Biasanya…
Kau yang kena kejar supervisor.
Hantar mesej — tunggu balasan.
Tanya soalan — tak semua dijawab.
Tapi…
Bila satu hari,
Supervisor kau pula yang cari kau…
Itu lain.
Serius lain.
Tengah scroll TikTok,
Tiba-tiba bunyi ting! masuk WhatsApp.
Lepas tu, ding! pula di email.
Dua tempat. Satu mesej:
“Assalamualaikum… awak ada di mana ya?
Chapter 3 masih belum saya terima.”
Kau terdiam.
Jantung macam drop sekejap.
Tangan pegang fon, tapi kepala dah terbang ke folder lama dalam laptop.
Folder thesis…
Yang kau dah lupa rupa ikon dia.
Kau buka.
Klik fail .docx —
Last edit… 3 minggu lepas.
Kau baca,
Taip satu dua ayat…
Padam balik.
Minum air kosong.
Buka YouTube.
Scroll IG Reels dan TikTok,
Tengok luar tingkap,
Macam ada inspirasi tersangkut kat langit.
Tapi kawan…
Dengar sini baik-baik:
Bila supervisor cari kau —
Itu bukan sebab dia marah.
Itu sebab dia masih ambil tahu.
Masih harap kau berjaya.
Masih nak kau siapkan.
Ada supervisor yang dah letih tegur.
Dah putus harap.
Diam.
Dan ada pelajar…
Yang terus senyap.
Hilang —
Macam layer dalam GIS,
Yang tak lagi visible.
Jadi kalau kau ditanya…
Kalau ada mesej yang masuk tengah malam…
Jangan lari.
Muncul.
Balas.
Tunjuk usaha.
Sikit pun tak apa.
Kadang kita malu nak tunjuk muka…
Tapi lebih malu…
Kalau tesis tu kekal jadi draf sampai tahun depan.
Jadi… buka fail tu semula.
Tulis.
Walau perlahan.
Sebab langkah pertama…
Selalu paling susah.
Dan jangan lupa,
Supervisor cari kau…
Bukan nak hukum.
Tapi nak bantu.
Sebelum semuanya betul-betul… terlambat.