Archives for January 2022

Muffin chocolate & salted karamel chips

MUFFIN COKLAT

Bahan A:
2 cwn Gula Kastor
3 cwn Tepung Gandum
1cwn Serbuk Koko
1sk double action baking powder
1sk soda bikarbonat
1/2sk Garam

Bahan B:
200 ml Air
200 ml Susu Cair
2 bj Telur Gred A
200 ml minyak

Cara-Cara:
1. Satukan bahan A, ayak. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dlm Bahan A. Kacau dgn kaedah kaup balik.
3. Isikan dlm 3/4 paper cup.
4. Bakar suhu 220’c selama 12 minit. Panaskan dulu oven sebelum guna.
5. Pilihan: bakar menggunakan Philips Airfryer Twin Turbostar, suhu 180, Masa 7 minit.

Good luck 

?

SIEW PAK CHOY SOS TIRAM

 Bahan-bahan:

    seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
    4-5 sudu mkn sos tiram
    3 ulas bawang putih- cincang
    seinci halia – cincang
    air sedikit
    serbuk perisa@gula – jika suka
    tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
    bwg putih goreng/bwg goreng – utk hiasan

Cara-cara

    sayur jgn potong dulu… panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
    angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
    panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
    masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
    didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
    hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng.

Resepi Kacang Bunga

Kacang Pedas & Rangup 

?

Kacang 600g
Tepung bastari 5-7 sudu besar
Telor 3biji

Versi Lemak Manis & Rangup

tepung jagung (8sb) + tepung gandum(2sb) + santan (1/4cwn) + garam + gula + 1 telur…

Versi Kari & Rangup
tepung jagung (4sb) + tepung (1sb) gandum + rempah kari (2sb) + garam + gula sedikit + 3 telur…

Gaul semua bahan dan goreng… masa dalam kuali kena kacau selalu elak bergumpal

Credit : Fauzi Karim

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

?

 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

?

 Kentang Putar

3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)

1 sudu besar butter

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1/4 sudu teh garam halus

3 sudu besar susu full krim

?

 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

?

 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

?

 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

?

 Sos Gravy

2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2¹/² cawan air

1 ketul kuib pati daging Knorr

1/4 cawan susu cair

1/2 sudu kecil gula

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

?

 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

?

 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

?

 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

?

 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.

Selamat Mencuba 

?

Kredit: Nazri Ahmad

Resepi Masak Merah Telur

Bahan-bahan
5 biji telur goreng
1 biji bawang merah besar | dikisar
1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
1″ halia dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
11 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Kaedah
Goreng telur dan ketepikan.
Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji.

Siap!

Resepi SOS NAMPLAWAN (Colek buah Thai)

Bahan²
1 cawan sos ikan
1/2 cawan air
5 sdb gula kabung thai
4 keping nisan
Sedikit belacan

Bahan² tambahan:-
5 ulas bawang merah hiris nipis
1 genggam udang geragau
2 sdb cili flakes
10 biji cili padi merah hijau di potong

Cara²
1. Panaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nissan.
2. Kacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.
3. Masak dengan api sederhana hingga sos betul² pekat. Tutup api.
4. Masukkan bawang merah hiris, udang geragau, cili flakes dan cili padi yang dipotong.
5. Kacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh di makan dengan mangga

?

 dan nenas 

?

** Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas dan kuah akan likat bila betul² sejuk.

Selamat mencuba

?

aroii makk!!

PERIA GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Peria katak
Tepung Bestari pedas
Air garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Basuh peria..kerat 2/3
Cedok biji tengahnya dengan sudu/pisau
Potong peria nipis-nipis
Rendam dalam air garam(30 min)
Basuh Dan toskan
Lapik dengan tisu dapur supaya kering
Gaul terus dengan tepung bestari
Goreng dengan minyak yang panas sehingga garing (peria timbul dan tidak lagi berbuih2 di permukaan minyak)
Toskan…
Krup krap…memangg ranguppp

Selamat menjamu selera 

?

MEEKUAH

Mee kuning..
Udang..
Daging..
Sos cili..
Kicap..
Skit garam n gula..
Sawi..
Tauge..
Tomato..belah 4
Daun sup..
Bawang besar..blend
Bawang putih..blend
Cili kering..blend
Tauhu..goreng dulu ya
Telur rebus.. 

Caranya..
Tumis bahan blend pastu tuang hirisan daging pastu tbah air..masak sampai daging empuk..bila daging dah empuk letak sos cili kicap gula skit garam n sebok perisa..pastu tambah air..untuk jadikan kuah ya..bila dah mendidih boleh la letak udang bila udang dah masak dah boleh letak mee sawi tauge tomato..dah mendidih tutup api dah boleh tabur daun sup n tauhu goreng td..siap untuk dihidang..

❤

Kredit Resepi : masni bahari

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja

(B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
1 sdm sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati*

Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Credit: sue

*PUTERI AYU COKLAT CHEESE*

BAHAN2 :

TELUR 4 BIJI

1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER
1 TSP SODA BIKARBONAT
  *DI AYAK DAHULU*

1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN MINYAK MASAK
3/4 CAWAN SUSU PEKAT
1/2 CAWAN GULA ICING
   *KACAU DAHULU DENGAN WHISK*

– SATUKAN BAHAN COKLAT DALAM BEKAS TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT,KACAU SEBATI
– MASUKKAN TELUR SATU PERSATU

LAPISAN BAWAH :
250 GRAM CREAM CHEESE
1 BIJI TELUR GRED A
1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 CAWAN GULA ICING
2 SUDU BESAR SUSU CAIR
1 TSP ESEN VANILA
 *SATUKAN SEMUA BAHAN DAN MIXERKAN SEBATI*

– MASUK BAHAN CHEESE DALAM PIPING BAG
– SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK
– ISIKAN ADUNAN CHEESE 1/4 ACUAN SAHAJA
– KUKUSKAN ADUNAN CHEESE SELAMA 10 MINIT
– KEMUDIAN TUANG ADUNAN COKLAT PARAS 3/4 ACUAN SAHAJA
– KUKUSKAN ADUNAN KALI KEDUA SELAMA 10 MINIT
– KELUARKAN KUIH DARI ACUAN
– KUIH SEDIA DIHIDANG UNTUK JUADAH