Kapal HMS Malaya.
Pada tahun 1912, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif untuk “menghadiahkan” British sebuah kapal perang kelas pertama yang merupakan yang paling canggih pada masanya, di atas cadangan Sultan Perak Sultan Idris. Dana sebanyak £2,945,709 (bersamaan dengan $25,000,000 pada zaman tersebut) telah diperuntukan untuk pembinaan kapal ini. HMS Malaya kemudiannya memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Pertama.
Namun demikian, kapal ini juga mempunyai sejarah kontroversial dalam hubungannya dengan kejatuhan Umat Islam. Pada tahun 1922, HMS Malaya digunakan untuk membawa Sultan Mehmed VI, Khalifah terakhir Empayar Uthmaniah, ke Malta sebagai tindakan pembuangan. Pada tahun 1936, kapal ini dihantar ke Palestin untuk menundukkan penentangan rakyat Palestin dalam konteks British yang sedang berusaha menubuhkan negara Israel.
Pada 12 April 1948, HMS Malaya ditamatkan perkhidmatannya dan akhirnya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane, Scotland. Namun, locengnya dijadikan sebagai hadiah kepada Sekolah Victoria Institution dan kini ditempatkan di dalam Muzium Angkatan Tentera.
Sumber: The Patriot