Archives for January 3, 2022

RESEPI KEK PANDAN LAYER

Bahan Kek :
150g tepung superfine
120g gula castor
5biji telur gred A
1sdt baking powder
1sdb ovallete
90ml susu cair
90ml minyak jagung
1sdt esen vanila
Sedikit paste pandan
Pewarna hijau

Cara2
1. Ayak tepung bersama baking powder.

2. Masukkan tepung, gula, ovallete dan telur ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Jangan overbeat nanti kek tak cantik.

3. Masukkan susu cair, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau… Pukul rata.

4. Kemudian masukkan minyak.. kaup balik dengan spatula jer.

5. Panaskan oven dulu ye.
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang 8/9 inci. Lapik loyang dengan baking paper.

6.Bakar suhu 150°c (oven saya) selama 50 min.

7.Dah masak.. keluarkan dari oven.. terus terbalikkan kek atas redai. Biarkan 5 min.. baru angkat loyang. Dan tebalikkan semula kek ikut asal. Biarkan sejuk.

Resepi Kastard Pandan

Bahan2
200 ml santan kara
800 ml air
200ml susu cair
100g tepung kastard
115g gula castor
1sdt garam
10g agar2 serbuk
Paste pandan
Pewarna hijau

1.Satukan semua bahan ke dalam periuk. Tepung tu ayak dulu ye. Kacau dengan api yang perlahan.. jangan kecik sangat pulak.. jenuh sampai pekat….
Sebelum masak kastard tu potong kek siap2 nak berapa lapis.. terpulang…. sediakan loyang juga… loyang yang buat kek tadi.. basuh siap2.

Cara melapis:
1.Renjis sikit loyang tu dengan air.. jangan guna air paip ye… Guna air masak ke, air cuckoo ke ok… Kalu kek potong 2 jer…

2.Bahagi kastard tu pada 3 bahagian. Agak2 jer. Mula 2 cedok kastard masuk dalam loyang…. ratakan…

3.Ambil sekeping kek.. letak atasnya.. kemudian Cedok lagi kastard boh atas kek…. Ratakan..terutama bahagian tepi..pastikan kastard masuk betul bahagian tepi loyang… Hentak sikit loyang tu.. supaya kastard rata.

4.Kemudian…amik lapisan kek yang kedua..letak atas kastard tu dan tutup balik dengan kastard yang akhir… ratakan… hentak loyang lagi….

5. Sejukkan dalam peti sekurang kurangnya 4 jam.

Cara nak keluarkan kek :
Kalau nampak kastard melekat kuat kat tepi loyang… lalukan sikit tepinya dengan hujung pisau… Tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang.. sikit jer masukkan hujung pisau.

Selamat mencuba

RESEPI AYAM MADU AIR FRYER

Bahan Perapan :
Bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Serbuk cili
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Brown sugar
Black Pepper/White Pepper (Ajisho)

Cara2 :
Gaul sebati dan perap sebentar. Renjis minyak sikit, bakar dalam air fryer dengan suhu 180°c selama 20 minit. (Terbalikkan pada minit ke 10). Selamat mencuba 

?
?
?

Credit : Nuryusra Ibrahim Kutty

Sotong Masak Lada

Sotong
Lada merah sbtg – dihiris
Bawang besar stgh – dihiris
Bawang putih 3 ulas – dihiris
8 tangkai cilipadi merah & hijau
Bawang besar stgh – dimayang
Lada hitam 1 sudu bsr – ditumbuk
Sos cili 2 sudu bsr
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Kiub bilis 1 kiub
Garam
Gula
Air

CaraMemasak

Panaskan minyak tumis bhn2 yg dihiris semua hingga layu…kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit, lada hitam, kiub bilis & sos cili…bubuh air sikit bg berkuah…perasakan dgn garam & gula…akhir sekali masukkan cilipadi & bawang besar yg dimayang…tutup api siap !!

Masak Asam

Ikan tenggiri (goi garam kunyit goreng bg garing)
Bawang putih (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili hidup (hiris)
Sedikit biji sawi
1ranting daun kari
Air asam jawa
Garam dan gula

Cara..
1. Tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup hgga naik bau..
2. Masukkan air ikut la nk bagi kuah byk mana..masukkan paste asam jawa biarkan mdidih..
3. Masukkan ikan yg digoreng tadi bsma garam dan gula..kacau rata…siap..

Kredit: Tuan Empunya Resepi

RESEPI SUP IKAN

ikan merah@sjnis ikan2 isi
Bwang merah dn putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Rempah sup (saya guna rempah sup mak siti)
Sup bunjut
Cabai melaka pecah2 kan ja

CARA2
pnaskn minyak tumis bawang merah,putih,yg ditumbuk tdi..msukkn rempah sup nd msukkn air..
Msukkn sup bunjut halia…msak smpai mndidih lpas tu msukkn ikan garam gula sikit cabai melaka…dh msak tabur daun bwang…
Siap…

?
?
?

Kredit Resepi : Noor Shuhada Idris

resepi jeruk pauh ( pelam telur)

50 bj buah pelam
3/4 cawan garam
3 cawan gula ..
4 cawan air

☘️

belah buah pelam buang biji.. masukkan ke dalam bekas.. boh garam ( garam kena cukup utk meranggupkan buah tadi).. boh air secukupnya sehingga aras buah pelam ( nnti bila dh semalaman tengok air tu klau byk buih tu tandanya x cukup garam ye tambh kn lg sikit).. biar dua mlm sehingga berubah warna.. jd kuning.. basuh bersih sejat…

☘️

masak 3 cawan gula bersama 4 cawan air… sehingga glegak.. gula hancur…. sejukkan… dah sejuk masukkan dlm buah pelam td… masukkan ke dlm peti ais biar dl semalam lg dlm air gula biar meresap baru sedap… rasa la ye klau x cukup manis tambah je gula.. lg lama jeruk lg sdp… nak boh cili ke x ikut suka

?
☘️

bytgkhuzanika

?
☘️

DAGING DENDENG.

DAGING SETENGAH KILO REBUS EMPUK
BAWANG MERAH 5BIJI
BAWANG PUTIH 4ULAS
HALIA
SERAI SEBATANG
LADA HIDUP 1BATANG
(BLEND SEMUA SEKALI)
CILI BOH
KICAP UNTUK PERAP DAGING AGAK-AGAK (SAYA PERAP SEMALAMAN)

1) DAGING YANG DAH REBUS EMPUK DIPERAP DENGAN KICAP PALING KURANG 1JAM DITUMBUK BAGI LEPER SIKIT DAN DIGORENG MANJA..
2) TUMIS BAHAN BLEND HINGGA KERING DAN MASUKKAN CILI BOH.
3) DAH KERING BAHAN TUMIS TADI MASUKKAN DAGING YANG DAH DIGORENG TU.
4) MASUKKAN LEBIHAN KICAP YANG PERAP DAGING TADI.
5) PERASAKAN DENGAN PERASA DAN GARAM SIKIT..JANGAN BANYAK SEBAB KICAP DAH MASIN..MASAKLAH SEHINGGA BETUL-BETUL KERING DENGAN API YANG SLOW..
BOLEH TAHAN BERBULAN DALAM PETI.
SIAP!!! SELAMAT MENCUBA YA..

CREDIT :WANI SULINAN

#GulaiKawahKelantan

1kg daging potong melintang ira nanti cepat empok. Basuh bersih toskan

1/2 kg santan
4 sudu rempah kari
3 sudu kerisik
5 biji kentang buang kulit potong
Sedikit air asam jawa
Nise atau gula melaka
Garam gula secukup rasa
Bahan utk menumis (A)
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1cm halia

Semua diatas dimayang atau potong

1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Utk dikisar atau blend (

?

2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar. Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging. Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih. Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap. Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Kredit :Azizah Daud

PAHA AYAM BAKAR Dan AIR ASAM KICAP

resepi PAHA AYAM BAKAR..simple ja

✅

PERENCAH TOMYAM 1 PEKET(ADABI)

✅

PERENCAH NASI GORENG 1 PEKET(ADABI)

✅

KUNYIT HIDUP (DITUMBUK)

✅

GARAM

?

PAHA AYAM tu sy rebus dlu ye bersama halia,bwg putih,serai..Lau korang xnak REBUS..nk gaul ayam terus ngan bhn2 di atas…tpulang

Gaulkn bhn2 yg bertanda 

✅

 di atas kat ayam…pastu bakar…mse bkr sapu/renjis2 minyak kit ye…slmt mencuba

Kredit: Aida Akashahfitri

salad

kobis purple (suku)

kobis bulat (suku)

cili benggala

tomato ceri

timun jepun

bawang holland

lada hitam biji (tumbuk)

garam

sos salad (boleh guna mayonis juga)

thousand island

cuka sedikit..

isi ayam (bahagian dada,ibu potong nipis2 lepas tu goreng dgn butter sikit..letak lada hitam & sedikit garam)

Campur semua sayur2 td..masukkan ayam curah2 sos,gaul bg rata..masuk lada hitam,garam dan cuka..gaul lagi..siap..!!semua ni ikut selera masing2 ye..suka sos lebih,letak bnyk2..suka sayur lebih,letak banyak2..selamat mencuba 

?

Kredit : empunya resepi