PEMAKLUMAN URUSAN AKADEMIK – PERKEMBANGAN SEMASA BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19

Merujuk kepada perkembangan semasa dan maklumat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut mengambil langkah-langkah pengawasan wabak COVID-19 sejak ianya dikesan bagi memastikan UTM bebas daripada wabak tersebut.

Sehubungan itu, pihak Pengurusan Universiti telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran Bil 10/2020 bertarikh 29 Februari 2020 menasihatkan staf dan pelajar (termasuk UTM Mobility (outbound)) untuk menangguhkan perjalanan ke China dan negara-negara yang tersenarai oleh pihak KKM iaitu Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali. Bagi pelajar kanan, permohonan penangguhan pengajian yang disebabkan oleh COVID-19 diputuskan juga sebagai tidak termasuk dalam kiraan semester pengajian.  Keputusan ini terpakai sehingga keadaan kembali normal berdasarkan pengesahan pihak KKM.

Pihak Universiti juga sedia maklum terdapat pelajar antarabangsa baharu yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian dari negara-negara yang tersenarai. Bakal pelajar (termasuk UTM Mobility (inbound)) yang belum tiba di Malaysia adalah dinasihatkan supaya menangguhkan pendaftaran masing-masing.

Semua pihak yang terlibat adalah diminta mengambil maklum dan tindakan mengenainya.

Sekian, terima kasih

Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top