Archives for January 2022

Resepi Cheesekut

Bahan-bahan:
* 2 bungkus Cream Cheese
* 1 kotak Cheedar Cheese
* 1/2 tin Susu manis
* 2 biskut Biscuit Saltcheese
* Fresh milk
Cara-cara:
1. Campurkan Cream cheese dengan susu manis mengikut cita rasa anda kemudian pukul sampai sebati atau putih.
2. Tuangkan sikit fresh milk dalam bekas kemudian celupkan biskut saltcheese tu – celup ya bukan rendam
3. Lapiskan acuan dengan plastik untuk mudah keluarkan kek dari acuan. Susun biskut saltcheese yang sudah dicelup dalam fresh milk sebagai lapisan pertama.
4. Selang-selikan dengan cream cheese yang telah dipukul tadi untuk lapisan ke-2. Sapu rata…
5. Lapiskan sampai cream chesee habis. Lapisan atas sekali, tabur dengan cheddar cheese yang diparut.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen) semalaman untuk keraskan adunan.

Kredit: Ruth David

Resepi Talam Sagu.

Bawah.
1 cwn sagu – rendam 5 minit..dan toskan.
3 cwn santan cair
3/4 cwn gula
1st garam
Pewarna hijau
Esen pandan(saya tambah)
Wapkan Semua bahan ..masakkan sampai sedikit pekat.
Masukkan dalam acuan yang sudah disapu minyak..isi jgn penuh..
Kukus 15 minit.

Atas.
1 cwn t.gandum
2 sb t. Ubi
2 sb t.jagung
3 cwn santan pekat
11/2 st garam
1sb gula pasir (saya tambah)

Kukus lagi 20minit.

Telur bungkus ala thai

Bahan-Bahan:
2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )
.
Cara:
Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang.

Resepi : Telur Dadar Berkeju II

Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

Puding caremal tanpa telur..

Bahan2 caremal..
3/4 cawan gula
1cawan air panas

Bahan2 puding..
1 tin susu cair..*
1/2 cawan susu pekat..*
3 Sb tepung kastad..*
4 cawan air..*
10g serbuk agar2(clear)

Cara2..
3/4 cawan gula masak sampai larut dan perang..gula dah perang ttup api..msukkan air panas(hati2 tkut tekena tgan)..lpas tu msukkam dlm loyang n ketepi kan…

Dalam bekas lain..masukkan bahan bertanda * dan tapis dlm periuk..msk atas api sekejap lpas tu msukkam serbuk agar2 n kacau sampai mengeledek..ttup api n msukkam dlm loyang yg berisi caremal tdi..tggu suam sikit lpas tu masuk kan dlm peti ais.. tggu 2@3 jam dah boleh potong…

P/s..jgn guna api yg kuat..nanti gula hangit mcm sy punya.. pahit tak sdap

?

#Kerepekpopianestum

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia (50 helai).
1 1/2 cawan Nestum.
1 cawan susu tepung
1/2 cawan gula icing (sukatan bergantung kalau nak manis)
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:

1.Kulit popia di gunting/potong kepada bahagian kecil-kecil.

2.Siatkan/leraikan sehelai demi sehelai kulit popia tadi sehingga habis.

3.Goreng sehingga bewarna kuning keemasan.

4.Biarkan sejuk.

5.Sementara tu, blend kan nestum, kemudian gaulkan dengan susu tepung dan gula icing.

6.Selepas tu, gaulkan aduanan tadi dengan kulit popia yang dah sejuk.

7.Biarkan kesemuanya rata. Sekarang dah siap..:-)

Selamat mencuba!

Kredit:idayuni

RESEPI COCONUT SHAKE

Bahan-bahan:
– air kelapa muda
– ais krim vanila
– isi buah kelapa
– ais
– air gula

Cara membuatnya:
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Campurkan aiskrim vanilla
6. Siap sedia dihidang dan diminum

RESEPI BRIYANI TELUR SUGU PAVITHRADan AYAM GORENG BEREMPAH CHE NOM

?

?
?
?
?
?
?
?

BAHAN-BAHAN
7 biji telur direbus
Minyak sapi untuk tumis
2 helai daun pandan dipotong
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Kulit kayu manis
Gajus
Kismis
4 helai daun salam
1 biji bawang besar di mayang
Sedikit halia
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
Daun pudina
Daun ketumbar
Sedikit karot dipotong dadu
Rempah Briyani Babas
Serbuk cili kering
6 cawan beras basmathi/beras biasa

CARA MEMASAK
– Hiris tomato
– Tumbuk halia dan bawang putih
– Masukkan 4 sudu minyak sapi untuk menumis
– Masukkan biji gajus dan kismis
– Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & bawang besar yang dimayang
– Masuukan daun pandan & daun salam
– Masukkan halia & bawang putih yang ditumbuk
– Masukkan karot & tomato
– Masukkan 4 sudu rempah briyani
– Masukkan 1 sudu serbuk cili kering
– Tumis sampai naik wangi & kemudian padamkan api
– Masukkan bahan tumis dalam periuk nasi yang dah siap ada beras yang dibasuh dan air secukupnya
– Masukkan garam secukup rasa dan gaulkan
– Masukkan telur rebus
– Masukkan daun ketumbar & daun pudina
– Kacau sedikit dan masakkan nasi

AYAM GORENG BEREMPAH CHE NOM

Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 ketul kunyit hidup
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
3 biji buah keras (optional)
4 sudu besar air asam jawa
sedikit air

Bahan-bahan lain untuk perapan ayam berempah:
½ ekor/800g ayam
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam
3 tangkai daun kari

Terima kasih 

??

Tart Jem Strawberry

Biskut wajib di hari raya. Satu family suka

Bhn2
1 buku butter.cup
1/2 cwn gula aising
41/2 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg jagung
1 biji kuning telur (B )
1 sdu kecil esen vanila
Jem strawberry secukupnye (1/2 botol)

1. Pukul butter dgn gula dan vanila guna wisk saja lepas tu msukkn kuning telur kcau sebati
2. Masukkn tepung yg dh di ayak uli perlahan hgga jd doh. Rehatkn 10 mt
3. Lapik plastik canai doh dan tekap dgn acuan tart pilihan sendiri. Paipkn jem strawberry di tgh nye. Bakar suhu 170° c 20 mt
4. Jem tu saya msk sekejap bgi pekat supaya jem tak meleleh masa bkr nti

Sumber : Tidak diketahui..

Sambal Kentang

Bahan2

Kentang (gaul kunyit.. goreng)

Ikan bilis (goreng)

Cili padi *

Bwg merah*

Bwg putih*

Belacan*

Bwg besar potong bulat

Air asam jawa

Garam

-kisar @tumbuk bahan2 bertanda (kasar2 pun takpe)

-tumis bahan yg ditumbuk guna minyak goreng kentang n bilis td

-masukkan air asam n goreng smp garing

-masukkan bwg yg dipotong bulat td.. rasakan dgn garam

– bila sambal dah sejuk sikit br masukkan kentang n ikan bilis.. gaul rata

? sorry pak long.. sy ubah sikit resepi ni

credit : Zaimah Zakaria‎