PEMAKLUMAN URUSAN AKADEMIK – PERKEMBANGAN SEMASA BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19
Merujuk kepada perkembangan semasa dan maklumat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut mengambil langkah-langkah pengawasan wabak COVID-19 sejak ianya dikesan bagi memastikan UTM bebas daripada wabak tersebut. Sehubungan itu, pihak Pengurusan Universiti telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 10/2020 bertarikh 29 Februari 2020 menasihatkan staf dan pelajar (termasuk UTM Mobility (outbound)) untuk menangguhkan perjalanan ke China dan negara-negara yang tersenarai oleh pihak KKM iaitu Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali. Bagi pelajar kanan, permohonan penangguhan pengajian yang disebabkan oleh COVID-19 diputuskan juga sebagai tidak termasuk dalam kiraan semester pengajian. Keputusan ini terpakai sehingga keadaan kembali normal […]
PEMAKLUMAN URUSAN AKADEMIK – PERKEMBANGAN SEMASA BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19 Read More »