Archives for January 2022

Resepi Kek Marble Cheese

Bahan A

185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~ ( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)

Bahan B

250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).

kuih bakar kedut

☘️

resepi kuih bakar

☘️
☘️

1 cawan telur ( x kira brapa biji telur.. buh je brapa biji sampai cukup 1 cwn)
1cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan ( bersama air daun pandan.. agak2 la ya kepekatan santan yg kita nak)
sdikit garam
pewarna hijau epal
sdikit emulco pandan ( utk aroma yg sdp x buh pun x pe)..
( campur semua blend… tapis)
bijan d sangai utk tabur bila kuih bakar dh masak… ( blh je buh bila kuih dah 3/4 masak supaya x tenggelam bila masak)
bakar suhu180 … 30 minit @ ikut suhu avon masing2..

Kredit

☘️

bytgkhuzanika

☘️
☘️

Resepi Roti Jejari Cheese

A :
2 cawan air suam,
8 sudu besar gula,
4 sudu besar susu pekat manis,
6 sudu besar yis kering.
Bancuh semua bahan A, rehatkan sampai kembang.
Bahan B :
1 kg tepung high protein (500 gram tepung high protein dan 500 gm tepung Hong Kong),
¾ cawan mentega,
3 sudu besar susu tepung,
1 sudu besar bread improver,
1 sudu besar bun softener.
Ramas bahan B sampai sebati.
Bahan C :
3 biji kuning telur gred B atau A.
Bahan D :
Susu cair untuk sapu permukaan doh.
Gula halus/gula kasar (saya guna gula halus).
Cheddar cheese secukupnya (diparut).
Cara Membuat/Menguli :
Mula-mula satukan bahan A dan C.
Kemudian tuang bahan sedikit-sedikit ke dalam bahan B, gaul dan uli sampai licin dan elastik serta tidak melekat di tangan.
Sekiranya ingin dapatkan doh yg lembut, semasa menguli basahkan tangan dengan lebihan bahan A tadi dan uli. Buat sampai bahan A habis. Uli secara tarik hempas dan tarik hempas.
Bila doh sudah elastik, rehatkan doh selama 40 minit sampai doh kembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk doh yang sudah kembang tadi untuk keluarkan udara.
Bentukkan doh bulat memanjang seperti dalam gambar. Buat sampai habis. Pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.
Kemudian rehatkan lagi doh sampai kembang dua kali ganda.
Jika sudah kembang, sapu permukaan doh dengan susu cair. Tabur gula halus kemudian parutkan dengan cheese secukupnya. Kemudian taburkan lagi gula halus di atas permukaan cheese.
Panaskan oven dengan suhu 160°C.
Bakar roti jejari cheese selama lebih kurang 15-20 minit. Siap.

Kredit: Eiyjarn Aziean AnGah

Kek lapis walnut (Bakar)

bahan bahan
500g mentega
300g gula halus
10bijik telur
250g tepung gandum
100g aiskrim chocolate
100g aiskrim vanilla
50g sebuk chocolate
2 tea esen vanilla
100g walnut (disangai dan di tumbuk kasar)

Cara membuat
1 Dengan kelajuan tinggi, putar mentega dengan gula hingga kembang dan bertukar putih
2 pelahankan kelajuan mixer masukkan telur satu per satu naikkan kelajuan mixer putar hingga adunan kembang
3 pelahankan mixer masukkan tepung gandum yg telah diayak sedikit demi sedikit putar sekadar sebati matikan mixer kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk
4 timbang adunan bahagikan kepada 2 bahagian
Aduanan 1 : masukkan aiskrim chocolate, sebuk chocolate atau sebuk koko,
Masukkan walnut kacau rata
ADUNAN 2: masukkan aiskrim vanilla dan asen vanilla kacau rata
5 panaskan oven dgn suhu 170c api atas
sahaja.
6 Masukka adunan sharan 7 sudu
Ratakan hentak loyang bg meratakan adunan bakar sikitar 5 hingga 7 minit apabila adunan masak lapis lg dgn adunan chocolate bakar berlapis2 hingga adunan
chocolate abis
7 ratakan pula 7 sudu makan adunan vanilla. Bakar hingga adunan kental ulang langkah melapis ini hingga adunan habis

Kredit: Mohd Tamuddin

KEK RED VELVET CORNETTO

Bahan2 kek red v sponge

?

A
majerin di cair kan sukat 1 cawan

?

B
1 cawan susu segar
+1sb cuka masakan mak guna jalen atau hilal
+2sb pewarna merah serbuk(wajib kalau cecair colour red b xjd cantik)
+1 sk soda bikar bonat
satukan semua dan bia kan 5 mnt

dalam bowl lain

?

c
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2sk esen vanila
mix sampai kembang gebu

ayak dulu

?

D
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1/2 sb serbuk koko

ok dah kembang telur td slow kn mixer
masuk kan B kedalam C sampai habis ya
baru tambah A sket2 sampai habis
last masuk kan D sampai habis
siap.Kukus sq 450 10 mnt

topping nya mmg sedap mmg best
ganace
300g dark compound beryls
2sb majerin
2 cawan whipping dairy
masuk loyang dan masuk oven atau pengukus
whiskan dan tambah 3 sb nutella hazel kacau rata biakan 1 jam

500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 cawan 1/2 susu segar(tuang sikit2 ya sbb sebab cawan kita besar nye xsama)
blender sebati
tuang atas kek dan sejuk beku kan kek
keluakan tuang ganace lorek nutella dan tepi2 crumble dr lebihan kek red v itu sendiri

Credit: Azlina Ina Fans

Easy Portuguese Egg Tarts

Resepi (6 pcs):
* 3 biji telur (kuning telur sahaja)
* 100ml fresh milk
* 100ml whipping cream
* 60ml susu pekat
* 1 sk essence vanilla
* 2 keping paratha frozen
.
.

⚠️

bakar pada suhu 200c selama 30 minit (bergantung pada jenis oven)

?

 api atas bawah
.

⚠️

make sure nak guna paratha baru keluarkan dari peti ais. Paratha mudah lembik and susah nak gulung kalau keluarkan awal2
– Anisfarhanazul

Tart Nenas Bola Naga

1. Rahsia saya ialah minyak sapi insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza – tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair dimulut! Begitu juga dengan susu pekat – Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembabpan (Moist) kepada tart anda.
2. Tepung jagung dalam 20 gram dan tepung kastard dalam 20 g (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang.
3. Tart paling elok guna butter berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain.
4. Cara bakar juga amat penting : Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain.
5. Resepi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti InsyaAllah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. InsyaAllah.
6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.

Bahan²

?
?
?

Bahan bahan ( Boleh dapat 100 biji Tart )
250 gram butter
30 gram minyak sapi
40 g susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
450 gram tepung gandum
20 gram tepung kastard
20 gram tepung jagung
Untuk cara buat dan bakar, si;a lihat tutorial ini :
https://youtu.be/W2Eztn67U7E

Kredit : Mohd Fitri Khairudin

Kuih Bakar Jagung

Bahan-Bahan:-
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cawan santan pekat
 2 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telor
 secubit garam
1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Kek Brulee

resepi kek:- 1cwn gula
1cwn koko
1cwn fresh milk
1cwn susu pekat
1cwn minyak

Caranya : *satukan tengek atas api bgi larut je, tgu suam msuk 2 bijik telo yg dah dikocak cikit.
*sebatikan msuk tpong gandum 1 cwn, soda1/2sk, baking powder 1/2sk, garam cikit ayak msuk dlm adunan
*sebatikan kukus guna loyang spring foam or lobang bawah le nnti dah sejuk senang nak kuarkan klo letak plastik tepinya bekedut buruk
*kukus sampai msak

bruleenya:- 5 biji kuning telo 1 biji telo
2 cwn wiping cream
2 sb gula vanila garam cikit
*pukul telo kmbng msuk cream pukul jap je
*tuang atas kek plan2 adunan ni pekat tau
*pastu steam bath kan (dlm oven, air panas tau atas letak jaring letak adunan) api atas bawah 45 mnit
*pastu msuk peti beku jap bgi sejuk
*dah tu ltak choc cream

Coklat cream:- pukul wiping krim sampai kmbng msuk ising suger pukul btul2 kmbng, msuk emolco choc, bubuh atas brulee yg dah sejuk tu ratakan, tuang ganace

Ganace:- whiping krim cikit tengek atas api
bebuih ditepi msuk choc bar satu tapak tangan
patahkan satu dlm 200gm
potong dulu kekecik
dah hampir larut msuk butter 1/2sb
sebatikan, guna api kecik je ye
tgu sejuk tuang atas krim choc tadi.
Hias ikut suka then hidang
selamat mencuba

?
?

Kredit Resepi : Qaseh Qumaira

BUKO MANGGA

BAHAN-BAHAN:
Mangga lily
Cream cheese
Fresh milk
Sagu putih
Biji selasih
Agar-agar mangga
Gula
Susu pekat
Susu cair
Sunquick
Lemon
CARA PENYEDIAAN:
1) Setengah biji mangga masak, 3 cawan susu full cream, 3 cawan air masak, 3 sudu makan gula kasar, 150gram cream cheese (mengikut selera masing masing), perahan lemon, 1/2 cawan susu cair, 1/2 susu pekat. blend kesemua bahan tadi.
2) Masak sagu dan tapiskan kanji sebelum sejukkan
3) Rendam biji selasih sampai kembang
4) 8gram serbuk agar agar, blend buah mangga dan tapis serat untuk dapatkan original juice. 5 sudu makan gula kasar. 4 cawan air. 1 sudu besar sunquick mangga. 1 sudu besar sunquick oren. didihkan atas dapur sehingga pekat.
5) Potong dadu buah mangga
6) Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas. potongan dan presentation mengikut kreativiti tersendiri.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Fara Nazira