Archives for January 20, 2020

Resepi Bingsu Sedap Tanpa Guna Mesin Pengisar Ais

Bahan-bahan

Bahan-bahan
1-Susu cair(Nak rasa seperti bingsu di Sawasdee Sungai Kolok wajib guna susu cair brand Carnation)
2-susu segar(tak kisah brand apa)
3-almond flakes
4-buah-buahan.Suka hati korang nak guna buah apa.(saya guna honeydew,rockmelon,tembikai,laici,buah naga)
5-hershey’s syrup(tak nak letak pon tak pe)
6-whipping cream(nak letak susu manis pon boleh)
7-Melon baller untuk effect buah jadi bulat.

Cara-caranya


1-Masukkan susu manis setengah tin,susu cair setengah tin dan masukkan tiga cawan air,(kalau suka berlemak,lebihkan susu cair)kalau korang tak suka manis boleh kurangkan susu manis.
2-Masukkan kedalam plastik dan bekukan ke dalam fridge(Saya bekukan semalaman)So kalau plan nak makan esok,malam ni dah boleh sediakan bahan untuk dibekukan.
3-Setelah susu dibekukan,keluarkan dan masukkan dalam food processor/pengisar untuk parut.(Saya just hancurkan dengan sudu je).
4-Masukkan susu yang dihancurkan ke dalam mangkuk,susun buah-buahan,tabur almond flakes dan hersheys syrup.Siappp!
*Bingsu mudah cair so pastikan buah-buahan disediakan terlebih dahulu.Dah siap cepat-cepat makan.Urmm dapnyaa

Lain Dari Yang Lain, Ini Resepi Cucur Udang Mi Segera Boleh Anda Cuba

Bahan-bahan dan cara membuat

First dh tentulah kena ada maggi kan. Yang ni memang wajib ada kalau takde memang kena bagi ada jgk. P kedai beli kaih. Saya guna 2 bungkus maggi perisa ayam. Ni untuk yang nak buat makan sikit-sikit je kalau agak-agak nak makan beramai-ramai gandakanlah jumlah dia ye.

Macam biasa. Celurkan dulu maggi tadi kemudian toskan. Dah siap letak tepi dulu. Jom tengok bahan lain pulak.


Ini antara bahan-bahan yang lain. Sama jugak macam kita nak buat cucur udang biasa jerr. Untuk saya bahan ni jer yang ada dekat rumah. So guna yang ni jelah . Ada udang, daun kucai, daun sup, bawang besar, taugeh dan juga cili merah. Potonglah ikut suka macam mana pun janji potong. Macam hampa kalau nak guna bahan macam saya jugak pun boleh tapi kalau ada nak tambah apa-apa lagi terpulang lah.

Okay dah siap potong bahan-bahan tadi. Kita biarkan tepi dulu. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum. Saya guna 2 cawan saja kalau nk banyak gandakan saja. Cara bancuh sama ja. Bancuh macam kita nak buat cucur yang selalu kita buat tu okay.

Tambah sayur-sayuran dan lauk


Dah siap bancuh tepung tadi. Boleh la masukkan bahan-bahan yang telah siap kita potong awal-awal tadi tu.


Gaul rata sampai sebati macam ni okey. Ha masa yang ditunggu-tunggu. Dah siap gaul semua bahan barulah kita masukkan maggi yang telah siap dicelur tadi. Macam dalam gambar tu ye.


Dah siap gaul maggi bersama tepung dan bahan-bahan lain tu masukkan pulak serbuk perencah ayam maggi tu. Ini lah yang buatkan cucur kita rasa sedap sikit. Lain dari yg lain. Saya masukkan 2 bungkus terus. Kalau rasa kurang apa-apa boleh la nak tambahkan garam ataupun aji sikit. Semua ni terpulang pada hampa nahh. Kalau saya 2 bungkus serbuk perencah ni dah cukup takyah nak tambah-tambah rasa dah.


Gaul lah lagi sampai sebati, mesra semua bahan. Sampai jadi mcm ni. Lepas ni boleh la goreng. Huishh tak sabarnya.

Tips nak garingkan cucur


** Oh ya ada 1 tips yg saya nak kongsi dgn semua. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin jugak yang tak tahu kan huhu. Mak saya cakap kalau sebelum nak goreng tu. Ambil sesudu minyak dalam kuali yang kita tengah panaskan untuk menggoreng cucur ni. Dia akan buatkan cucur kita jadi lebih garing dan sdap. Minyak yang telah panas tau. Tengok macam dalam gambar tu ye.


Ni rupa dia. Masa kita tuang dari sudu tu dia akan bunyi macam masak sikit sebab minyak panas kan. Gaulkan semula bagi sebati.


Minyak pun dah panas. Goreng la macam biasa. Bentuk terpulang lah nak kecik, besar, tebal ke nipis ikut hampa la. Haipp jangan tengok dekat kuali tu ekk. Kuali ni legend tau. Warisi 3 keturunan ni.

Dah siap!


Taraaaaa. Siap dah cucur udang maggi saya. Boleh la dihidangkan dengan sos cili dan jugak mayonis. Hampa nak makan dengan apa pun terpulang lah. Boleh je kan. Nyum nyum. Memang sedap dan garing sangat. Senang je kan nak buat. Boleh makan santai-santai bersama family. Siapa yang nak cuba buat lah. Yang nak share resepi ni pun boleh saya izinkan. Tak salah sama-sama berkongsi idea dan resepi kan. Sharing is caring..

Lupakan Soal Diet, Ini Resepi Lasagna Yang Mudah & Confirm Setiap Hari Nak Makan!

Bahan Sos Putih:-
– Mentega/marjerin
– Tepung gandum – 2 sudu
– Susu segar full cream – 1 liter
– Sos carbonara prego – 1 tin kecil

Cara masak sos putih:-
– Panaskan mentega/marjerin
– Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tidak berketul
– Masukkan susu full cream 1 liter sambil kacau agar tidak berketul-berketul.
–  Setelah agak mendidih, masukkan sos prego tadi.
– Kacau rata sehingga betul-betul masak dan mendidih.
– Perasakan dengan maggi cukup rasa sahaja.
– Tak perlu garam atau gula.

Cara lapiskan lasagna

Cara melapis lasagna
– Susun kepingan lasagna di dasar loyang besi/aluminium/bekas mesra oven.
– Tuang rata sos merah sehingga memenuhi semua ruang bekas dan menyaluti kepingan lasagna tadi. Lapis nipis sahaja.
– Lapis pula dengan sos putih di atas sos merah tadi. Lapis nipis sahaja.
– Kalau modal besar dan suka sangat keju, tabur atas sos putih tadi. Sedikit sahaja.
– Kemudian ulang pula lapis kepingan lasagna atas sos tadi.
– Dan ulang letak sos merah, sos putih, cheese.

Berapa lapis tu terpulang atas kita, suka banyak lapis, buatlah ulang-ulang sampai jadi tiga empat lapis. Dan pastikan lapisan last paling atas, letak sos putih tebal sedikit dan mozarella tabur sampai penuh dan banyak-banyak untuk nanti getah cheese tu berlapis-lapis dan banyak, baru sedap.

Bakar pada suhu 200’c. 45 minit atau sehingga keju atas nampak garing dan mencair sepenuhnya.

Selamat mencuba.

Sedap & Mudah! Ini Resepi Tauhu Berlauk Confirm Ramai Suka!

Bahan-bahannya

Bahan kisar
– Tauhu biasa (4keping)
– Tauhu telur/egg tofu (2batang)
– Telur (2biji)
– Sedikit air (mama selalu sukat tadah air pakai tangan mcm nk amik wudhuk tu, 3kali tangan mama kecik)

Bahan A
– Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
– Bawang merah (hiris)
– Carrot (hiris)
– Daun bawang (hiris)
– Daun sup (hiris)
– Cili besar merah (hiris) *mama xletak sesuai untuk anak kecil nak makan
– Lada hitam (kisar)
– Lada putih (kisar)
– Garlic powder
– Bahan perasa
– Gula (sedikit sahaja)

Bahan celup
– Telur (pecahkan)

Cara-caranya

– Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
– Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecik2 (tengok contoh pada gambar)
– Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?
– Dah siap boleh kukus selama 20min
– Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
– Boleh frozen kan atau terus goreng
– Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna

Resepi sambal kicap power


– Cili padi
– Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
– Gula
– Kicap manis
(Tumbuk)

Resipi Bihun Sup Tulang Cabai Merah Padu Bak Hang, Confirm Tak Cukup Semangkuk!

Jika anda ke negeri di bahagian utara seperti Perlis atau Kedah, pastikan anda jangan lepas peluang untuk menikmati keenakan Bihun Sup Utara. Menu ini menjadi kegemaran rata-rata penduduk di Kedah mahupun Perlis ketika dalam cuaca sejuk dan di waktu malam.

Sebenarnya, menu ini senang saja untuk disediakan dan anda boleh menikmatinya bersama keluarga tercinta di rumah sahaja.

Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan bahan
Anda perlu sediakan 1 peket bihun dan 1 sudu kunyit. Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Bahan-bahan sup tulang

1 kilo tulang di campur sedikit daging, 2 batang serai ketuk. Kemudian halia lebih kurang 2 inci diketuk bersama 4 ulas bawang putih ditumbuk, 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk dan 1 batang kulit kayu manis.

Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar. Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar. Masukkan 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga, dimasukkan sedikit batang daun sup dan air secukupnya.

Masukkan semua bahan bahan didalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka. Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pon tak apa.

Bahan-bahan cabai merah

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar. Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk. Asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam, gula. Tumis bawang kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka. Garam dan gula. Boleh juga masukkan sesikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun adalah daun bawang, daun sup, lobak masin dan bawang goreng.

Resepi Nugget Ayam Homemade Bebas Bahan Pengawet, Senang Je Rupanya!

Langkah-langkah penyediaan

Nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam

1. Dada ayam 500gm
– buang kulit
– buang tulang kot2 la ada
– bersihkan

Potong kecil

2. Pastu potong kecil-kecil.

Cincang sehingga halus

3. Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni, sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot.

Roti sebagai agen pelekat

4. Agen pelekat
– roti putih 5 keping
– susu segar 1 gelas

5. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyak ya puan-puan.

Roti dibiar sehingga kembang

6. Pastu, tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang 

8. Pastu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat, ini lah masa kalau nk lepas geram kita tumbuk-tumbuk roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macamtu, sis tumbuk-tumbuk manja supaya roti terhibur dengan layanan sis.

Bahan perasa diperlukan

9. Inilah bahan perasa
– bawang putih 3 ulas : cincang
– bawang merah 1 biji : cincang
– serbuk lada putih : 1 sudu teh
– baking powder : 1 sudu teh
– garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
– oregano kering : 1/2 sudu teh
– thyme kering : 1/2 sudu teh

* Takyah buh bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto

 

10. Inilah dia  masa pertunjukan show timeeee. Campurkan semua sekali ayam + bancuhan roti + bahan perasa.

Gaul dan kukus hingga masak

11. Uli, gaul buat la apa cara pun asalkan hasilnya sebati.

12. Pastu amik loyang atau orang Kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus, sapukan minyak masak sikit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini. Ingat tau bubuh minyak masak.

13. Sediakan pengukus..
– kukus 25 – 30 minit.
– matikan api
– biarkan sejuk

Sejukkan dan potong kecil

14. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong. 

15. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke suka suka uolss la sis tak mahu nak susah-susah diri  sis potong macam kat dalam gambo tu je, senang!

Salut dengan bread crumb

16. Bahan salutan : ini versi krup-krup bukan yang tempura tu. Next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pulak ya. Insha-Allah.
– campuran tepung: tepung gandum 2 sudu makan + tepung beras 1 sudu makan
– telor ayam
– serbuk roti /bread crumb

17. Kacau telor, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur.

18. Pastu masukkan kat tepung pulak ya puan-puan. Sekali lagi kasi masuk itu ayam masuk ke dalam itu telor satu kali lagi.

Dah siap

Dah siap bolehlah digoreng sehingga keemasan. Sedia untuk dihidang!

Resipi Daging Bakar Danok Buka Selera, Pasti Buat Korang Terliur!

Bahan perapan daging

Bahan perapan daging adalah daging sekilo dipotong besar dengan ketebalan kira-kira 2 atau 3cm. 1 sudu sos ikan, kemudian 2 sudu sos tiram. Masukkan 2 atau 3 sudu Brown sugar (gula perang), sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak dan serbuk cukup rasa 1 atau 2 sudu.

Bahan sos

Penyediaan bahan sos pula ialah akar daun ketumbar, daun ketumbar, 1 sudu beras disangaikan dulu dan tumbuk, 1 atau 2 ulas bawang putih, 1 atau 2 sudu sos ikan (ikut tahap masin tekak masing-masing), perahan 2 biji limau nipis, 1 sudu brown sugar, 1/2 keping gula melaka (tumbuk kasi hancur campur air sikit), Chili flakes, 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dihiris nipis.

Cara-cara memasak

Cara-cara memasak ialah tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih smpai lumat, masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai, perahan limau nipis. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos), masukkan daun ketumbar yang dipotong. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah). Masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Tetapi kalau tawar boleh tambah garam sikit.

Bakar daging

Daging itu saya bakar guna pemanggang ajaib dalam masa 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang kluar dari perapan masing-masing ye. Dinasihatkan untuk masak dalam suhu api yang perlahan. Bagi memastikan daging cepat lembut bila nak masak, anda perlu perap semalaman dan hiris halia keping-keping dan perap sekali dengan daging.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Resepi Pancake Guna 6 Bahan Je, Confirm Lembut & Gebu Gebas Ala McD!

Sarapan nasi lemak, roti canai memang ‘layan’ habis, tapi kadang-kadang mesti teringin sarapan ala Western kan? Menu pancake seperti disediakan di McDonald’s menjadi pilihan ramai kerana kelembutan dan kegebuan pancakenya. Tapi sesekali, apa kata cuba buat sendiri di rumah pula, mengikut resepi dikongsikan seorang penggguna Twitter Amalina Mg.

Ikut langkah mudah

Apa yang lagi best, langkah-langkah untuk menyediakannya cukup mudah. Tidak rumit atau memakan masa lama untuk disediakan. Hanya perlu campurkan semua bahan dan pastikan tidak berketul, dah siap! Cuma pastikan sukatan setiap bahan mengikut apa yang dicadangkan.

Guna kuali non-stick, atau biasa pun boleh

Tips nak tahu pancake boleh diterbalikkan

 

Resepi Siakap Stim Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Versi Orang Bujang

Bahan-bahan ikan siakap stim pedas

Nak buat resipi ikan siakap stim Thai perlu menyediakan Bahan A seperti seekor ikan siakap, hirisan halia, daun ketumbar dihiris saiz sederhana, kiub pati ayam (jika perlu) dan 3 atau 4 biji jeruk asam boi. Tomato atau serai boleh dimasukkan juga jika mahu.

Kemudian, sapukan jeruk asam boi keseluruh permukaan kulit ikan tersebut bersama air jeruk sekali. Masukkan Bahan A ini ke dalam periuk kukus dengan api kecil. Kukus seketika selama kira-kira 20 hingga 30 minit.

Penyediaan kuah

Foto: Google

Jika anda pengemar makanan yang pedas, anda perlu masak kuahnya pula. Sediakan Bahan B seperti bawang putih yang telah dipotong kecil, cili hijau atau cili merah dihiris nipis, sos ikan (2 sudu kecil), gula (2 sudu sederhana), perahan limau atau lemon (ikut citarasa anda).

Kesemua Bahan B digorengkan ke dalam kuali sehingga naik bau dan sebati. Kemudiannya, curahkan Bahan B ke atas ikan siakap tadi.

Video penyediaan yang ringkas

Hidangan ini sesuai dinikmati bersama keluarga dan tetamu yang hadir ke rumah anda. Resipi ini juga sesuai untuk orang bujang tau sebab penyediaan resipi ini sangat mudah dan cepat! Buat siapa yang on diet, anda perlu cuba resipi Ikan Siakap Stim Pedas ini ye. Selamat mencuba!

 

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan:
4 biji telur
150gram gula halus
15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
500gram cream cheese
250gram whipping cream

Cara-cara:

1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.

2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.

4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Dah sejuk baru potong.