan golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan sempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia seperti berikut:

  1. Puan Hazila binti Rahmat (hazila@utm.my/07-5530773)
  2. Puan Azlyna binti Yunus (azlyna@utm.my/07-5530420)
  3. Puan Nurul Natasha binti Mat Jusoh (nurul.natasha@utm.my/07-5530431)
Scroll to Top