Archives for November 2023

𝗠𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦1 𝘉𝘜𝘓𝘈𝘕 , 1 𝘎𝘙𝘈𝘔

Nampak susah nak menyimpan hingga beratus gram emas, namun bila dah mula menyimpan, ia adalah sesuatu yang mudah.

Kita hanya perlu jadikan menyimpan emas sebagai satu tabiat. Kekal konsisten menyimpan 1 gram 1 bulan. Secara matematiknya, kita akan memiliki 12 gram pada setiap hujung tahun.

Namun ‘sifir emas’ ini berbeza, target 12 gram, akhirnya dapat kumpul 20 gram! Ini kerana emosi ‘ketagihan’ kita terhadap emas ini menyebabkan kita berusaha menambah simpanan emas kita. Asal ada duit, mesti nak tukar menjadi emas! Ia ketagihan yang amat baik.

𝗝𝗼𝗺 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀.

Ceramah ” Air Mata GAZA” PALESTIN Bangkit

Ceramah ” Air Mata GAZA” PALESTIN Bangkit yg disampaikan oleh :

Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff ( Pengurus MyCARE Negeri Johor). Program ini bersempena Minggu solidariti PALESTIN, anjuran JAPNI.

SIMPAN SEKARANG UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK ANDA

1. Jika anda seorang bapa/ibu, sudah tentu anda mahu anak anda mendapat pelajaran yang secukupnya. Jika boleh, anda mahu anak anda lulus universiti dan mendapat degree dalam bidang yang boleh menolong beliau membina kehidupan yang lebih baik.

2. Malangnya, kos membiayai pelajaran di kolej dan universiti adalah amat tinggi. Ianya masuk berpuluh2 ribu ringgit setahun. Dan kos ini hanya untuk belajar di dalam negeri. Jika anda mahu anak anda belajar di luar negara, maka kosnya akan melompat tiga atau empat kali ganda!

3. Satu lagi realitinya ialah pendapatan kebanyakan kita tidak boleh menampung kos pelajaran tersebut jika kita tidak menyimpan untuknya lebih awal. Tak ramai diantara kita yang boleh membelanjakan RM5,000 – RM10,000 sebulan untuk membiayai kos pelajaran anak kita!

4. Jadi jawapannya ialah kita perlu menyimpan untuk membiayai kos pelajaran ini secepat dan seawal mungkin.
Saya sendiri memilih emas kerana peningkatan emas lebih baik untuk tempoh jangkamasa panjang

Bila dah mula menabung akaun anak, aim 100gm buat setiap anak

#dinar
#emas999
#emasmurah
#tipsemas
#danapendidikan
#financialfreedom
#simpananemas
#tipsemas
#danahaji
#danaumrah
#koshaji
#ilmuemas
#Orodesign
#PlatformSimpananEmasTerbaik

simpanan emas jauh lebih baik drp simpanan tunai

” Orang yang berfikiran besar, bukan hanya berani memasang impian, tetapi berani bertindak dan mengambil risiko.. “

Simpan stok emas dari sekarang!
Bukan untuk berbangga-bangga,
“Aku kaya boleh beli emas”
“Aku kaya ada simpanan emas”,

Tidak…!

Sebab simpanan emas jauh lebih baik drp simpanan tunai

❤

1. Emas kalis inflasi- nilai tak jatuh spt RM √
2. mudah dicairkan- emas adalah tunai, boleh ditukar bila2 masa √
3. aset mudah alih – senang nak jual √
4. Kekayaan bertahan lama √
5. Boleh dijadikan modal pusingan √

1gram1bulan

6 Perkara basic perlu tahu

Sebelum sertai mana-mana pelaburan emas

1. Jangan beli emas kalau hanya dapat kertas

2. Jangan beli emas kalau janjikan hibah

3. Jangan join syarikat yang megenakan pelbagai cas kalau nak draw emas fizikal & tempoh untuk mendapatkannya memakan masa berbulan.

4.Jangan tertipu dengan tawaran / janjian stok penimbal yang bertan-bertan sedangkan fizikal ya tiada

5. Jangan serah semula emas kepada penjual untuk dapat keuntungan. (untung sebenar Buy Low, Sell High)

5. Beli emas kena dapat emas.

Jangan tak mulakan langsung simpan emas sebab anda bakal ketinggalan jauh kebelakang.

Banyak gram yang bakal tercicir.

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran 2023 (MAFC23).

Pada 15 November 2023, Fakulti Komputeran telah mengadakan Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran 2023 (MAFC23). Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada staf-staf sepanjang perkhidmatan mereka di Fakulti Komputeran. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah, semoga staf Fakulti Komputeran akan terus memberikan sumbangan & memberikan perkhidmatan yang baik secara berterusan.

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan.

Berapa banyak duit simpanan kita?
Apa yang kita buat dengan duit?
Berapa loan kita?
Berapa banyak rumah kita dah ada?

Semua itu boleh diketahui dengan mudah melalui rekod di dalam sistem kewangan negara.

*Cuma hanya ada satu jenis kekayaan yang dikeluarkan dari rekod kewangan iaitu, emas yang disimpan di tangan.*

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan.

Kenapa emas tiada dalam sistem kewangan?

Kita semua tahu bahawa menyimpan emas tak perlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan dari mana-mana authority.

Jadi, berapa banyak emas yang kita simpan, tiada dalam rekod pejabat tanah, rekod bank, dan dalam rekod percukaian.

Ini benar!

Tak ada siapa tahu.

Berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas melainkan kita sendiri yang bagitahu.

Maka, emas sesuai  dijadikan ‘talian hayat’ terakhir kita ketika menghadapi sebarang kesulitan.

Misalnya bankrap, keruntuhan sistem kewangan dunia dan kejatuhan nilai ringgit seperti sekarang.

Kelebihan simpan emas 1gm 1 bulan

Kelebihan simpan emas 1 gram 1 bulan , nampak kecil, tapi impaknya sangat besar, kenapa saya kata begitu ? kenapa ? tak apa biar saya jawab anda baca sahaja

😂

Kalau dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram 1 bulan ibarat kura2. Ia perlahan, tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar2 nanti, 1 tahun sudah ada minimum 12 gram.

Saya perhati, siapa yang letak target simpan 1 gram 1 bulan, akhirnya dia akan simpan lebih banyak daripada itu sebab ia sudah jadi satu TABIAT! Tabiat itulah yang membuatkan ia jadi lebih kaya sebagaimana kata2 seorang guru kewangan bernama Dave Ramsey, katanya :

*Walaupun perlahan akhirnya siapa yang ‘KONSISTEN’ dia akan menang*

😉

Dengar nasihat saya :
Mula kumpul emas sekarang walaupun hanya dengan 1 gram 1 bulan. Nanti dah lama kumpul, akan tahu sendiri apa yang saya cakap ini betul atau tidak.

Sekarang dah masuk bln November.. adakah simpanan anda sudah mencapai target?

Sebenarnya, simpan duit di bank tu dah cukup bagus.

Cuma untuk jangka masa panjang, kita agak rugi sebab nilainya makin lama makin kecil(Inflasi).

Nombor pada duit, memang kita nampak sama atau bertambah.

Tapi hakikatnya nilainya makin kecil.
Jadi, lebih baik simpan duit tu dalam bentuk rumah, tanah dan emas.

Bukan apa.
Kalau rumah, tanah dan emas, nilainya boleh dikatakan confirm naik dalam jangka panjang.

Sebab kuasa beli pada duit kertas kita yang confirm susut setiap tahun.

Cuma kalau nak pakai duit segera nanti, emas aset yang paling mudah dicairkan.

Dicairkan bukan kita bakar ya.
Maksudnya kita mudah tunaikan, bila-bila masa sahaja.

Kenaikan kos Haji

Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana terdedah kepada faktor di luar kawalan Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara faktor tersebut adalah kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi selain kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding riyal dan dolar Amerika Syarikat.

Selain itu, faktor lain yang turut memberi impak adalah projek pembesaran yang berterusan di Makkah dan Madinah hingga menyebabkan banyak bangunan penginapan dirobohkan sekali gus memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.

Simpan aset yang semakin meningkat nilai nya, inshallah impian mengerjakan ibadah mudah dicapai