
Al-Kahfi Ayat 1 Tafsir

HEBAHAN PROGRAM SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2024 TERBUKA KEPADA ORANG AWAM
Tajuk Ceramah : Pengenalan kepada Ekosistem Data Intelligence
Penceramah : Ts Dr Suraya Yaacob
Tarikh : 25 Jun 2024
Masa : 11.00 pagi -12.00 tengah hari
Kaedah : Secara dalam talian (Cisco Webex)
Pautan : https://utm.webex.com/meet/suraya.yaacob
Salam jumaat penuh barakah.
Self Worth from Nouman Ali Khan.
https://www.youtube.com/watch?v=dYlT8Ora_S8
Worth listening to this – knowing Allah made us from dirt, ruh and balance. It helps to clarify between low self-esteem and arrogance.
Based on National Health Morbidity Survey 2017 (NHMS 2017) by the Health Ministry’s Institute for Public Health (IPH) 2017, high school students in Malaysia are at risk for mental health problems. The results from the studies show that 18.3% high schoolers are suffering from depression, 39.7% have anxiety and 9.6% dealing with stress.
This is a master project by Aizat Nuruddin. He is predicting Mental Illness among High School Students in Malaysia. Using Data from National Health and Morbidity Survey (NHMS 2012). Hopefully the symptoms and factors identified can help alarming the situation.
https://youtu.be/lnfeuFanmmo
Dr Nilam Nur Sjarif adalah merupakan koordinator bagi semua projek master (MANB, MANQ, MANA, MANS) di Jabatan Informatik Termaju. Ini adalah jawatan baru yang akan memastikan integriti dan keadilan dalam pengagihan beban setiap penyelia.
YBrs Prof Madya Dr Astuty Amrin dilantik menjadi dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak secara rasminya pada 17 Julai 2019. Berdasarkan pengalaman beliau di SPS dan akademik, dengan sokongan dua hero TDA dan TDPIPA yang gagah perkasa, insya Allah beliau menyampaikan rasa keyakinan dan besar hati untuk menerajui FTIR. Beliau adalah orang yang sangat rajin bekerja dan berintegriti. Itu adalah kekuatan utama beliau. Sekiranya beliau tidak tahu, beliau akan belajar. Sekiranya tahu beliau akan kongsi bersama orang lain.
Diantara harapan dan halatuju Razak.
Alhamdulillah, Jabatan Informatik Termaju jelas perpaduannya. Itu kekuatan utama. 54% daripada staf akademik berusia antara umur 40-49 tahun. Matang dan paling produktif membuat kerja akademik, mudah pula untuk succession planning. Kepakaran setiap ahli akademik hendaklah diambil kira daripada sarjanamuda, sarjana, phd dan seterusnya bidang penyelidikan semasa yang diceburi. Jumlah pelajar penyelidikan 129 orang dan 209 pelajar baru, dekan mengingatkan para akademik untuk menyelia pelajar dengan lebih berintegriti, supportive dan bertimbangrasa. Beberapa peringatan daripada Dekan ialah:
Dekan Do’s
1. Profesionalism & Disiplin – waktu kerja, cara berpakaian, peraturan mengguna kenderaan dan arahan bertukar bilik.
2. Etika & integriti – AP59, etika sosial, menjaga nama baik Fakulti dan UTM, kepakaran yang sebenar.
Dekan Dont’s
1. Penyebaran maklumat tidak benar.
Pagi ini, PM Dr Shahidan menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya masa. Pengajaran yang dipetik dalam surah al-asr (waktu asar yang sibuk dengan kerja) dan al-fajr (waktu subuh yang susah nak bangun).
Dalam surah al-Asr, Allah menerangkan bahawa sesungguhnya demi masa ramai orang yang kerugian – Innal insana la fi Husr. Justeru dalam kehidupan, banyak idioms tentang masa. Ada orang tak cukup masa, ada orang lebih masa, ada orang buang masa, ada orang curi masa, ada orang beri masa. Yang paling bahaya sekiranya masa kita berkait dengan masa orang lain. Contoh paling mudah ialah apabila kita tidak menepati masa dalam mesyuarat, orang terpaksa menunggu untuk mulakan perbincangan – itu namanya kita mencuri masa orang lain (Allahuakhbar baru perasan kita bukan sahaja merugikan masa sendiri tetapi sehingga mencuri masa orang lain). Yang paling bagus ialah kita beri masa – beri masa dengan mendengar masalah orang lain, beri masa kepada masjid dan surau, beri masa untuk membantu orang lain.
Dalam kita cuba menghargai masa – ingat untuk Watawa saubil haq – Berdakwah dengan kecil-kecilan – anak-anak dan suami. Juga jangan lupa Watawa saubis sob – penuh dengan kesabaran